Promosi Kek Bulan Ogos 2016 Di AnCasa Royale Pekan, Pahang : Kek Cappuccino Mousse


poster cake july  pekan

Siapa suka makan kek? Ros pun suka makan kek.Tapi ikut mood jugak macam nak berselfie pun ikut mood.

Entri kali ini berkisar pasal promosi kek untuk bulan Ogos 2016. Sebelum Ros membebel pasal kek ni, Ros nak cerita sikit secara ringkas pasal AnCasa Royale Pekan di Pahang. AnCasa Royale Pekan adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang. Mempunyai 133 bilik kesemuanya. Terletak di tengah-tengah Bandar DiRaja Pekan. Satu bandar yang semakin di kenali dan semakin berkembang pesat dalam industri perkilangan dan pelancongan. Selain itu bandar Pekan juga dikenali sebagai ‘Bandar Automotive’ kerana terdapat banyak syarikat kereta yang hebat-hebat telah berpusat di bandar Pekan ni. Hebatkan Pekan. Macam tak percaya…dulu orang panggil Pekan ni pekan koboi…..sekarang semakin membangun pesat.

AnCasa Royale Pekan bukan hanya terletak di tengah bandar Pekan, ia juga terletak bersebelahan dengan tebing Sungai Pahang. Percaya tak….mestilah u all kena percaya sebab Ros kan hotelier untuk AnCasa Hotels & Resorts. Kat sini pun kita dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan di waktu matahari terbenam & terbit. Memang sangat cantik dan sungguh indah ciptaan Mu Ya Allah…Subhanallah.

Bukan nak bodek tapi inilah kenyataannya…..

IMG_20150602_181931.jpg

ancasa pekan.jpg

Nak story story pasal bilik kat hotel ni tapi lain kalilah sebab tujuan utama entri ini adalah untuk cerita pasal promosi kek. Hahahaha…jom Ros ajak korang makan kek, kali ni Ros belanja ok.

Gambar di atas dipinjam dari Google.

Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Setahu Ros tak ramai yang menyukai kek perasa ni. Tengok pada citarasa masing-masing.

Korang nak resepi kek ni…bolehlah berjumpa dengan Chef pastri kami di AnCasa Royale Pekan, Pahang iaitu Chef Zambri.

Kek Cappuccino Mousse ini dijual dengan harga RM100.00 bersih per KG dan RM9.00 bersih sepotong. Pada yang penggemar kek Cappuccino Mousse ni bolehlah ke Saffron Brasserie, AnCasa Royale Pekan dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari dalam bulan Ogos ini.

Pihak hotel juga ada menerima tempahan kek untuk sambutan harijadi, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Silalah hubungi kami di 09 – 424 6600 atau layari laman sesawang kami iaitu http://www.ancasahotels.com.

Ros nak cerita lebih pasal kek ni rasanya tak gempaklahkan..better korang pergi AnCasa Royale Pekan dan rasai sendiri kenikmatan dan kesegarannya. Haaaaaaa apalagi pergilah cepat…jangan tunggu lagi. Promosi ini hanya untuk bulan Ogos saja.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang bakal tiba…..nantikan entri Ros pasal Bandar Kuantan, Pahang yerrrrrrr…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s