Aku Seorang………………….


Aku Seorang Wanita Bekerjaya, Isteri & Mama

busy-mom

Inilah aku, seorang wanita bekerjaya dan memegang status isteri dan mama sudah tetntu memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Sesungguhnya tanggungjawab bukanlah satu bebanan tetapi adalah fitrah kehidupan.

Menjadi ‘super mama’ di rumah dan pejabat bukanlah sukar. Sebagai ‘super mama’ di kedua-dua tempat itu, wanita bekerja perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan, mengaturkan jadual kerja dengan lebih baik serta berdisiplin tinggi. itulah yang penting.

Aku walau sibuk macam mana pun, sekurang-kurang aku meluangkan masa beberapa minit dengan menggunakan kecanggihan teknologi masakini iaitu whatsapp untuk menghubungi suami dan anak-anak. Secara tidak langsung atau tanpa kita sedari ia meningkatkan tahap kasih sayang terhadap suami dan anak-anak, malah mereka akan rasa diberi perhatian.

Walau setinggi mana pun jawatan yang disandang, kebijaksanaan dalam menguruskan rumahtangga lazimnya menjadi kayu pengukur. Oleh itu keseimbangan antara rumahtangga dan kerjaya harus diurus dengan sebaik mungkin supaya ia tidak menjejaskan salah satu daripadanya.

Aku Seorang PR Hotel

Public_Relations_Sample6_Final.jpg

Aku akui profesion sebagai perhubungan awam atau PR memerlukan aku berkomunikasi dengan ramai orang. Kerjaya ini sering dianggap mencabar kerana bukan mudah menangani 1001 kerenah manusia yang pelbagai ragam dan gaya. Tidak hairanlah tugas ini selalu diserahkan kepada wanita yang dikatakan lebih mudah atau pandai ‘mengambil hati’ malah cekap mengawal tingkah laku manusia.

Sebagai PR hotel juga perlu menjaga hubungan baik dengan pelanggan yang menginap di hotel tempat mereka bekerja. Setiap maklum balas atau rungutan daripada pelanggan harus didengari dan diatasi dengan secepat mungkin.

Antara cabaran yang dihadapi oleh aku adalah untuk mendapatkan publisiti daripada media. Hotel sentiasa memerlukan publisiti daripada media untuk mempromosikan produknya. Justeru, seseorang PR perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan media. Bukan sekadar mengirim promosi produk hotel melalui e-mel kemudian mengharapkan ia disiarkan di akhbar. Mereka seharusnya datang bertemu dengan warga media untuk berbincang mengenai publisiti yang diperlukan.

Selain itu, persaingan daripada hotel lain juga memberi cabaran kepada kami untuk menonjolkan keistimewaan produk hotel kami supaya dapat memenangi hati pelanggan. Memandangkan unit komunikasi dan pemasaran di hotel ini biasa saja, jadi kami perlu menggandakan usaha dalam setiap apa yang dilakukan.

Di AnCasa Hotels & Resorts, tarikan utama kami adalah sajian makanan yang disediakan di sini. Ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmati masakan istimewa yang disediakan di sini. Terutamanya semasa bulan Ramadan. Selain kepelbagaian, keenakan dan kualiti masakan yang ditawarkan, pengiktirafan halal yang diterima hotel ini juga menjadi faktor yang menarik pelanggan ke sini. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, permintaan untuk khidmat katering semakin meningkat.

Kepuasan akan diperoleh apabila apa yang aku dan team PR lain usahakan menampakkan hasil. Misalnya, apa yang ingin kita hebahkan mengenai hotel dapat disiarkan di media. Promosi itu kemudiannya berjaya menggalak kunjungan pelanggan ke hotel dan secara tidak langsung meningkatkan keuntungan.

Untuk menjadi seorang PR yang berjaya, minat, kesabaran yang tinggi, mesra, pandai berkomunikasi dan penampilan yang menarik. Kita juga perlu peka dengan perubahan, bukan saja dalam organisasi tetapi juga dengan apa yang berlaku di sekeliling kerana seseorang PR ibarat frontliner bagi sesebuah hotel. Imej hotel sedikit sebanyak bergantung kepada cara mereka berurusan dengan orang lain.

canstockphoto9493898

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s