Cuti Raya 2016 – Ke Arah Selatan Kali Ini


Hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Nama lain bagi  Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran ( Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayrami (Turki).

Serba sedikit pengertian Hari Raya : Kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ini ialah kaum Melayu yang beragama Islam. Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan. Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadan atau bulan puasa. Hari Raya bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukya, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga maghrib dibeberapa tempat  yang strategik.

Hehehehe…terima kasih kepada Google untuk butiran di atas. Tanpa google terperap lagilah entry Ros pasal Cuti Raya 2016.

Print

Haaaaa….. E-Greeting tahun ini….. Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin dari AnCasa Hotels & Resorts. Awesome kan…please ucapkan ribuan terima kasih kepada Senior Graphic Artist (In House)  yang berbakat iaitu Abg Afdzal Imran. Tak lupa juga dibantu oleh PR Team yang lain.

Ok berbalik pada kisah Ros kali ini. Ros sekeluarga memang tak suka merancang jadual percutian kami. Kami suka last minute type. Shopping last minute….jalan-jalan last minute, bercuti pun last minute. But dalam kerja, no last minute ok. Ikut date line yang diberikan oleh boss.

Tahun ini Ros ambil cuti 5 hari..mula pada 4hb Julai – kerja tapi disuruh cuti haaaaa…..5hb Julai, 8hb Julai – cuti tanpa rekod. Pada 11hb hingga 13hb Julai, Ros kerja seperti biasa dan mula cuti balik pada 14hb Julai hingga 18hb Julai 2016. Kali ini cuti banyak kali revise yerrr. Ros tak nak cerita bab memasak pada malam raya, shopping malam raya, hari raya pertama buat apa…..Ros nak cerita cuti Ros sekeluarga di Port Dickson, Melaka dan Segamat, Johor.

Hari Raya 2016.jpg

Ni gambar kami sekeluarga beraya di Bagan Datoh, Perak. Sweet kami kannnnnnn….biasalah masuk bakul angkat sendiri.

Gambar ni pulak pada 15hb Julai 2016 iaitu pada hari Jumaat, kami bertolak petang lebih kurang dalam pukul 5.00 petang dari Ampang ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Sepatutnya kami check in pada pukul 3.00 petang tapi kami ni jenis tak suka kelam kabut so sampai Port Dickson dalam pukul 8.00 malam…lebih kuranglah. Haaaa Papa ni suka bawa kami melalui jalan-jalan yang adventure….dari Ampang melalui Highway Langat terus exit kat Hulu Langat Batu 6 agaknya. Jalan lama tapi penuh dengan kehijauan. Melalui empangan entah apa namanya, tak sempat nak ambil gambar sebab Papa malas nak berhenti….alasan kannnnnn.

Kami bermalam di AnCasa Residences, Port Dickson selama 2H/1M….Ros booking Apartment 2 bilik…..staff rate tau. Surprise untuk anak-anak. Alhamdulillah mereka happy. Hanya ini saja yang mampu Ros hadiahkan untuk anak-anak.

Jeng jeng jeng……pagi keesokannya, Ros dan anak-anak bergambar disekitar taman di dalam kawasan AnCasa Residences, Port Dickson. Masa ni Papa tak ada sebab Papa lebih sayangkan teksinya dari kami niiiiiiii.

Happy kami kannn….belum breakfast lagi tau masa ni.

IMG_20160716_091759.jpg

Balik dari bergambar tadi terus dapatkan Papa disamping teksi kesayangannya….pujuk dia bawa kami pergi breakfast. Better breakfast luar dari breakfast kat area tepi pantai…mahal lorrrr.

Selepas breakfast, kami mandi laut….bergambar lagi lagi dan lagi….balik ke bilik dalam pukul 12.00 tengahari. Bersiap untuk bergerak ke Melaka pulak. Kami check out dalam pukul 1.00 tengahari.

IMG_20160716_162021

Gambar di atas ni gambar Ros bersama anak saudara Ros yang baru…comelkan. Aisyah merupakan anak ketiga kepada Uda Zakri dan Nani. Uda Zakri adalah abang kepada Papa dan bersamaan dengan abang ipar kepada Ros. Fahamkan. Seperti cinta pandang pertama. bila melihat Aisyah dan Ros jenis yang susah nak suka budak or bayi melainkan anak-anak Ros sendiri. Sampai laaaa ni Ros masih rindukan dia….Aisyah, Mak Andak miss u so much sayang. Nak jumpa si comel ni kena pergi ke Taman Serkam Maju, Melaka……hurmmmmm tahun depan insyaallah kita jumpa okk.

IMG_20160716_185221IMG_20160716_185430

Selepas minum petang kami di rumah Abang Ipar, kami terus bergerak ke destinasi terakhir iaitu Segamat, Johor. Beraya bersama mertua….

IMG_20160717_093852

Muka penat sementara menunggu baju siap basuh dan kering di Dobi Layan Diri di Taman Yayasan, Segamat. belum sampai lagi tempat yang ditujui iaitu Felda Pemanis 2. Huhhhh jenuh nak menunggunya. Tapi senang sampai Kuala Lumpur tak payah pening kepala nak basuh banyak bajukan.

Kami sampai di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor lebih kurang pukul 11.00 malam kot. Penat terlampau penat….nak sebut penat giler sebenarnya hahahahaha. Dah tak lalu nak makan dan minum, tapi nak tidur. Nasib baik mak mertua tak masak apa-apa untuk menyambut kepulangan anak, cucu dan anak hantunya ni balik. Anak hantu tau bukan anak menantu. Bila adik ipar..namanya Suria bentangkan je lece (bahasa orang Johor untuk tilam) untuk baring…kami pun gedebushhhhhh ambil tempat masing-masing….tidur time. Tak taulah pukul berapa kami akan bangun esok pagi.

IMG_20160717_185500Mak oiiiiii muka tak sweet langsung…muka terpaksa katakan. Bersiap nak balik ke Kuala Lumpur……….inilah cerita Cuti Raya 2016 dari Ros sekeluarga. Tak ada yang menarik cuma tertarik hahahahahaha…

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s