Salam sayang buat semua…
Mak aihhhh makan nasi dengan daun pisang….tak ada pinggan ker. Jangan terkejut dan melatah yer…bulan Oktober 2016 ini AnCasa Royale Pekan, Pahang sedang mempromosikan ‘Indian Banana Leaf Rice Set’. Memang kena pada masanya dan merupakan berita baik kepada mereka yang tinggal di daerah Pekan dan teringin nak makan nasi dengan daun pisang inilah tempatnya. Tak payah nak drive jauh ke Kuantan singgah je di AnCasa Royale Pekan. OOooppps promosi ini hanya untuk bulan Oktober sahaja.
Nasi daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan Andhra Pradesh di India. Ia merupakan hidangan bagi pemakan sayuran yang berasal dari India Selatan. Hidangan ini mendapat namanya daripada daun pisang yang digunakan sebagai alas nasi, menggantikan pinggan makan. Ia merupakan amalan biasa di India selatan dan negara-negara Asia. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang panas akan menghasilkan bau harum yang menambah selera makan.
Dulu inilah makanan kegemaran Ros…..rasa nak makan jer pergi Restoran Selvam, Segamat, Johor. Kalau tak sempat nak keluar makan tengahari, Ros akan kirim pada driver lori untuk belikan. Time ni memang kemaruk giler. Sekarang Ancasa Royale Pekan pulak buat promosi ni….rugi kalau tak cuba.
Info : Waktu operasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Saffron Brasserie, AnCasa Royale Pekan, Pahang.
Harga yang berpatutan, bersih RM25.00 setiap hidangan.
Masih tidak terlambat untuk tempahan, sila hubungi 09-4246600 atau lawati laman sesawang kami di http://www.ancasahotels.com.
No 2670, Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang, Malaysia