Alkisah “Grooming & Etiquette” Di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur


Salam sayang….salam rindu dari Ros..

Image result for penampilan kemas di tempat kerja

Kerana diriku begitu berharga…gobek-gobek hp di hari minggu, teringat course 2 jam di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada 17hb Oktober yang lepas. Hampir seminggu entri ni terperam..hahahaha jangan marah yer Adik….Course berkenaan ‘grooming & etiquette’. Terima kasih Ros ucapkan kepada HR Department kerana sudi mengadakan course ini….so inilah entri Ros kali ini..jom kita tengok apa itu grooming dan apa itu etiquette.

img_20161017_1509061

Grooming ialah :

  1. Kebersihan diri dan penampilan seseorang dari hujung rambut hingga hujung kaki.
  2. Kecantikan atau ketampanan, bukan hanya dilihat dari luar saja, tapi juga harus dilihat dari dalam (inner-beauty). Oleh kerana itu, perilaku juga harus diperhatikan dalam berpenampilan.

Etiquette ialah :

Budi bahasa, kesantunan, adab, tatatertib, peraturan yang tertentu di dalam pergaulan manusia setiap hari.

Pada hari tu Adik (Kamisah) yang memberikan penerangan mengenai grooming dan etiquette ni. Satu percubaan yang baik dari Adik. Congrats Adik. Actually grooming class ni 2 jam je….dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 or 5.00 petang. Diadakan di Kayangan 3. Course ini dimulakan dengan pengenalan dan penerangan mengenai groming dan etiquette.

Grooming memainkan peranan penting dalam kerjaya kita. Ros yang bekerja sebagai Public Relations Assistant di hotel memerlukan penampilan yang bersih, kemas dan bersesuaian. Penampilan melambangkan keperibadian seseorang. Khususnya staff yang bekerja dibahagian operation yang berhadapan secara langsung dengan tetamu. It carries the hospitality image.

Kekemasan rambut untuk staff lelaki adalah pendek atas dari bahu dan kemas manakala staff perempuan pulak haruslah diikat ke belakang atau disanggulkan dengan rapi. Jika memakai ikat kepala atau hairnet haruslah bewarna hitam. Aksesori seperti cincin adalah tidak sesuai untuk staff yang bekerja di bahagian dapur dan servis layanan tetamu. Kuku haruslah dipotong pendek dan tidak dibenarkan mewarnakan kuku. Tatarias atau bersolek biarlah secara simple saja. Memadai dengan bedak, eye shadow, blusher dan lipstick. Kalau Ros nak terangkan dengan lebih lanjut mengenai standard grooming ni sampai ke esok pun habis.

Sesi kedua pula adalah demonstrasi mekap ke tempat kerja yang dikendalikan oleh Adik (Kamisah) dari HR Department. Adik juga merupakan seorang mak andam juga tau…partime bila ada masa terluang.

Ada 9 asas make up tau, antaranya pelembap muka, foundation, powder, kening, eyeshadow, eyeliner, maskara, blusher & lipstick. No wonderlah perempuan ni ada beg make up besar dalam beg diorang. Cakap orang, Ros pun sama dahhhhh……..dah sifat semulajadi seorang perempuan kan.

Adik telah memilih Desy sebagai model untuk demonstrasi make up. Excited Desy tau……Desy ni kerjanya dibahagian Front Office. Orang yang paling hadapan dalam hospitaliti ni. Adik kata nak belajar makeup ni kena ada sabar. Barang makeup pun tak payah nak branded sangat. Orang kata ‘ukur baju biarlah kat badan sendiri’. Betul tak..

Ok bab makeup ni Ros story simple je ekkk…Mula-mula Adik tempekkan foundation base ke muka Desy…foundation base ni kena ikut tone colour muka kita tau. Then Adik applykan powder.. pun tak leh banyak2.. just nak bagi dia more intact jek!. Pastu sapukan eye shadow!.. ingatkan keje mak andam nie senang ker… rupe nya susahh okkk.. ko nak kene biasakan dengan macam2 jenis bulu mata.. kelopak mata.. bulu kening! haishh.. baru Ros tahu mengandam nie bukan keje yg mudah rupenye! Cam Desy nie dia ada kelopak mata..jadi pada mereka yang tak ada kelopak mata tu macam mana ekkk..so tu yang senang nak ratakan eye shadow dia.. mulakan pada bola mata baru sapukan sapuan penuh….takpe Ros takpe… ini semua pengalaman untuk kita pandai mendandankan diri kita! ahakkss!!!. Bahagian kening pula, Adik letakkan foundation untuk tutup bulu-bulu halus kat kening kita. Bentukkan pulak dahh…pastu letakkan eyeliner dan maskara. Bab blusher ni pun ada tekniknya…sapuan blusher mestilah mengikut tulang pipi kita. Sapuan dari belakang bawa ke depan. Akhir sekali calitkan lipstick. Warna lipstick tu jangan yang merah menyala…biarlah yang neutral colour bersesuaian dengan tempat kerja.

img_20161017_1634511

img_20161017_1616021

img_20161017_1606081

img_20161017_1631041

img_20161017_1631501

img_20161017_1637551

Ros makeup ni taklah pandai sangat tapi bolehlah…asalkan tak ada orang komplain dah. Ros lebih suka makeup secara simple tapi mesti awesome tu yang penting hehehehehehe…

Di sini juga Ros dapat belajar apa itu grooming & etiquette. Walaupun 2 jam tu satu masa yang singkat tapi amat bermakna juga tau…Pada mereka yang ingin mencuba khidmat Adik sebagai mak andam atau mereka yang ingin belajar bersolek bolehlah menghubungi Adik di 018-6694340. Jangan risau Adik ni peramah dan baik hati….cubalah call dan tanya confirm tak rugi punya…..

Nantikan entri Ros di lain hari okeyyyyyy………..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s