Sambut Hari Ibu Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Rasanya tak terlambat lagi Ros nak bercerita pasal hari ibu ni kan. Curi sedikit masa hari ini, sorry yer Boss….hehehe. Inilah wajah-wajah gembira PR Team semasa menyambut hari ibu. Walaupun time tu kami sedang bekerja, tetapi ia tidak menyekat kami dari bergembira bersama.

IMG_20160508_123332

DSC_2226

Ahad, 8 Mei 2016 – tarikh sambutan untuk Hari Ibu. Sebagai seorang insan yang bergelar anak, ini adalah masa yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama ibu selagi mereka masih bernyawa di muka bumi ini. Sesungguhnya, pengorbanan seorang ibu adalah sangat besar dan tidak ternilai. Betul, tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang membuat promosi sempena Hari Ibu. Hotel yang terletak di kawasan bersejarah dan mudah diakses dari Stesen LRT Plaza Rakyat dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Wah sempat lagi nak promote tempat kerja sendiri ni.

Di Saffron Brasserie, Hi Tea ini  dimulakan dengan menu pelbagai pilihan seperti salad, Rojak Mamak, Makanan Laut, Ceaser Salad dengan Perasa, Assorted Dessert, Ice Cream, Bread Stick, Satay Ayam & Daging yang sememangnya sedap bersama Kuah Kacang dan Nasi Impit, Apam Balik , Nasi Kabsah dengan Daging Kambing yang unik juga disediakan. Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur sediakan tetapi saya hanya snap gambar yang mana sempat aje. Kecur juga tengok semua makanan ni.

 

IMG_20160508_122400IMG_20160508_122940IMG_20160508_122955

Oleh kerana sesi Hi Tea ini adalah khas sempena Hari Ibu, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur telah mengadakan aktiviti untuk dinikmati bersama ibu tersayang. Bersedia untuk memenangi hadiah-hadiah yang hebat bagi kategori Pertandingan Menghiasi Cupcake dan Pertandingan Mewarna dikalangan kanak-kanak.

DSC_2255.JPG

Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi dan memotong kek bersama keluarga telah diadakan.

DSC_2287

Bagi Ros, setiap hari adalah hari ibu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s