Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam: Cik Non Makeup Artist Yang Low Profile


Salam sayang….salam rindu dari Ros…

Hanya jauhari yang mengenal manikam…apa tu? Ramai orang tau mengungkapkannya tetapi tak tahu maksudnya.

Dalam kamus berbahasa Melayu, JAUHARI membawa makna Pakar/Tukang Permata atau bijak pandai (Genius) dalam batu permata. Sementara MANIKAM (diambil daripada bahasa Tamil; MANICKAM) pula membawa makna Batu Permata (GEM).

Jadi, peribahasa HANYA JAUHARI SAJA YANG MENGENAL MANIKAM membawa makna lebih kurang begini: Hanya mereka yang arif dan pakar saja yang mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing. Ada faham adik-adik manis…

cik-non

Makeup is my Passion…bisnes makan adalah family bisnes…kedai No21 Nasilemakkgpandan & Foodtruck…ni tagline Cik Non. Ros copy paste dari facebook dia..jangan marah yer Cik Non.

Baru aje kenal dengan Cik Non ni. Itu pun semasa sesi photoshoot bulan lepas bersama Selebriti 90an iaitu Shara Eqhknor dengan Majalah Wanita. Cik Non seorang yang low profile dan teramat peramah. Yang buat Ros terkejut ialah dia baru jer habis berniaga foodtruck untuk sarapan pagi di Megan Avenue, Jalan Ampang terus datang untuk sesi photoshoot ni. Tak nampak pun dia penat or mengeluh. Tak taulah mana dia dapat energy tersebut or spesis Wonder Woman kot dia ni.

cik-non10

cik-non9

1st time Ros sebagai kerja sebagai PR, reporter dan makeup artist belanja makan nasi lemak, lontong, ada bermacam jenis lauk dan kuih muih. Kalaulah time tu Ros tak sibuk…memang confirm open table tau. Siap Ros bagi 5 bungkus nasi lemak bersama sambal dan ayam goreng pada staff Front Office. Diorang kata sedap. Memang sedap pun. Terutama sambal sotong…memang favourite Ros. Ros makan nasi lontong dengan sambal sotong, sambal kacang dan rendang ayam..perghhhh terangkat dohhhhh.

Pandai masak, pandai menyolek..Cik Non tetap low profile. Dia tak berlagak atau sombong. yang dia tau kerja dia siap dan dia puashati dengan kerjanya. Mulutnya memang kepoh tapi tak menyakitkan hati orang. Senyuman tak pernah hilang di wajahnya. Pada hakikatnya dia memang penat.

Cik Non juga berniaga foodtruck…satu-satunya foodtruck hijau yang ada di Kuala Lumpur kot. Dari apa yang Ros tau, bisnes yang Cik Non buat sekarang ni adalah bermula dengan bisnes keluarga dari tahun 1979 hingga kini. Ramai orang mengenalinya melalui Kedai No. 21 Nasi Lemak Kg Pandan. Cik Non cuba mencari kelainan dengan menggunakan konsep trak makanan yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur setiap hari menjadikan perniagaan makanan diusahakan semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Memang dan menjadi trend kini, orang berniaga dengan foodtruck.

Kalau di waktu pagi Cik Non berniaga di Megan Avenue, Jalan Ampang….waktu malam pula di Bukit Indah, Kosas Ampang. Bila ada masa terluang, dia dipanggil jadi makeup artist. Dari hari ke hari Ros nak pergi Bukit Indah tapi tak dapat. Tunggu Papa cuti la nampaknya.

Setiap kali Cik Non habis berniaga…dia pasti akan update statusnya di facebook. Siap ada gambar menunjukkan lauk dah habis. Alhamdulillah Cik Non. Seperti biasa senyuman dimukanya tak pernah hilang. Manalah dia dapat energy ni….aktifnya.

Perkenalan singkat dengan Cik Non ni banyak mengajar Ros dalam menghargai apa yang ada disekeliling kita. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihannya. Walau penat macam mana sekalipun Cik Non tetap senyum. Tengok aje gambarnya di atas…semua ada senyumannya.

Ros minta maaf ye Cik Non, Ros copy paste gambar Cik Non dari Facebook.

Pada mereka yang ingin mencuba solekkan dan menempah nasi lemak bolehlah menghubungi Cik Non di 012-9726885.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s