Entri Ros kali ini adalah mengenai Promosi F&B Bulan Ogos 2016….nak bagi korang semua meleleh air liur hahahaha jom baca kalau nak tahu lebih lanjut mengenai promosi kali ini.
Berita baik untuk penggemar-penggemar stimbot yer…..Walaupun Bulan Syawal sudah berakhir tetapi AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur seperti biasa meneruskan promosi bulanan untuk bulan Ogos atau bulan kemerdekaan ini dengan Set Stimbot Makanan Laut (Steamboat Set) dengan harga RM28.00 bersih untuk dewasa dan RM20.00 bersih untuk kanak-kanak. Set ini minimum dihidangkan untuk 2 orang. Haaaa kini semua orang boleh berstimbotkan…. Mak aihhhhh Ros yang tengah taip ni pun boleh tertelan-telan air liur ni haaa…Sebab motif entry ni lebih kepada nak bagi korang slurrpp slurrppp slurrppppp hahaha…..
Gambar di atas – diambil dari Google : AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada waktu malam. Gambar ihsan tau ni…cantikkan Hotel AnCasa ni pada waktu malam.
Gambar di atas – diambil dari Google : Saffron Brasserie…haaaa nilah coffee house di dalam AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Sentiasa bersih dan teratur. Bukan nak puji tetapi inilah kenyataannya. Dan di sini jugalah anda akan menikmati hidangan Set Stimbot Makanan Laut yang pasti sedap dan Ros amat jamin anda akan datang semula ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan.
If korang nak tau..ni sebagai info yer……Makan stimbot bersama keluarga atau kawan-kawan dikatakan menegaskan perpaduan dan bersatu hati kerana ia dilakukan dengan sebuah periuk kongsi yang tunggal. “Weilu” — mengeliling periuk — mempunyai maksud yang mendalam kepada orang-orang Cina yang banyaknya menganuti idea-idea Konfusianisme yang menekankan perpaduan keluarga. Gaya makan stimbot seringnya seronok dan dimakan dengan perlahan; orang-orang yang makan stimboat seringnya bersembang semasa makan bersama-sama. Secara tradisi, jenis makan ini kekadang berlangsung hampir sehari. Bentuk bulat periuk melambangkan perpaduan keluarga.
Info di atas sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan pengetahuan kita terhadap sesuatu makanan. Setiap makanan yang kita rasa dan cuba melambangkan keharmonian dan perpaduan keluarga. Begitu juga apa yang AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur cuba nak sampaikan kepada semua, bersesuaian dengan bulan kemerdekaan untuk tahun ini.
Gambar di atas – di ambil dari dikbee.com : Mohon pinjam yer Dikbee…….
Gambar di atas – di ambil dari food.malaysiamostwanted.com : Mohon pinjam yer……
Macam mana teringin untuk mencuba untuk slurrrrppppp……..Ros pun teringin tau. Huhu jangan marah yer bos-bos Hotel AnCasa…….
Pada mereka yang berminat untuk menikmati dan merasai sendiri keenakkan slurrrrrppppp stimbot di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur boleh la mencuba STEAMBOAT SET.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Telefon – 03 20266060 samb. 7703 atau layari http://www.ancasahotels.com
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad
Dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Harga :
Dewasa RM28 bersih & Kanak-kanak (4-12 tahun) RM20 bersih
(minimum 2 orang sahaja)
Promosi :
1 Ogos – 31 Ogos 2016