3 Bulan Hilang 10kg Dengan Acai Berry


Salam sayang….salam rindu dari Ros..

Berat badan turun 3 – 12kg dalam masa 1 bulan. Cepatnya…Betul ke ni. Tipulah beb…Tak percayalah kita. Nilah mak kita selalu sebut ‘tak kenal maka tak cinta’. Realiti dan benar. Pernah dengar produk Acai Berry Adonai Asli? Acai Berry Adonai Asli adalah suplement yang berasal dari buah acai berry. Buah ini mempunyai manfaat luar biasa. Buah ini hanya ada di Amerika Selatan. Khasiat buah ini ialah menahan nafsu makan, sekaligus menyihatkan kulit dan meningkatkan metabolisme tubuh. Yang pastinya Halal.

acaiberry11

Acai Berries anti oxident fruit  loose on a white background ready to cut out.
Buah Acaiberry

Berat badan Ros sebelum ambil Acai Berry ialah 80kg. Terkejut dan terdiam..tak tahu nak cakap macam mana. Eeee beratnya aku. Gemuknya aku. Mula rasa rendah diri. Malu tau nampak perut buncit. Yelah makan tak ingat dunia. Apa yang nampak sedap masuk mulut. Terutama roti canai & teh tarik.

Sampaikan ada orang tegur, Kak Ros dah berapa bulan? Haaa..angguk jelah kepala tu. Kalau tak silap Ros dalam bulan 5 tahun ni, Anna bagi produk ini untuk Ros cuba. Pada mulanya hati ni berbelah bagi tau, yelah Ros dah beli bermacam-macam ubat untuk slim. Ubat untuk makan lain untuk sapu lain. Beli kat kedai jamu lain beli kat online lain. Banyak duit habis semata-mata nak kurus nak cantik.

Anna tetap pujuk Ros untuk cuba produk ini. Anna kata cuba makan dan tengok dalam masa 3 minggu berat badan Ros akan kurang. Masa tu muka Anna penuh confident dan serius tau. Ros je yang gelak sorang-sorang. Anna bagitau cara makan….ambil 1 biji untuk sehari sebelum breakfast. Tetapi kalau dah breakfast kita makan produk ni selepas 30 minit. Jangan risau katanya. Pastikan ambil 1 biji setiap hari untuk selama 1 bulan. Jangan lupa kena banyak minum air kosong, jangan minum air sejuk, air berkabonat, nescafe dan kopi. Masa lunch makanlah apa yang patut, jangan biarkan perut kosong takut sakit lain pulak nanti.

Sebelum breakfast Ros akan ambil 1 biji. Begitulah setiap hari. Tak pernah ponteng tau selama 1 bulan. Ingat segala yang Anna pesan. Mulalah tekak ni kurang nak makan. Masa ada event media review untuk bulan Ramadan, makan semuanya sedap-sedap belaka. Tetapi sorry to say…sebelah mata pun pandang tau. Memang betul produk ni seperti menahan nafsu nak makan. Air kosong jangan cakap, 1 hari sampai 3 hingga 4 botol. Pergerakkan Ros menjadi aktif mungkin sebab metabolisme tubuh Ros kot. Waktu malam Ros akan berpeluh-peluh. Alhamdulillah selama Ros makan produk ini, tak pernah rasa degupan jantung yang cepat, mengganggu tidur kita atau efek sakit yang lain.

Dalam masa 3 bulan, berat badan Ros dari 80kg sekarang dah 70kg. Happy bila ramai orang tegur Ros dah kurus. Happy bila saiz baju kita sebelum ini XL sekarang M. Ros masih lagi makan produk ini. Alhamdulillah Ros sihat dan semakin sihat. Inshaallah selagi kita yakin dengan apa yang kita lakukan, Allah akan permudahkannya…

img_20160929_102529

img_20160930_2139221

Info : 1 botol ada 30 biji . Cukup untuk penggunaan 1 bulan. Harga yang berpatutan. 

 

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s