Hargai Setiap Detik Bersama Anak-Anak


12407573_216488158690024_1026502219_n

Hargai setiap detik kita sebagai ibu dan bapa bersama anak-anak. Kita sendiri tidak pasti berapa lama kita bersama mereka. Anak…adalah harta yang paling berharga  buat yang bergelar ibubapa. anak juga merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan didunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik-baik ataupun kita mengkhianatinya. Harta tidak dapat tukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas.

Mendidik anak anak bukanlah satu tugasan yang mudah. Kita sebagai ibubapa telah diamanahkan agar mendidik anak anak di bawah jagaan kita dengan penuh hikmah. Anak anak itu dilahirkan dengan tiada dosa dan kita sebagai ibubapa seharusnya mendidik mereka dengan syariat yang ditetapkan.

Aku sebagai seorang mama yang dikurniakan 3 puteri comel…..puteri sulung bernama Nurul Syafiqah, puteri kedua Nurul Ashiqyn dan Nurul Aqillah merupakan puteriku yang bongsu. Kehadiran mereka di dalam hidupku dan hubby telah merubah segalanya. Merekalah sahabat baik dan kawan bergaduh. Sehari kalau aku tak membebel memang tak sah melainkan kalau aku sakit or outstation. Berjauhan dari mereka merupakan satu dugaan bagi diriku. Rindu pada mereka akan membuatkan aku menghitung masa untuk balik.

Advertisements
Hargai Setiap Detik Bersama Anak-Anak

AnCasa Junior Chef 2016


 

IMG-20160319-WA0000 (3)

1st AnCasa Junior Chef di AnCasa Residences Port Dickson pada 19.03.2016 merupakan event terakhir aku bersama-sama dengan team PR dari AnCasa Hotels & Resorts.

Port Dickson, 19 Mac 2016 – Pada musim cuti sekolah, Ancasa Residences Port Dickson mengadakan program AnCasa Junior Chef. AnCasa Junior Chef adalah satu program istimewa cuti sekolah yang melibatkan peserta kanak-kanak yang berumur dari 8 hingga 12 tahun.

Program ini diadakan buat julung kalinya di AnCasa Residences Port Dickson di mana sebelum ini, program ini hanya diadakan di AnCasa Royale Pekan, Pahang. Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan daripada ibu bapa di kawasan sekitar Port Dickson, kami mengambil keputusan untuk mengadakan AnCasa Junior Chef ini di AnCasa Residences Port Dickson.

No. 1 - Group Photo

Cef – cef cilik ini akan diajar untuk menyediakan 3 jenis hidangan iaitu Waldorf Salad, diikuti dengan Grilled Chicken Chop dan pencuci mulut, Cupcakes. Cef – cef ini bukan sahaja diajar teknik-teknik yang betul dalam menghasilkan sesuatu hidangan, mereka juga didedahkan dengan kepentingan kebersihan dan juga mematuhi peraturan semasa menggunakan perkakas-perkakas di dapur.

No. 2 - Appertizer Menu - Waldorf Salad

No. 3 - Main Course - Grilled Chicken Chop

No. 4 - Serve Grilled Chicken Chop

No. 5 - Dessert - Cupcake

Lebih menarik lagi, hotel ini juga telah menganjurkan sesi melukis batik untuk kanak-kanak supaya mereka dapat mengenali warisan terkenal Pekan iaitu lukisan batik.

No. 6 - Batik Painting996743_1779901325564878_5955707202852465917_n

Setiap Cef Cilik akan diberikan lampiran resipi, apron dan topi cef. Sijil penyertaan pula akan diberikan pada akhir program dengan sesi bergambar dengan kakitangan yang terlibat.

No. 7 - CertificateNo. 8 - Cutting Cake AnCasa Junior ChefNo. 9 - End

AnCasa Residences Port Dickson merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotels & Resorts Group yang juga mempunyai hotel yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang dan Pulau Pinang. Sila layari laman web di http://www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik.

 

 

AnCasa Junior Chef 2016