Murah & Mudah Untuk Kulit Cantik


pimples-woman-face

Salam sayang….salam rindu dari Ros…

Orang kata, nak cantik bukan mudah dan perlukan usaha. Betul ke?

Semua wanita ingin memiliki wajah berseri dan cantik. Jika berbicara mengenai penjagaan kecantikkan wajah, pasti ramai wanita menunjukkan minat….termasuklah saya ni tau. Tiada wanita mahu kulit wajah kusam, gelap dan kelihatan tidak bermaya. So, penjagaan amat penting terutama untuk memberikan penampilan imej lebih muda daripada usia sebenar…awek muda gitu.

Jom bersama-sama dengan Ros untuk mencantikkan kulit kita dengan cara yang murah, jimat dan mudah didapati. Berikut adalah beberapa langkah penjagaan kulit bersih dan licin dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Timun – sangat bermanfaat untuk menyegarkan dan memberi kelembapan kulit kerana timun mempunyai banyak kandungan air di dalamnya. Kaya dengan vitamin A, B dan C. Sesuai untuk dijadikan topeng muka. Timun dipotong dan dikisar sehingga halus. Barulah disapukan ke muka dan biarkan ia selama 15 hingga 30 minit.

khasiat-timun

Putih telur – mengandungi protein yang tinggi. Berkesan melembutkan dan mencerahkan kulit. Bahan terbaik untuk menanggalkan minyak dan kesan kotoran dan mengurangkan jerawat pada wajah. Sapukan putih telur pada wajah dan biarkan selama 15 minit hingga ia kering. Lakukan dua kali seminggu.

telur_dan_putihnya

Betik – Sesuai untuk kulit yang kusam. Mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kotoran dan menghilangkan sel kulit mati dengan cepat. Betik muda dipotong dan dikisar. Selepas itu perahkan limau nipis dan sapukan pada wajah seminggu sekali.

papaya-lg

Limau nipis – kaya dengan kandungan asid yang membuatkan kulit wajah menjadi bersih, segar dan bebas jerawat. Belahkn limau nipis dan sapukan ke wajah. Mungkin akan terasa pedih untuk beberapa saat tetapi hasilnya amat bagus untuk kulit wajah.

khasiat-buah-limau-nipis

Kunyit – mengandungi antiseptik dan antibakteria. Mengembalikan tekstur kulit dan juga berkesan untuk mengurangkan jerawat. Jika menggunakan kunyit basah, dipotong dan dikisar kemudian disapukan ke wajah. Tetapi lebih senang jika menggunakan serbuk kunyit. Dicampurkan sedikit air dan tepekkan ke muka. Biarkan ia hingga kering. Kemudian bolehlah basuh muka. Amalkan seminggu dua kali.

download

Haaaa ni Ros nak pesan dulu yer..kepada anak-anak remaja pastikan minta kebenaran daripada ibu sebelum menggunakan kaedah di atas. Almaklumlah barang-barang ni kan letaknya di dapur. Faham-fahamkan yer.

Simple je kan. Tak payah nak ke spa setiap minggu setiap bulan. Buat sendiri. Bermula hujung minggu ini, Ros akan amalkan kaedah di atas. Kita lihat nanti hasilnya….inshaallah yang penting kita usaha dan tawakkal.

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s