EPISOD 1 : Nostalgia Trip Bersama Sahabat Media 2014 ke Johor Darul Takzim


Salam sayang…..sayang rindu dari Ros…..

banner-cc1m

Nostalgia Bersama Sahabat Media 2014 Selamanya Dihati….

12 Ogos 2014 – 14 Ogos 2014….1st time follow Sahabat Media VMY 2014 bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel. Pelawaan daripada Kak Anna yang pada mulanya hanya untuk membantu tidak akan Ros lepaskan. Yelah peluang dapat berjalan sambil bekerja. Dapat gaji lagi tau. Dari sinilah Ros berkenalan dan tambah kenalan dari kalangan media cetak, elektronik & blogger. Antaranya Mawardi Yunus, Piet, Kak Diana Segodeng, Izzati, Nannie Isa, Pojie, Halim Nadzeri, Danish, Abg Sham TV3, Ellie Toh, Emily, Abg Fuad True Asia, Kaio, Azlina, Rosmaria dan ramai lagi. Maklumlah dah 2 tahun berlalu. Kenangan bersama mereka, Ros abadikan di dalam blog Ros yang entah apa-apa ni..

Hari Pertama : Ladang Nenas – Station Nenas Alur Bukit, Pontian…..merupakan lokasi pertama kami sampai. Ladang yang terletak di Pontian, Johor ini dengan keluasan 300 kaki persegi…tersangatlah luas dan penuh dengan pokok nenas aje. Bayangkan seperti hingga hujung dunia tu baru ada nampak ladang kelapa sawit !.

10550828_764256800284596_8001946275950364840_n

Nictar Bee Farm – Seterusnya ke lokasi kedua iaitu ladang nenas jugak. Selain menanam nenas..mereka juga menternak.. eh! haaaa rupanya mereka ada ternak lebah untuk dapatkan madu asli. Madu pun ada bermacam jenis dan korang boleh dapatkannya di sini. Yang bestnya, kat sini ade sweet corn original ! Kenapa original? Sebab jagung kat sini mentah tak payah kukus bagai, sebab tu manis.

Muzium Nanas – kunjungan pendek kami ke lokasi ketiga iaitu Muzium Nanas di Pontian. Kat sini kita boleh belajar sikitlah pasal asal usul buah nenas, apa produk yang berasaskan dan demonstrasi bagaimana benang dihasilkan dari daun nenas. Boleh buat baju lagi. terkejut mak masa tu tau….

Rumah Bugis – terletak di Kukup Pontian, Johor. Lokasi keempat sememangnya menarik perhatian Ros kerana inilah kali pertama Ros dapatmenjejakkan kaki ke Rumah Bugis ! Rumah asli budaya Bugis yang masih bersisa di Pontian, Johor.. pembaikpulihan rumah ni saja dah makan jumlah jutaan ringgit. Perabot dan konsep dalam rumah ni memang asli Bugis style tau! gituuuu.

 

Taman Negara Tanjung Piai – Lokasi kelima ini merupakan tapak warisan negara dan diisytiharkan sebagai Taman Negara memandangkan di sini terdapat kekayaan khazanah alam semula jadi iaitu hutan, hutan paya bakau serta pelbagai spesies flora dan fauna. Taman ini juga menjadi tempat kediaman pelbagai jenis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam. Dashyatkan…merupakan tanah paling selatan di Benua Asia. Rasa sungguh bertuah dapat jejakkan kaki ke sini.

        tanjungpiai2        tanjungpiai1          tanjungpiai3

tanjungpiai4

Hotel Doubletree – Hilton, Johor Bahru – Lokasi keenam atau lokasi terakhir untuk hari pertama di Johor. Setelah seharian kami berpeluh dan bermasam bersama-sama, berjalan bersama-sama, bergurau dan kecoh pun bersama-sama. Cuba tengok gambar di atas sebagai saksinya, porak peranda rumahtangga tau… Kini tiba masa untuk merehatkan diri di katil hotel yang super duper punya selesa.. hotel bertaraf 5 bintang..ribuan terima kasih kepada Hotel Doubletree – Hilton, Johor Bahru untuk penginapan kami selama satu malam di sini. Best dan selesa hotel ni. Hotel yang baru beroperasi ini terletak di Menara Landmark – No. 12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,80000, Malaysia. Tapi sayangnya…Ros tak ada gambar untuk ini. Yang ada cuma gambar selfie Ros di dalam bilik hotel…huhuhu..sorryyyy..

doubletree.jpg

10447834_766350153408594_1745843611236780806_n

Eeeeeeuuuu gemuknya aku…….takper masih cantik lagi masa ni hehehehe. Untuk hari esoknya iaitu hari kedua Ros bersama-sama Sahabat Media, berpeluang melihat lokasi yang lain pula….tak taulah apa pulak kali ni yer…jom kitaaa…

Hari Kedua : Perkampungan Homestay Kampung Sri Paya, Kulaijaya, Johor – merupakan lokasi pertama untuk hari kedua Ros bersama Sahabat Media. Haaa homestay yang Ros pergi ni bukan sebarangan homestay tau, ada jugak beberapa aktiviti yang best kat sini. Best sebab semuanya berkaitan dengan makanan. Tak sah kalau ke sini tak try makanan yang ada di sini tau. Ros terjah tempat memproses mee siput ..Zai Mi Siput. 100% homemade dan tanpa menggunakan bahan pengawet. Pergi pulak ke tempat memproses Otak-Otak KJ yang popular di Johor. Makan lagi…ambil gambar…pastu makan lagi. Kemudian kami ke Homestay Sri Paya. Besar sungguh rumah ni…macam banglo, banyak bilik, ada dua ruang tamu, memang luas dan selesa sangat. Boleh stay beramai-ramai dan sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Puas ke sana sini belek sana sini…Ros sambung makan lagi. Sebab tu badan gemukkkk. Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk Sahabat Media.

