Tip Untuk Menceriakan Hari Anda


Salam sayang….salam rindu dari Ros…

Korang mesti stress dengan kerja harian, politik di tempat kerja dan kerenah anak-anak di rumah. Sampaikan ia boleh menyebabkan kita tak ada semangat. Kenapa boleh jadi macam tu? Apa sebabnya? Bila difikirkan semula….kita nak bahagia, nak gembira, nak cantik dan sebagainya adalah pilihan kita sendiri, kita berhak memilih kehidupan yang ceria, jadi mengapa perlu bersedih?…betul tak.

happy-sun-drawn-in-the-sand_1101-244

Semua orang pernah alami situasi sebegini. Bila kita tak boleh nak kawal, kita menangis. Kena marah, kita nangis. Emosi tak stabil. Sampaikan Ros pernah digelar dengan gelaran ‘Sebek’.

Now no more ‘Sebek’ ok…..sekarang lebih yakin dengan diri sendiri dan orang disekeliling. Lebih-lebih lagi kalau kerja sebagai PR ni, nak kena jaga penampilan, tutur kata dan perbuatan. Nak jadi seperti Ros, jom amalkan tip-tip di bawah ini. Tak mahal pun..

img_20160812_0834041 img_20160812_0834061

  1. Solat – rajin kita solat, lagi kuat iman, jasmani dan rohani kita.
  2. Berzikir – tenangkan diri, sabar dan menjauhkan kita dengan sifat-sifat negatif.
  3. Senyum setiap hari – senyum tu kan sedekah. Dengan senyum boleh menjadikan kita lebih positif, kurang tekanan dan rasa lebih lega.
  4. Aromaterapi – semua orang suka wangi kan. Bau wangi yang kita suka akan membuatkan kita lebih tenang dan mengurangkan stress. Setiap bauan ada manafaatnya tersendiri. Ros suka bau lavender dan perfum mesti bau yang lembut dan manis.
  5. Beli bunga untuk diri sendiri – bukan kerja gila yer. Beli bunga segar dengan berbagai warna dan hiaskan our work space. Inilah orang panggil kecantikkan semulajadi. Natural beauty gitu.
  6. Coklat Gelap (dark chocolate) – kunyah dalam kuantiti yang sedikit. Bukan makan macam nasi yer. Sebenarnya coklat ini anti oksida, baik untuk jantung, otak, membantu kawalan gula dalam darah, meningkatkan ketahanan dalam melawan stress dan banyak lagi.
  7. Kupas kulit & makan buah oren – rasa beban kerja yang banyak. Rehat sebentar dan sambil tu makan buah oren. Perbuatan mengupas kulit buah oren akan membuatkan kita relaks kerana baunya yang segar. Vitamin C membantu melawan stress.
  8. Berjalan ambil angin – keluar sebentar dari office dan berjalan-jalan melihat pokok, awan dan burung berterbangan. Ambil masa dalam 5 minit, cuba tarik nafas perlahan-lahan sambil menghayun tangan. Lega rasanya kan.
  9. Ketawa dengan kuat – seperti melepaskan segalanya. Membuatkan kita lebih positif dari segi fikiran dan diri kita. Cari bahan lawak jenaka melalui Youtube or sesuatu yang boleh membuatkan kita ketawa.
  10. Minum air kosong – bila tengah marah ambil segelas air kosong dan minum. Inshaallah kurang rasa marah tu. Air juga menyejukkan badan.
  11. Tidur – penat dan tiada tenaga. Tidur dalam 15 minit. Tutup mata dan lepaskan segala masalah dalam fikiran kita.
  12. Ucap ‘I love you’ – pada yang dah berkahwin, rajin-rajinkanlah mulut kita mengucapkan ‘I love you’ pada pasangan  dan anak-anak kita.
  13. Menyanyi – Ketika bekerja cuba dengar muzik sambil menyanyi. Ini kerana muzik akan membuatkan minda kita menghasilkan rasa gembira.

img_20160817_2116551  aqillah2 IMG_20160716_103540

Pakar motivasi mengatakan: “Kita adalah apa yang kita fikirkan mengenai diri kita.” Bila kita selalu yakin dan positif pada diri dan orang disekeliling kita membuatkan prestasi kerja semakin cemerlang. Membuat orang sayang pada kita. Walaupun Ros dah berumur 37 tahun, tetap juga orang kata mudanya….hehe amalkan petua ker, awek muda ker. Anggukkan je kepala tu. Hidup ni biarlah simple……so nak jadi seperti Ros, amalkan tip yang Ros bagi tadi…..Inshaallah pasti kita bahagia.

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s