Nurul Aqillah Dan G6PD Tak Boleh Dipisahkan


Macam seperti mimpi yang Nurul Aqillah dah 12 tahun. Cepatnya dia membesar. Hingga tak terasa masa berlalu dengan pantas. Ini bermakna 12 tahun Nurul Aqillah mengidap G6PD. Sebelum ini seumur hidup Ros tak pernah langsung tau pasal penyakit G6PD ni..sampailah lepas melahirkan Nurul Aqillah…apabila jururawat memberitahu –anak awak ni macam ade G6PD itu pun Ros tak dapat tangkap lagi..rasa suspen bila dapat tahu berita ini. Mulalah fikiran ni memikir benda-benda yang negatif. Dan akhirnya cuma 1 soalan saja Ros tanya pada jururawat –“kritikal sangat ker penyakit ni hingga boleh bawa kecacatan atau membawa maut..??” Ros bayangkan seperti penyakit thalesmia atau lukemia..sindrom down..autism atau lebih hebat..seperti penyakit jantung..

aqillah12

Sapa yang tak sayang anak…kalau boleh nyawa sebagai ganti. Walaupun Nurul Aqillah aktif, pandai dan membesar seperti kanak-kanak yang lain tetapi pemerhatian pada dirinya melebihi dari kakak-kakaknya. Nasib baik kakak-kakaknya faham keadaan si adik. Sampaikan pemakanannya, pakaiannya dan rawatan doktor pun Ros tak boleh lalai. Segala pantang larang Ros kena ingat. Penyakit G6PD ini kekal dalam dirinya hinggalah dia dewasa. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, silalah baca info-info di bawah supaya manalah tahu dengan info ini dapat membantu mereka yang mengalami situasi sama seperti Ros.

Apa itu G6PD? Mulut yang ternganga tu cepat-cepat tutup nanti lalat masuk. Ramai yang tidak tahu apa itu G6PD. Petikan di bawah ini di ambil daripada Wikipedia.

g6pd

G6PD :

G6PD  singkatan untuk Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan ini dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (adalah sensasi yang dirasakan saat jantung berdentum dengan kuat, cepat, atau tidak beraturan).

G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi :

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau komplikasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal.

jaundice-in-newborn-babies

Diagnosis :

Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan :

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Senarai Lengkap Ubat-Ubatan Yang Mungkin Merbahaya Untuk Pesakit G6PD :

  • Dapsone dan sulphones
  • Methylthioninium chloride (methylene blue)
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Pamaquin
  • Primaquine
  • Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
  • Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit
  • Aspirin
  • Chloroquine
  • Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
  • Probenecid
  • Quinidine
  • Quinine
  • Naphthalene (dalam ubat gegat)

Anda Dinasihatkan Supaya Menjauhi Makanan Seperti :

  • kacang parang (fava beans)
  • makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
  • makanan yang mengandungi sulfida
  • kacang soya atau produk soya
  • semua jenis kacang atau produk kacang
  • Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung
  • Asid askorbik tiruan yang biasanya terdapat dalam vitamin C
  • gula-gula dan makanan berperisa menthol

img_0001
Selain menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubat berikut agar tidak termasuk di dalam susu ibu : ubat nyamuk (mengandungi pyrethium) ubat gegat (mengandungi napthalene) ubat-ubatan cina (senseh) ubat-ubatan herba atau jamu-jamuan ubat anti-malaria ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol).

Antara Langkah-Langkah Yang Mungkin Membantu :

  • Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis.
  • Pengambilan asid folic yang berterusan.
  • Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil.

 

Advertisements
Gallery

Promosi September 2016 AnCasa Royale Pekan, Pahang:Laksa Nyonya & Teh ‘O’Limau Ais


maxresdefault

AnCasa Royale Pekan.jpg

Kembali bersiaran…Jom kita ke Pekan, Pahang.

Kisah kali ini mengenai penemuan Laksa Nyonya dan Teh ‘O’ Limau Ais di Pekan, Pahang. Selalunya Laksa Nyonya atau Kari Laksa ini hanya boleh didapati di negeri Melaka saja, tetapi kali ini untuk bulan September 2016, AnCasa Royale Pekan, Pahang dengan gahnya mempromosikan Laksa Nyonya & Teh ‘O’ Limau Ais.

Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Asia, keunikkan sajiannya ialah hampir setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksanya tersendiri. Gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera kita terbuka luas.

1933

Laksa Nyonya atau Kari Laksa ini berasal dari Melaka, menggunakan bahan-bahan seperti mee dan kuahnya yang berlemak pedas ini ditambah pula telur rebus, tauhu kering, ayam dan sebagainya untuk melengkapkan lagi hidangan ini. Hurmmmm Ros dah mula nak kecur dah ni…..

nyonya laksa 1.jpg

Teringin dan ingin mencuba Laksa Nyonya….jomlah beramai-ramai ke AnCasa Royale Pekan, Pahang. Promosi ini hanya untuk bulan September 2016. Rugi kalau tak mencuba. Hanya boleh didapati di AnCasa Royale Pekan, Pahang sahaja.

