Juadah Ramadan Selera Desa Nostalgia 60an Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Haihhhh lagi seminggu jer lagi nak menyambut bulan Ramadan Al Mubarak. Minta maaf sekali lagi yer Boss….curi masa bekerja untuk menulis blog ni.

Kali ini, kami PR Team menyibukkan diri dengan Ramadan Media Review 2016. Walaupun sibuk dengan tugasan masing-masing tetapi kami PR Team memang happening selalu…

Pada 12 Mei 2016, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merancakkan sambutan Ramadan tahun ini dengan menggamit kenangan indah ‘Nostalgia 60an’.

Jom kita ke Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur……

Engkau Laksana Bulan, Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Dimanakan Kucari Ganti, Madu Tiga, Anakku Sazali……semestinya dari lagu dan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. Beliau merupakan seniman serba boleh kerana bakat beliau sebagai seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip dan sebagainya.

Disajikan dengan kepelbagaian dan keenakkan rasa daripada ‘Saffron Brasserie’ yang membangkitkan selera antaranya ialah Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi.

Seusai menjamu hidangan utama yang tersedia, puluhan manisan pencuci mulut disajikan seperti Kuih Melayu, Rempeyek, Tapai, Dodol, Wajik, Kerepek, Sago Gula Melaka, Puding Gula Hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim.

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik ghazal dari era 60an sepanjang bulan Ramadan nanti.

DSC_2373

Inilah barisan chef-chef yang bertungkus lumus menyediakan sajian untuk Ramadan nanti…

DSC_2443

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan serendah RM58. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Mei 2016. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032.

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di http://www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s