EPISOD 3 : Nostalgia Trip Bersama Sahabat Media 2014 Ke Negeri Melaka


Salam sayang…..salam rindu dari Ros…..

banner-cc1m

10615636_764288886948054_4290615133197858741_n

22.08.2014 – Program selama 3 hari 2 malam – Ros dan sahabat media berkunjung ke Negeri Melaka dan bermalam di Bayou Lagoon Park Resort. Merupakan hotel yang baru beroperasi dan ianya dilengkapi dengan taman tema yang memukau semua pengunjung di sini tau. Hotel ini terletak di Bukit Katil.. dekat jer dengan Bandaraya Melaka, dalam 15 minit camtu ha.. So kalau nak turun ke Bandar Warisan Dunia tu, memang hotel ni sangat sesuai sebab lokasi dia yang strategik. Kat Melaka ni banyak tempat telah Ros lawati…nak tau, sila teruskan membaca…

melaka56

Sempat bergambar bersama Reen & Piet. So Ros rasa berbangga kerana Ros dan sahabat media yang lain merupakan pengunjung yang merasmikan hotel baru ini. Hotel baru, tilam baru, bantal baru segalanya baru…

melaka38

bayou2

Ros kan baik hati sebab tu siap bagi details lagi pasal harga, keluasan dan kemudahan disetiap bilik tau.

locationmap1

Dah mengantuk disorongkan bantal pulak tu…siap ada map lagi kepada mereka yang inginkan percutian dalam taman tema…inilah tempatnya.

Pihak management Bayou Lagoon Park Resort telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk kami semua. Aktiviti air lagi tu…hurmmmm sedih time ni Ros tak dapat join kerana period, so partime cameraman la mak nakkkk oiiiii…

melaka14

Ada yang karaoke, berlumba dalam air, rebut duit syiling dalam air….memang bestlah. Siap ada hadiah untuk setiap aktiviti yang disediakan. Not my rezekilah nak join…..

Malam tadi berendam dalam air…paginya pulak sidang media. Huhu mengantuk time ni. Tak silap Ros ada sahabat media yang ambil gambar…candid camera…hehehehe.

Dari menginap di hotel baru, Ros ke salah satu restoran yang menyajikan makanan Baba Nyonya. Lagi best ada persembahan kebudayaan. Sambil makan kami menyaksikan persembahan Baba Nyonya. Kalau nak tahu, Baba Nyonya adalah kaum peranakan yang asal-usulnya dari Cina dan berkahwin dengan orang tempatan. Mereka kekalkan budaya orang Cina tetapi cenderung terhadap pakaian dan Bahasa Melayu. Huhhhhhh masakan mereka memang terbaik….sedap betul…..

Ros kan bila syok makan, memang jangan haraplah kalau nak ambil gambar makanan…sahabat media yang sibuk snap sana snap sini. Lantaklah korang….Ros layan dunia Ros….nyum nyum nyum.

Hehehehe…Ros merasa naik cruise tau. Ok kali ni Ros ke Melaka River Cruise. Melaka memang sinonim dengan gelaran “Venice Of The West”. Kalau zaman dulu, popular dengan perdagangan, kini diubahsuai sebagai tarikan pelancongan. Waktu operasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam. Feeling habis naik cruise sepanjang Sungai Melaka dah macam berada di Venice. Beranganlah pulakk…

melaka5

melaka6

melaka7

melaka8

Angin sejuk waktu malam di sepanjang sungai membuatkan Ros seperti berada di Venice tau. Kepala ni hanya bergerak ke kiri dan kanan melihat keindahan di waktu malam.

Orang kata tak sah datang Melaka kalau tak singgah di Jonker Walk. Macam-macam barang ada dijual di sepanjang jalan kat sini. Kalau nak datang sini, boleh datang pada jam 6 petang hingga ke lewat malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

melaka

Dengan becanya yang berwarna-warni siap ada lagu lagi. Kat sini Kak Anna sempat shopping barang antik lagi. Lantaklah ko kak…Ros tolong bawakkan jer yeeeee…

Selepas bershopping sakan di Jonker Walk, kami ke Muzium Baba dan Nyonya. Memang terletak dilokasi yang sama dengan Konker Walk. Ni kalau nak tahu diusahakan oleh Baba dan Nyonya Melaka khas untuk para pelancong belajar tentang sejarah dan keunikan Baba dan Nyonya. Dibuka setiap hari dari jam 1030 pagi – 1230 tengah hari dan 200 petang – 430 petang. Bayaran sebanyak RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Amacam boleh jadi tour guard tak. Sorry gambar tak ada sebab Ros penat giler. Memori di muzium ni hanya dalam kenangan Ros saja….sorry again okey. Degil nak tau jugak…google dan search lokasi ni.

Menara Taming Sari..dari ketinggian 80 meter, pelancong dapat melihat Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, St. Paul Peak, Masjid Negeri, Pulau Melaka dan Memorial Kemerdekaan selama 7 minit. Mampu menampung sehingga 80 penumpang pada satu-satu masa. Beroperasi pada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Bayaran RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. TunjukMyKad, boleh diskaun 50%.

Puashati beb dapat lihat seluruh Melaka gitu…bangga jadi anak Malaysia. Sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh kita lawati.

Singgah di The Eco Tree Hotel yang terletak di 1, Jalan Melaka Raya 9, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Hotel ni hotel boutique. Juga hotel yang baru beroperasi. Jom terjah apa yang ada di hotel ini…

melaka27

melaka30

Sejuk je bila masuk hotel ni….hehehe aircon baru hotelkan baru. Memang ada kelas dan kualiti. Kemudian Ros ke The Settlement Hotel. Lokasi di No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka. Kat hotel ni kan perabotnya memang antik. Segalanya antik disini. Tak caya..mehhh tengok..

melaka44

Macam mana percaya tak. Memang unik hotel ni. Pada Ros ia memang sesuai untuk mereka yang suka pada sejarah dan seni.

Banyak tempat di Melaka yang Ros dapat lawati. Sampaikan ke tempat kraftangan Melaka yang terletak bersebelahan dengan Zoo Melaka kalau tak silap Ros lah.

Jangan kecam Ros kalau nilah 1st time melangkahkan kaki ke tokong cina…tokong ni bukan sebarangan tokong tau…

 

Kalau nak ikutkan banyak tempat sebenar Ros pergi. Tetapi yang penting bagi Ros ialah persahabatan yang terjalin disepanjang program bersama Sahabat Media, Santai Travel & Tourism Malaysia.  Sekian sudah episod trip Ros bersama sahabat media. No more sambungan….

Nantikan entri Ros yang lain pulak yer….

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s