AnCasa Junior Chef 2016


 

IMG-20160319-WA0000 (3)

1st AnCasa Junior Chef di AnCasa Residences Port Dickson pada 19.03.2016 merupakan event terakhir aku bersama-sama dengan team PR dari AnCasa Hotels & Resorts.

Port Dickson, 19 Mac 2016 – Pada musim cuti sekolah, Ancasa Residences Port Dickson mengadakan program AnCasa Junior Chef. AnCasa Junior Chef adalah satu program istimewa cuti sekolah yang melibatkan peserta kanak-kanak yang berumur dari 8 hingga 12 tahun.

Program ini diadakan buat julung kalinya di AnCasa Residences Port Dickson di mana sebelum ini, program ini hanya diadakan di AnCasa Royale Pekan, Pahang. Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan daripada ibu bapa di kawasan sekitar Port Dickson, kami mengambil keputusan untuk mengadakan AnCasa Junior Chef ini di AnCasa Residences Port Dickson.

No. 1 - Group Photo

Cef Рcef cilik ini akan diajar untuk menyediakan 3 jenis hidangan iaitu Waldorf Salad, diikuti dengan Grilled Chicken Chop dan pencuci mulut, Cupcakes. Cef Рcef ini bukan sahaja diajar teknik-teknik yang betul dalam menghasilkan sesuatu hidangan, mereka juga didedahkan dengan kepentingan kebersihan dan juga mematuhi peraturan semasa menggunakan perkakas-perkakas di dapur.

No. 2 - Appertizer Menu - Waldorf Salad

No. 3 - Main Course - Grilled Chicken Chop

No. 4 - Serve Grilled Chicken Chop

No. 5 - Dessert - Cupcake

Lebih menarik lagi, hotel ini juga telah menganjurkan sesi melukis batik untuk kanak-kanak supaya mereka dapat mengenali warisan terkenal Pekan iaitu lukisan batik.

No. 6 - Batik Painting996743_1779901325564878_5955707202852465917_n

Setiap Cef Cilik akan diberikan lampiran resipi, apron dan topi cef. Sijil penyertaan pula akan diberikan pada akhir program dengan sesi bergambar dengan kakitangan yang terlibat.

No. 7 - CertificateNo. 8 - Cutting Cake AnCasa Junior ChefNo. 9 - End

AnCasa Residences Port Dickson merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotels & Resorts Group yang juga mempunyai hotel yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang dan Pulau Pinang. Sila layari laman web di http://www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik.

 

 

Advertisements
AnCasa Junior Chef 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s