EPISOD 2 : Nostalgia Trip Bersama Sahabat Media 2014 Ke Perak Darul Ridzuan


Salam sayang…..sayang rindu dari Ros…..

banner-cc1m

Nostalgia Bersama Sahabat Media 2014 Selamanya Dihati….

Selepas balik dari trip bersama media ke Johor, Ros dapat bersama-sama dengan anak-anak selama dua hari sahaja. Episod kedua ini mengisahkan Ros bersama sahabat media yang lain berkunjung ke negeri Perak Darul Ridzuan.

sahabat-media-perak2

Kami semua berkumpul pada pukul 7.00pagi di Matic, Jalan Ampang.  Lokasi pertama kami ialah Homestay Maju Manik di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Kami disambut dengan paluan kompang oleh penduduk di sana. Dihidangkan dengan masakan kampung…seperti masak lemak pucuk ubi, ubi rebus dengan sambal, ikan pekasam goreng dan banyak lagi. Haaaa masing-masing dah seperti orang tidur disorongkan bantal…banyak aktiviti yang diadakan di sini. Tak nak cerita lebih-lebih…

Rindu betul dengan diorang ni….Noreen, Piet, Kak Diana….banyak lagi sahabat media yang Ros sebenarnya dah lupa nama diorang hehe..jangan sentap yer.

Homestay yang indah berlatar belakangkan pemandangan sawah padi….jakun aku tau masa ni….

5

Selepas Homestay Maju Manik….kami ke lokasi kedua iaitu Pasir Salak Eco Resort. Resort ini bersebelahan dengan Sungai Perak. Mempunyai 50 buah chalet. Masakan di resort ini juga sedap. Tukang masak di resort ini sangat mahir dan berpengalaman. Bab makan jangan cakaplah….Pemandangan di resort ini sungguh indah tatkala dengan kesegaran udara di waktu pagi serta tenang dan aman di waktu malam…actually menakutkan sebenarnya…hehehe….inilah penginapan kami untuk hari pertama di Perak.

sahabat-media-perak7

pasir-salak

p_20140818_145622_hdr

pasir-salak2

Sempat jugaklah kan merasa mandi pool di sini. Masa ni baru nak belajar berselfie tau. Kelakar pulak Ros tengok gambar ni…..gemuknya aku kannnn. Puas berendam dengan diorang tiba-tiba terasa lapar. Balik ke chalet masing-masingdan bersiap untuk makan malam. Makan malam dengan dijamu hidangan yang sedapppppp …planning last minute oleh Kak Anna….kami ke Menara Condong Teluk Intan….terima kasih kepada driver Abang Junaidi Pearl Holiday yang baik hati dan hanya mengikut aje….

menara-condong2

menara-condong

Dua gambar di atas pinjam dari noreenkamsani.blogspot. Ros suka gambar Ros tengah melompat dengan Kak Diana….hehehe tak sangka pulak Noreen pilih gambar ni untuk blog dia…..Kebetulan pulak ada pasar malam kat sini, tapi taklah banyak jualannya…

pasar-malam-teluk-intan

teluk-intan

Sempat lagi Kak Anna, Abg Din Bernama TV dan Resort Manager Pasir Salak Resort…sorry tak ingat namanya leka mengunyah kuaci sambil berborak dengan peniaga di situ. Ros tukang ambil gambar. Bila dah penat…kami balik ke Pasir Salak Resort dan ZZZZzzzzzZZz..

Esoknya..hari kedua Ros di Perak…Lokasi kami ialah ke Perusahaan Labu & Pasu di Kampung Tanjung Bidara, kampung Gajah.

Masa ni Ros tak nak lama-lama sebab panas…tunggu diorang dalam bas, sejuk sikit kan. Seterusnya kami ke lokasi Gaharu Tea Valley di Gopeng, Perak. Luas tau kawasan ni. Ingat teh dihasilkan melalui penanaman daun teh tetapi tidak…rupanya gaharu pun boleh menghasilkan teh..teh gaharu. Rasanya hampir sama dengan teh yang biasa kita minum tetapi ia berbau harum dan wangi…

gaharu3

Haaa inilah driver yang baik hati tu..Abang Junaidi…siap peluk kayu gaharu lagi. Kalau nak tau harga kayu gaharu ni boleh mencecah ribuan ringgit..

Kami menaiki van untuk ke lereng bukit, tempat penanaman pokok gaharu. Lorong bukit yang sempit memang ngeri tetapi adventure. Sebelum itu dengar penerangan mengenai pokok gaharu dan barulah berjalan-jalan disekitar kawasan tersebut.

gaharu6

Yang kat belakang tulah kawasan pokok gaharu..besarkan. Gambar ini diambil dari pelantar tempat kami mendengar penerangan tadi.

gaharu8

Kalau nak tau, setiap pokok gaharu di sini dilukis dengan gambar haiwan seperti harimau, monyet, gajah dan banyak lagi. Ada cerita disebalik lukisan tersebut iaitu…gadis atau lelaki yang belum berkahwin jodohnya akan cepat kalau memeluk pokok tersebut. Mitos je tau jangan percaya..tahyullll.

Lovers Tree ni pokoknya dah tua dan besar dari yang lain. Ia ditutupi dengan pagar. Seram jugak tengok pokok ni.

Selepas menjelajah kawasan penanaman pokok gaharu ini, kami terus ke Ipoh..lokasi terakhir kami di negeri Perak. Kami singgah sebentar di Port, Ipoh. Ada majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan penerangan mengenai Port pada media. Tiada gambar sebab bateri handphone mati…..Di Ipoh, kami menginap di Lost World Hotel.

tambun2

Pemandangan yang diambil dari jendela tingkap bilik di Lost World Hotel. Bersiap sedia untuk makan malam di Lost World Of Tambun. Best gilerrrr. 1st time Ros datang ke sini.

tambun

tambun1

Bergambar bersama mereka…ni semua muka yang tak sabar nak main air. Makan dah…bergambar pun dah….main air je belum….jom terjunnnnnnn….

Keesokkanya…kami ke The Banjaran Hotspring Retreat. terletak bersebelahan dengan Lost World Of Tambun. Tempat yang esklusif untuk orang ternama. Semalam pun dah ribu riban…mampu ker..

Memang cantik dan sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar pemandangan.

Kemudian kami kembali semula ke Lost World Of Tambun. Ni pada mereka yang tak puas berendam semalam, sambung pada hari ini. Ros tidaklah…nak tukar baju lah apa lah…sorry yer korang pergilah mandi yer. Ros masuk bilik dulu…

tambun3.jpg

Tengahari..kami bertolak ke Bandaraya Ipoh……..laaaa biasa jer. Melawat Stesen Keretapi Ipoh & Mahkamah Tinggi Ipoh…actually banyak sebenarnya tapi panas so Ros hanya duduk dalam bas. Letih berjalan tadi pun tak habis lagi….

After Bandaraya Ipoh kami bergerak balik ke Kuala Lumpur. Tak sabar nak jumpa anak-anak. Rindu mereka.

Tunggu episod 3 trip ke Melaka pulakkkkk…..

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s