Info : Waktu operasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Saffron Brasserie, AnCasa Royale Pekan, Pahang. 

Harga yang berpatutan, bersih RM25.00 setiap hidangan bersama Teh ‘O’ Limau Ais.

Masih tidak terlambat untuk tempahan, sila hubungi 09-4246600 atau lawati laman sesawang kami di http://www.ancasahotels.com.

main-entrance

No 2670, Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang, Malaysia

 

Gallery

Promosi September 2016 AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur : Set Nasi Briyani Ayam & Sirap Bandung


chicken_biryani

Berjumpa kembali..entri kali ini berkenaan Nasi Briyani Ayam…

Pengenalan Nasi Briyani Ayam: Resepi Nasi Briyani Ayam atau biryani (beriani) adalah hidangan yang menpunyai kemiripan dengan nasi (biasanya dari beras basmati) yang dimasak bersama rempah-rempah, sayur-sayuran atau daging. Hidangan ini dikenali dengan tambahan kata nasi, iaitu nasi briyani, nasi biryani atau nasi beriani. Nama hidangan ini berasal dari Bahasa Parsi yang bererti goreng atau panggang. Pada zaman dahulu, beras digoreng di dalam minyak samin sebelum direbus di dalam air bersama rempah-rempah sehingga setengah matang. 

Briyani dibuat dari beras yang sudah direbus di panci terpisah. Setelah beras setengah matang, beras akan dicampur dengan bahan-bahan lain, ditutup rapat di dalam panci, dan dimasak sehingga matang. Briyani adalah berbeza dengan pullao (pilaf) dalam cara memasak. Sewaktu membuat pullao, beras digoreng bersama rempah-rempah di dalam minyak samin dan terus dimasak sehingga matang. Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak briyani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya terkenal di India dan Pakistan, malahan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, dan di kalangan penduduk muslim Sri Lanka.

Di Malaysia dan Singapura, hidangan ini dipanggil Nasi Beriani, Nasi Briyani, Nasi Briani atau Nasi Minyak. Biasa disajikan dengan hidangan rendang dan minuman Sirap Bandung terutama semasa majlis-majlis perkahwinan komuniti orang Melayu Islam. Nasi Beriani Gam, satu pandangan tersendiri bagi hidangan terkenal dan kegemaran dalam negeri Johor Malaysia selatan, terutama sekali dalam daerah Muar dan Batu Pahat. Nasi Briyani Gam Muar adalah cukup serasi dan digemari oleh masyarakat kini, terutama di selatan tanah air.

Manakala di Singapura, hidangan ini dipanggil Nasi Briyani oleh orang Melayu atau hanya Briyani oleh orang India . Nasi Briyani adalah satu hidangan amat terkenal di kalangan sebahagian besarnya komuniti India Selatan, minoriti India dan komuniti Melayu Islam etnik, menjadi satu pilihan untuk hidangan utama di upacara-upacara perkahwinan kedua-dua komuniti ini. Terdapat juga restoran-restoran khusus untuk menyediakan Nasi Briyani bagi jamuan, keduri atau majlis yang mustahak.

Petikan di ambil daripada Wikipedia: Beriani (disebut [bɪr.jaːniː]) merupakan hidangan nasi campur dari Benua Kecil India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran.Asal beriani tidak pasti. Di Utara India, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Hyderabadi.Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun Islam di India.

ancasa-hotel-spa-kuala-lumpur

Walaupun dah hampir penghujung bulan September, rasanya tak terlambat untuk Ros cerita serba sedikit mengenai promosi Set Nasi Briyani Ayam bersama Sirap Bandung.

chicken-briyani-4

Nasi Briyani Ayam….hurmmm selalunya orang akan pergi ke warung atau restoran jika nak makan Nasi Briyani. Kalau tak silap Ros, Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan restoran yang terkenal dengan hidangan Nasi Briyani.

Kepada penggemar Nasi Briyani, bulan September ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur mempromosikan Set Nasi Briyani Ayam bersama Sirap Bandung dengan bersih RM30.00 setiap hidangan.

Cef Yohanis merupakan cef yang bertanggungjawab dan orang kuat dalam menyediakan hidangan ini. Gentar tak gentarlah kalau ia melibatkan citarasa dan kepuasan hati pelanggan.

dsc_2405
Cef Yohanis (Cef Eksekutif)

Ada lagi ke sesiapa yang belum mencuba Set Nasi Briyani Ayam bersama Sirap bandung di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur? Ada juga yang tertanya-tanya mengenai promosi Nasi Briyani di hotel kami. Ok, di bawah ni jawapan dia. Rugi kalau tak datang mencuba.