123.jpg

images01

Selepas puas bermain itu dan ini, sempat juga singgah di tempat Pembiakan Cendawan. Masa ini masing-masing dah penat. So untuk ini Ros memang tak bergambar. Kisah nak naik bas dan duduk diam-diam. Penatlahhhhh, dengan makan minum makan minum….pastu main aktiviti yang disediakan, dah fikir nak tarik bantal tidur. Hentian terakhir kami….

Hotel Renaissance Johor Bahru – lokasi kedua dan terakhir untuk hari kedua ni…terletak di 11, Bandar Baru Permas Jaya 2, 11, 2, Jalan Permas 9/12, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hotel 5 bintang tau….kat sini kami disambut dengan mesra oleh staff-staff hotel ini. Rasa terharu pun ada….memang best. Sahabat Media yang lain dibawa untuk melihat sekeliling hotel. Ros dan Kak Anna terus masuk bilik berehat sekejap dan bersiap sedia untuk makan malam bersama VIP dan orang atasan hotel tersebut. Makan lagilah nampaknya…

renaissance

Hari Ketiga : Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya Johor – Untuk hari terakhir Ros dan Sahabat Media, lokasi pertama untuk hari terakhir di Johor, kami telah melawat ke Lat’s Place yang terletak di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya Johor. Di sini kami ada majlis press conference berkenaan dengan perkembangan dan tawaran terbaru pelancongan di negeri Johor khususnya.

lat

Kat sini Ros dapat bergambar bersama Datuk Tee Siew Kiong…..Exco Pelancongan Negeri Johor. Jangan dipandang gambar Ros tu lama-lama, taulah gemuk. Habis ajer majlis press conference tersebut, masa kami penuhkan perut…lunch time. Kali ini kami lunch di Hotel Traders, Puteri Harbour Nusajaya, Johor. Hidangan buffet depa memang terbaik. Ada makanan Jepun, kuih muih Melayu, Chinese Food lahhh haihhh banyaknya makanan. Lepas makan kami ke Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di dalam bangunan di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya, Johor. Yang menariknya….time ni Ros ambil banyak gambar tau…dah macam budak-budak pulak.

                    hellokitty hellokitty2 hellokitty5

hellokitty4 hellokitty3

hellokitty1

Dalam bangunan yang sama, The Little Big Club di sini terdapat gabungan kartun-kartun popular seperti Pingu, Bob The Builder, Thomas & Friends dan banyak lagi. Sebab tu Ros boleh turn on jadi budak-budak…tak percaya, meh tengok gambar-gambar ini…

thebigclub

thomas

bobthebuilder

thebigclub2

pingu1

Legoland : Ni kalau bawak anak-anak datang sini confirm diorang suka. Last but not least, Legoland..kalau dah masuk area Nusajaya ni tapi tak pergi Legoland macam tak kenakan. Tapi trip kali ni, Ros berpeluang masuk ke Hotel Legoland tau. Tapi kesian pada Sahabat Media yang lain kerana mereka tak dapat meninjau bilik-bilik kat hotel ni sebab penuh. Serba sedikit gambar suasana sekitar Legoland Hotel. Memang tema lego 100%. Entah berapa juta keping lego laa dorang dah guna untuk bina segala-gala perhiasan lego tu. Macam-macam benda dorang boleh buat dengan lego ni..kreatif betul.

 lego1 lego5 lego10

lego9 lego7

lego6
lego2  lego3

lego4

Memang best betul..walaupun panas..yela masa ni Legoland masih baru beroperasi so pokok-pokok baru nak membesar. Sakit kaki sebab kawasannya yang luas…rasanya time ni Ros banyak berhenti kot. Gambar pun tak banyak. Orang memang ramai time ni.

Johor Premium Outlet –  Ingatkan lepas round 1 Legoland, kitaorang dah nak balik ke Kuala Lumpur…mana tau tiba-tiba Kak Anna tukar plan singgah jap JPO atau Johor Premium Outlet.

10151399_764283383615271_275908426989529840_n

Yang geramnya dahlah ni kali pertama Ros sampai sini..last-last bateri hp kong. Tu yang dapat snap Menara JPO sebagai tanda yang Ros pernah sampai di sini. Memang banyak butik yang menjual pakaian, kasut dan beg tangan berjenama seperti Polo, Gucci, Fendi, Padini, Charles & Keith, Nike dan banyak lagi. Ros sempat shopping 2 pasang kasut dari kedai Vincci…sampai sekarang kasut tu masih ada. Masih boleh pakai lagi.

Nostalgia Bersama Sahabat Media 2014 Selamanya Dihati….Episode 1 ini tidak akan berakhir di sini…masih panjang perjalanan Ros bersama mereka. Nantikan sambungan Episode 2 ke negeri Perak Darul Ridzuan..inshaallah….

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s