Chemistry Antara Aku Dan First Lady


Salam sayang….salam rindu dari Ros..

Terperuk lama entri ni…berbulan-bulan kot. Bukan malas tau sengaja memerukkan entri ini, cuma Ros tak berkesempatan saja. Hari ini berkisar mengenai pakaian. Sebut ajer Butik First Lady di Jalan TAR pasti ramai yang tahu.

first-lady-logo

FIRST LADY APPARELS (MALAYSIA) SDN BHD
165 – 169 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: (03) 62801417
Fax: (03) 62804417
Email: support@1stlady.com.my

Sebuah butik yang menjual pakaian-pakaian melayu seperti baju kurung, blouse, seluar, inner, tudung, baju melayu, jubah dan macam-macam lagi samada untuk orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Kat sini, harga-harga baju memang sangat berpatutan dan berbaloi sebab tak payah  nak susah-susah beli kain ela, pastu hantar tempah lagi. dah tu kena tunggu lagi baju tu untuk siap, memang ambik masa yang lama. First Lady juga mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia termasuk negara Singapura. Dashyat kan….

Ros tau pasal First Lady ni pun dari kakak Ros…Kak Anna….butik First Lady yang pertama adalah di Ampang Park, Jalan Ampang. Ros masih lagi simpan blouse yang Kak Anna belikan di sini. Tak silap Ros pada tahun 2005 atau 2006. Dah lama kan. Blouse tersebut masih ok dan cantik lagi. Adalah jugak Ros pakai ke tempat kerja. Ros memang serasi dengan gaya dan koleksi dari First Lady ni.

Saiz baju kat butik ni daripada XS sampai la XXL. Ha….jangan risau, kalau takut tak muat, korang boleh la cuba dalam fitting room, kalau dah betul-betul puas hati dengan baju tu, boleh la beli. Kaunter bayaran boleh dijelaskan dengan tunai mahupun debit card. So….tak payah la risau bagi yang takde cash money masa tu. Harga paling murah untuk baju-baju kat butik ni adalah RM39.00 dan yang paling mahal adalah RM99.00 bagi baju-baju wanita. Hem….yang ni memang fix price. Tak boleh tawar-menawar yer. Kalau First Lady dulu sekitar tahun 2005 memang takde diskaun. Sekarang siap bagi diskaun lagi. Biasenye, yang murah-murah ni stok lama dan yang mahal-mahal pulak adalah stok baru. New arrival orang kata.

img_20160929_084738
Baju kurung cotton First Lady…dah lama cari warna kuning akhirnya dapat juga

Setiap bulan bila tiba ajer gaji, Ros akan ke First Lady…..tak payah nak tunggu time Raya baru nak ke First Lady. Dapat sepasang pun jadilah, tak kira baju kurung or jubah. Paling banyak pun 2 pasang tau. Papa dah tak boleh nak kata apa-apa. Sebab dia tau wife dia macam mana.

Jubah cotton dari First Lady..harga murah jer..sesuai untuk ke Office especially hari Jumaat.

Kat First Lady ni, Ros paling suka jubahnya. Tapi memang kena pandai pilihlah. Ada orang tak suka dengan style First Lady ni, tapi pada Ros…First Lady adalah segala-galanya. Keserasian diantara kami memang tak boleh disangkal lagi.

jubah-first-lady
Jubah ni khas untuk Ramadan Launching this year tau…also from First Lady

Baju kurung dan jubah First Lady menggunakan material daripada satin, chiffon, lace dan cotton. Dihiasi dengan manik, labuci dan sulaman. Ia mengikut trend dan kehendak pengguna masa kini. Blousenya pula daripada fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas sepanjang hari, dijual pada RM 29.90 sahaja. Harga yang berbaloi kan…

Haaaa ni nak khabar ni….beg tangan dan kasut juga boleh didapati di First Lady dengan pelbagai design dan warna yang menarik pada harga yang semestinya kita pasti suka. Bagi penggemar Shawl pula, First Lady juga ada menjual Wide shawl cotton polyester dengan lace. Memang sangat selesa dan cantik digayakan.

Jubah biru bersulam benang emas dan jubah hitam dihiasi manik

Hari Raya 2016
Raya tahun ni…First Lady pilihan kami. Kecuali Papa…

Tagline Ros untuk tahun 2016 ni……….

“Kemaskini almari pakaian di tahun 2016 dengan koleksi & style baru. Jangan risau  untuk bergaya, kunjungilah First Lady pasti jimat!”

Layari http://www.1stlady.com.my/ ketahui koleksi terkini ,lokasi cawangan dan sebarang perkembangan terkini First Lady…

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s