Kami PR Team : Hiasan Kolam Deepavali Di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur


Salam sayang……salam rindu dari Ros..

diwali.jpg

Seperti biasalah kan….PR Department merupakan ‘pasukan’ yang diberi tanggungjawab dalam bab hias menghias ni. Untuk Deepavali pada tahun ini, Abg Afdzal dan Masnan adalah orang kuat dalam penyediaan burung merak dan corak kolam. Walaupun burung merak tersebut diguna pakai semula…tetapi Abg Afdzal dan Masnan telah ‘membaikpulihkan’ burung merak tersebut hehehehehe. Maklumlahkan diorang ni sebenarnya artist yang multitasking…

Ros akan menghantar email seminggu lebih awal kepada department F&B iaitu big boss diorang…Encik Syamsuri, orang kuat bahagian kitchen iaitu Chef Yohanis, Chef Syukri dan Encik Siva untuk memohon jasa baik mereka dalam menyediakan beras 10kg dan perwarna makanan seperti warna merah, hijau, kuning dan biru. Ini adalah persediaan dalam membuat kolam dengan warna yang menarik. Walaupun last minute punya kerja tetapi kami PR Team memang selalu happy.

Jom follow Ros selami apa itu Deepavali? Deepavali memberi sinar kepada semua penganut agama Hindu yang meraikan pesta cahaya itu dengan penuh kegembiraan. Mengikut putaran 12 bulan, Deepavali akan muncul setiap kali masuk bulan yang dikenali sebagai Aipasi. Lazimnya, sambutan setahun sekali yang biasa disambut pada penghujung Oktober atau pada awal November diraikan secara besar-besaran. Seperti kemeriahan perayaan lain, masyarakat India juga membuat persiapan bagi menjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun.

*Kolam simbol penyeri Deepavali…..

kolam-1

depa brs.jpg

Bagi penganut agama Hindu, sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak dihiasi dengan ‘kolam’, biarpun kecil tetapi mesti ada. Bercerita tentang hiasan ‘kolam’, ia merupakan lakaran hiasan yang biasanya bermotifkan bunga-bungaan dibuat di atas lantai rumah. Diperbuat daripada taburan bijirin seperti beras yang diwarnakan dengan pewarna makanan. Kebiasaannya ia diperbuat daripada taburan bijirin seperti beras yang diwarnakan dengan pelbagai warna menarik.

Menurut lagenda, hiasan ‘kolam’ ini merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam’ di pintu masuk rumah mereka. Ia menjadi penyeri sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Malah, hiasan ‘kolam’ menjadi simbol atau acara bagi syarikat korporat, hospitaliti dan pusat membeli-belah untuk mewujudkan suasana sambutan Deepavali.

Sempena sambutan Deepavali tahun ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam menghiasi premis ini dengan hiasan tradisional masyarakat India iaitu Kolam bagi memeriahkan suasana perayaan itu. Seronok tau bila kita take part dalam menaburkan kolam mengikut lakaran yang telah dibuat oleh Abg Afdzal di atas lantai. Tang menabur ni Ros dan Nora yang handle. Masnan pula dalam menghias ekor merak…..dari atas hingga kebawah. Kepingan kertas warna yang diprint dan dipotong mengikut bentuk, Masnan akan mengetip dan mencantumkan kepingan kertas tersebut menjadi ekor merak yang cantik.

img-20161019-wa0003

Haaaa tengok tu sampai tersandar Abg Afdzal dibuatnya…..nasib baik Abg Afdzal boleh control. Pada masa ini our lady boss cuti…so kami buat apa yang patut dulu.

img_20161021_155901

Walaupun kolam kami dah siap tapi macam tak puas hati….tak tahu kenapa? Maybe memerlukan sentuhan ajaib daripada our lady boss iaitu Ms. Uma.

Kebetulan pada masa tu ada group India….haaaa apa lagi, Ros tengok siap ada ambil gambar dan rekod lagi tau. Hahahahaha yang Ms. Uma pula dah macam superstar filem hindustan…kesian Ms. Uma…

img_20161025_140234

Inilah rupanya bila merak berdiri dengan megahnya…..ehhh bukan berdirilah tapi bertenggek..yahoooo inilah hasil kerja team kami iaitu Team PR AnCasa Hotels & Resorts….tapi ada seorang lagi staff yang sepatutnya join sekali iaitu Rizal..time ni Rizal bercuti. Sayang seribu kali sayangkan….

Mengambil kesempatan ini…..Ros ingin mengucapkan…..tengok bawah ni….

greeting.jpg

Hehehehehehehe jumpa di lain entri okayyyyyyyy……dah pukul 8 lebih, jom balikkkk yahooooooo hooorayyyyyy esok cuti….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s