Kuih Muih Lama – Tinggalan Nenek Zaman Berzaman


Image result for kuih muih malaysia

Pastinya anda gemar kuih tradisional bukan? Kuih muih tradisional sememangnya versatil, boleh dimakan sebagai sarapan, mahupun untuk minum petang. Paling sesuai jika ia dimakan bersama secangkir teh o panas atau kopi o panas. Memang syok. Petang-petang ini kita mengimbau kembali kuih tradisional yang sering menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”.Negera kita memang kaya dengan masakan tradisional seperti kuih muih orang lama yang sangat sedap. Tetapi kini ia semakin hari semakin hilang dibawa arus kemodenan. Lebih parah bila generasi muda masakini ada yang tidak tahu jenis kuih muih orang-orang lama dan tidak tahu bagaimana cara untuk memasaknya.

Malam ini Ros leka membelek Instagram dan Google Search mengenai kuih muih tradisional ini. Ros terpandang banyak pula orang upload gambar-gambar kuih muih ini. Sementara nak menunggu Papa, terfikir sejenak, menarik juga jika dirangkumkan sebagai satu entri dalam blog Ros ni.  Melihatkan entri sebelum ini, Ros lebih cenderung kepada makanan moden. Ros berharap semoga ianya satu perkongsian yang bermanfaat buat mereka di luar sana…..In Shaa Allah.

Related image
Jika Ros teringin nak makan kuih tradisional ni Ros akan membelinya dari pasar tani atau pasar malam di sekitar Ampang ataupun jika Ros balik Bagan Datoh. Kalau yang dah selalu beli tu, dah boleh agak rasanya memang sedap. Biasanya yang menjual kuih tu mesti makcik atau orang-orang tua. Kuih-muih Melayu ni kebanyakkan bahan asas adalah santan, kelapa, gula dan tepung beras atau tepung gandum. Teknik masakan pula sering kali di kukus, goreng atau dibakar.
Kuih Koci, Kuih Puteri Ayu, Kuih Ketayap, Kuih Kasturi, Cekodok, Lepat Pisang, Bingka Ubi Kayu, Bingka Labu, Kaswi, Kuih Sagu, Cubadak, Abok-abok, Kuih Lapis, Kuih Talam Ubi, Kuih Talam Pulut, Kuih Cara dan banyak lagi. Kuih koci dibuat daripada tepung pulut dan santan. Intinya kelapa parut dan gula merah, manakala teknik masakan adalah kukusan.
Image result for kuih kasturi
Kuih kasturi tu gelaran yang kami panggil di kampung dahulu. Ia dibuat daripada kacang hijau,di campur dengan sedikit tepung dan kelapa parut kemudian di goreng.
Image result for perkataan kuih muih
Kuih ketayap pula yang bergulung berwarna hijau. Kulitnya daripada tepung gandum dilayarkan di atas kuali nipis kemudian intinya sama juga kelapa parut dan gula merah. Kalau inti kelapa ni, biasanya di buat daripada kelapa parut muda. Barulah ia rasa lemak manis. Tetapi agak kecewa juga bila terbeli inti kelapa yang dibuat daripada hampas kelapa, terasa hampasnya, sedih tau. Hilang rasa keaslian tradisional kuih tersebut.
 Image result for kuih lepat pisang
Lepat Pisang sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Untuk pisang selalunya gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni. Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana harus dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.
 Image result for bingka ubi kayu
Pernah tak makan kuih bingka ubi kayu? Tidak mustahil ada juga generasi masakini  yang belum pernah merasa keenakkan kuih tradisi turun menurun ini kerana kuih ini agak ‘rare’ dan jarang dijumpai di gerai-gerai menjual kuih. Cara membuatnya tidaklah sukar, ubi kayu yang telah diparut dicampurkan dengan santan, gula dan garam kemudian masukkan ke dalam loyang. Ingat!!!!! jangan tambah sebarang tepung kerana sememangnya ubi kayu memang berkanji.
Image result for kuih seri muka
Kuih Seri Muka merupakan sejenis kuih yang khusus dan biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Asas Kuih Seri Muka ini diperbuat dari beras pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan. Kuih tradisi Malaysia ini biasanya dibuat di dalam talam yang besar, iaitu berbentuk bulat, segiempat sama atau segiempat tepat. Setelah kuih masak, ia akan di potong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki. Kuih ini biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini adalah kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati.
Related image
Siapa tidak kenal kuih koci. Kuih Koci ada berbagai jenis, ada Kuih Koci Pulut Hitam, Kuih Koci Labu, Kuih Koci Kacang Hijau dan Kuih Koci Santan. Kuih Koci memang kuih kegemaran orang ramai tak kira tua muda…..yang tak ada gigi pun boleh menikmatinya. Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.
Sebenarnya ada banyak lagi kuih muih tradisional…hanya yang ingat dan terlintas difikiran saja. Sebagai pelengkap hujung minggu, hidangkan kuih-muih Melayu dengan teh panas untuk seisi keluarga. Tentunya kuih yang dihasilkan dari dapur anda sendiri lebih bermakna untuk disaji. Jelita kongsi resipi untuk anda praktikkan dan jadikan menu waktu santai bersama yang tersayang.Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuihtradisi melayu ini kekal
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s