Matang Atau Tua…Yang Mana Satu Diri Kita?


Image result for penampilan tampak tua

Tampil untuk nampak lebih matang, tidak sama dengan sengaja tampil dengan imej yang sudah berusia. Percayalah, rata-rata wanita yang saya jumpa, mereka seperti mensabotajkan imej sendiri. Seboleh-bolehnya mereka cuba menidakkan kenyataan yang sebenar. Mungkin juga kerana sudah selesa dengan gaya semasa dan tidak berminat untuk menukar kepada yang lebih baik. Jadi tidak hairanlah, sebilangan besar wanita selepas berkahwin dan bersalin, mereka tidak lagi mementingkan penjagaan dan penampilan diri.

Ciri-ciri yang membuatkan seseorang individu itu nampak lebih berusia ialah pemilihan warna. Siapa yang tidak sukakan warna hitam…Ros pun suka sebab ia nampak chic, lebih eksklusif, klasik dan disamping itu ia memberi ilusi badan yang sedikit langsing dan boleh dikenakan bila masa dan di mana-mana. Warna hitam ini merupakan rona yang gelap dan ia boleh menyerap cahaya. Juga boleh mengakibatkan penuaan kulit secara tidak langsung apatah lagi jika dipakai berdekatan dengan muka ia boleh menyerlahkan setiap baris kedut dan bayang-bayang gelap. Bukan fokus pada warna hitam sahaja, tetapi pemilihan warna yang salah, contohnya jika berhijab, maka pemilihan warna hijab yang tidak sesuai dengan kita membuatkan kita nampak penat, lesu, pucat dan tua. Jangan terkejut jika saya katakan warna hitam mampu membuatkan kita nampak lebih tua jika tidak kena pada gayanya!

Image result for kasut tumit tinggi

Image result for kasut sandal

Image result for kasut buat kita lebih muda

Percaya atau tidak jika pemilihan kasut dan cara berjalan juga mencerminkan keperibadian dan keyakinan diri seseorang individu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan keselesaan dengan memilih sandal, selipar, kasut leper dan berjalan seolah-olah menyeret sekuruh badan. Sama seperti Ros yang memang suka sangat dengan sandal tapi taklah jalan menyeret…huh. Kasut yang sesuai juga akan membantu menjaga postur badan ketika berjalan, berdiri dan duduk selain menjaga kesihatan tulang belakang. Kesalahan dalam pemilihan kasut dan cara berjalan ditambah pula dengan penampilan yang membuatkan anda kelihatan sedikit berusia, ia juga menjadikan orang sekeliling kita keliru dengan usia kita hinggakan teragak-agak memanggil gelaran makcik. Ros lainlah..lebih senang kalau orang panggil kakak…rasa diri ada hormat. Nasib selama ini belum ada orang panggil Ros dengan gelaran makcik.

Image result for solekan tebal

Ramai anak muda yang pandai dan gemar dengan solekan tebal agar menampakan usia mereka lebih matang. Tetapi sebaliknya pula berlaku kepada sebilangan wanita bujang yang bekerja, atau wanita yang baru bersalin dan kembali ke pejabat mungkin juga wanita yang sudah lama berumahtangga dan selesa dengan keadaannya hari ini. Solekkan yang tebal dan pemilihan warna gincu yang terang dan gelap bukan sahaja membuatkan kita nampak tua malahan pemilihan warna gincu seperti nude jika tidak kena pada undertone juga mampu membuatkan kita nampak sakit dan pucat. Apatah lagi jika tiada solekan langsung di muka! ia memberi gambaran kepada orang ramai bahawa kita seorang individu yang malas menjaga diri sendiri. Seeloknya seimbangkan teknik solekan dengan baju kita. Jika baju dah menyerlah, solekan biarlah sederhana. Atau kita memilih untuk tampil lebih WOW dengan solekan, maka pilihan baju juga biarlah sederhana dan tidak terlalu menyerlah.

Pakaian longgar dan besar satu isu yang sensitif untuk kita bincangkan. Tetapi bagi kita yang bekerja dengan organisasi atau syarikat yang menuntut kita berpakaian mengikut kod pakaian tertentu, Ros percaya kita juga mahu mewakili syarikat syarikat tersebut sebagai duta kecil yang berimej profesional. Pakaian longgar dan besar bukan sahaja membuatkan si pemakai berasa kurang keyakinan diri, tetapi secara visualnya badan mereka nampak lebih berat dan besar dari biasa.

Image result for penampilan

 Image result for penampilan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s