Balik Bagan Datoh


Sebelum baca entri Ros, jom kita nyanyi dulu…..hehehe

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Haaaaaaaa barulah ada feeling bila nak baca entri ni. Pada 28.05.2016, Sabtu pada pukul 10.00 malam. Kami bertolak dari Ampang balik ke kampung di Bagan Datoh, Perak. Ada orang kata, kehidupan dan suasana sekarang agak berbeza dengan waktu dahulu. Kalau dulu cuti sekolah paling ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak untuk balik kampung berjumpa atuk dan opah. Tetapi sekarang kanak-kanak dah kurang berminat nak balik kampung. Betul ker…..tapi itu kata mereka. Lain orang lain pendapatnya.

Cuti kali ini cuma Nurul Ashiqyn dan Nurul Aqillah saja yang balik kampung. Kakak mereka, Nurul Syafiqah telah mengikuti Kem Wira Jaya di Sungai Congkak selama 3 hari 2 malam. Boleh nampak gelagat anak-anak yang tak sabar nak balik kampung.

Kesian papa kena memandu…Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi yang ditujui, membuatkan papa singgah sekejap di area Sekinchan……makan time katanya. Laparrrrr. Selesai saja makan, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 2.50 pagi, kami sampai Bagan Datoh. Apalagi…..zzzzzZzzzZZ

Pagi-pagi lagi mak dan papa kejutkan Ros….suruh bersiap nak pergi Pekan Bagan Datoh beli barang-barang dapur. Sebelum pergi ke pekan, Ros sempat snap beberapa gambar. Suasana pagi yan nyaman dan bersih.

IMG_20160529_080654

 Hanya Aqillah dan papa yang sempat bergambar bersama. Muka tak mandi, tapi serinya jangan katalah.

 Dari Sungai Balai Baruh nak ke Pekan Bagan Datoh mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan. Dekat jer ye tak, tetapi dengan panas terik matahari di sini amat berlainan rasanya dengan panas terik matahari hari di Kuala Lumpur. Suasana di sini tak jauh bezanya dengan pasar di Kuala Lumpur cuma di sini penjual sayur-sayuran dan ikan adalah golongan warga emas yang berbangsa cina. Ada jugak penjual terdiri dari orang-orang melayu cuma lebih kelihatan di Pasar Siang setiap hari Ahad. Menemani mak dan mak lang membeli barang-barang dapur, sambil tu sempat jugak Ros mengambil beberapa gambar pasar tersebut.

Selesai di Pasar Awam Bagan Datoh, kami terus ke Pasar Siang, terletak bersebelahan saja lokasinya dengan pasar awam tadi. Haaaa di sini jangan cakaplah, macam-macam ada. Dari makan pagi, pakaian, barang-barang plastik hinggalah barang-barang serbaguna seperti bateri dan pencas lampu sebagainya.

IMG_20160529_083329IMG_20160529_083437IMG_20160529_083638IMG_20160529_085704

Kalau ke pasar siang ni, kami memang tak sah kalau tak beli pecal jawa dan soto. Huh walla memang sedap yop oiiiii. Tapi apakan daya, masa ini Ros dah mula mengambil Acaiberry, pil tambahan untuk diet. Bila tengok tu memang kecurlahkan, tapi apakan daya…….nak kurus katakan. Banyak juga mak dan mak lang beli. Ni betul-betul nak makan or nak kenduri ni. Hehhehe……..

Memang best kalau balik ke Bagan Datoh ni…walaupun dikelilingi dengan pokok kelapa (nyor), tapi suasananya masih terpelihara.

IMG_20160529_090150

Masih berdiri kukuh rumah-rumah kedai di Pekan Bagan Datoh ini. Masih lagi menyimpan cerita lama dan nostalgia pekan ini. Selamat tinggal Bagan Datoh….entah bila lagi akan ketemu…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s