Info : Promosi ini bermula dari 1hb hingga 30hb September 2016.
Waktu operasi dari pukul 10.00 pagi -10.00 malam di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.
Untuk tempahan sila hubungi 03-20266060 sambungan 7703 atau boleh melayari laman sesawang kami iaitu http://www.ancasahotels.com

pic7

Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50500 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 

Gallery

kPkopies : Food Truck Di Urban Street Dining Jalan Ampang – GilaKopi & Mee Siput Yang Rare


Image result for urban street jalan ampang

Gelombang food truck bukan lagi satu viral bagi mereka yang suka makan. Zaman bujang dulu kalau nak melepak, Ros lebih suka cari tempat makan yang terbuka. “Open air” orang panggil. Rimas kalau makan tempat-tempat yang tertutup ni. lagi-lagi kalau kat kedai mamak..mesti cari meja yang kat luar. Tapi itu dulu, sebelum kahwin. Zaman muda mudi yang suka lepak…tapi bukan lepak membuang masa, lepak bermanafaat. Sekarang ni dah beralih ke arah coffee house atau cafe….lebih hipster kalau di restoran. Semenjak dah berkahwin dan ada anak. Tapi susah juga nak cakap kalau mood tu teringin nak lepak dengan anak-anak dan suami dengan cara santai dan “open air” kami pergi juga. bak kata pepatah orang dulu-dulu ‘tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’. Huihhh berfalsafah pula dah malam-malam ni.

IMG_20160816_201230

Lebih kurang 13 buah Food Truck ada di sini yang menyajikan pelbagai juadah….ada makanan western seperti Chicken Chop, Spaghetti, burger ada juga makanan dari Timur Tengah seperti Kebab Ayam & Daging, Nasi Arab bersama daging kambing bakar dan banyak lagilah. Ikut citarasa masing-masing.

Jangan jadi seperti kami ni….berpusing kat situ jer dah 30 minit. Tak boleh nak putuskan nak makan apa. Rambang mata dan tekak hahahahahaha.

IMG_20160816_200753.jpg

Image result for kPkopies

Dan akhirnya kami terhenti di satu food truck ni….terhenti kerana kami telah ternampak bungkusan Mee Siput bersama sambal. Makanan yang sememangnya rare di Kuala Lumpur ni. Hanya mereka yang berasal dari Johor saja boleh tau dan kenal makanan ini. Food truck yang kami kecoh-kecohkan ni ialah kPkopies namanya. Nak menyebutnya pun payah inikan nak menaip namanya. Mereka menjual Mee Siput bersama sambal yang siap dibungkus dengan harga bersih RM 2.00 sepeket. Sedap hingga menjilat jari, terutama sambalnya. Tak percaya, cuba jenguk sekejap gambar di bawah ni.

IMG_20160816_200739.jpg

IMG_20160816_200915

IMG_20160816_200833.jpg

Gambar di atas ni menunjukkan pelbagai minuman yang berasaskan kopi. Kopi blended tau…..nak panas ada nak sejuk pun ada. Papa kalau tengok ni mulalah menggatal nak order…tak silap Ros, Papa order Cappuccino Latte Special…tak percaya mai jenguk gambar di bawah ni. Muka Papa memang tak boleh blah kan…..

IMG_20160816_201020

IMG_20160816_201148.jpg

Kelebihan yang ada di food truck kPkopies ini yang takkan kita jumpa di food truck yang lain ialah mainan askar yang kecil berwarna hijau. Ingat tak mainan ni, hanya kaum lelaki yang lahir pada tahun 1980an saja yang tau pasal mainan ini. Tak percaya….tolong jenguk bawah….

IMG_20160816_200901

IMG_20160816_200855

Comelkan askar-askar ni….alat permainan yang rare…menjadi hiasan dan menarik perhatian kepada yang lalu lalang di sini. Sambil berjalan kami makan Mee Siput yang sedap dan rare dengan menikmati pemandangan indah Menara Berkembar KLCC di waktu malam.

IMG_20160816_201248.jpgIMG_20160816_202748

Kepada penggemar-penggemar kopi or gila kopi silalah singgah di Urban Street, Jalan Ampang bersebelah Hotel Corus. Cari food truck “kPkopies”…..memang terbaik dengan penyediaan kopi ala barista. Tak lupa juga Mee Siput dengan sambalnya yang terbaik. Susah nak cari Mee Siput kecuali kat Johor je. Lepaslah sikit rindu ni pada makanan negeri Johor. Harga yang berpatutan tetapi tak dapat menandingi keenakkan sambal Mee Siput dan keenakkan kopi ala barista.

Boleh menghubungi :

Foodtruck By HAJI’S Enterprise – Siti Nareah Suradi di 013-7715110.

Gallery