Kami & Hujung Minggu


Kembali bersiaran…entri kali ini –  “Kami & Hujung Minggu”.

IMG_20160807_123544IMG_20160807_123613IMG_20160807_123720

Ros sebenarnya jarang selfie selfot ni. Ikut mood jugalah. Bila kita nak selfie, anak-anak pun ikut juga selfie.

Hujung minggu lepas iaitu pada 07.08.2016 – Ahad, bawa Aqillah pergi buat mykad di UTC Pudu Sentral. Almaklumlah sekarang Aqillah dah 12 tahun, wajib kena ada mykad. Seperti kebiasaannya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sering menerima ramai kunjungan. Ada yang nak ambil mykad, ada yang nak buat maykad baru & sebagainya.

IMG_20160807_135215.jpg

IMG_20160807_134327IMG_20160807_134320

Sementara nak menunggu giliran, kami sempat lagi berselfie. Hahahahaha…comelkan kami ni. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nasib baik sistem di JPN cepat dan lancar. Rimas juga kalau lama-lama di JPN ini, orang makin ramai.

Patutlah tak senang duduk, rupanya dah masa untuk makan tengahari. Selesai saja urusan maykad Aqillah, kami terus mencari Papa. Ajak Papa pergi makan. Kesian Papa tertidur dalam kereta, tunggu lama yer….padan muka siapa suruh tak ikut tadi.

Tiada perancangan yang teratur…seperti yang Ros pernah bagitahu…Ros suka yang last minute planning. Baru best. Papa bawa kami makan tengahrai di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Selalu datang Kampung Bharu tapi ini adalah kali kedua Ros makan tengahari di sini. Yang pertama kalinya bersama Abg Adfzal dan Masnan. masa tu kami baru balik dari PWTC – atas urusan kerja. So yang ni kali kedua bersama Papa dan anak-anak tercinta.

Papa bawa kami makan di Restoran Gerak 21, Kampung Bharu. Masuk-masuk memang dah ramai orang. Papa kata restoran ni popular sampaikan Jalan-Jalan Cari Makan & Food Trail pun buat review dan program rancangan di sini. Tapi masa ni Ros hanya order ABC biasa. Tak ada selera nak makan nasi or apa-apa yang bergoreng dan berkuah.

IMG_20160807_155646.jpg

Benci dengan gambar ni….sebab Papa tak senyum langsung…benciiiiiiii. Masa ni Ros nak bergambar seorang tapi tiba-tiba Papa nak join sekali. But at least senyumlah kan. Bencilah. Ros juga maintain cantik menawan kan.

IMG_20160807_155827.jpg

Sebelum nak balik sempat berselfie di pintu gerbang Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Ok sampai sini saja entri Ros pasal hujung minggu kami….boringkan. Tapi Ros dan anak-anak tak boring, kami happy dan happening. Sampai pening kepala Papa nak melayan kerenah kami.

Tunggu Ros dengan entri Ros yang lain yerrrrrrr……selamat berjumpa lagi..hehehehe.

 

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s