Meletup sedap rasanya. Bila sebut saja Rojak Mamak Petaling Street, memang kecur air liur ni. Pada sesiapa yang pernah merasainya pasti tahu di mana lokasi gerai tersebut. Ia terletak berhadapan dengan Kedai Buku Popular.
Gerai ini akan penuh pada waktu makan tengahari, mana taknya penuh kalau dah rojaknya sedap menjilat jari. Pilihan Ros adalah Rojak Telur yang berharga RM 4.00 sebungkus. Inilah rojak kesukaan Ros. Ros juga ada mencuba Mee Rebus Telur yang berharga RM 4.00 juga. Memang sumpah sedap rasanya.
Ros masih ingat lagi sewaktu bekerja di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Kuala Lumpur, dalam tahun 2007 atau 2008, Kak Maliza yang merupakan rakan sepejabat telah memperkenalkan rojak ini. Kami sanggup berjalan jauh semata-mata nak makan rojak ini.
Tidak lupa juga kesegaran air kelapa dan kesedapan cendolnya membuatkan gerai ini setiap hari dipenuhi dengan orang ramai yang kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan atau swasta. Ia juga menjadi tarikan para pelancong yang lalu lalang di sekitar Petaling Street.
Pada sesiapa yang ingin mencubanya perlulah menghubungi atau whatsapp dulu, ini adalah kerana gerainya bukan setiap hari dibuka. Sila hubungi di :- 017-6932441.