Pabila Chef Cilik Memasak


ajc

Cuti sekolah hujung tahun merupakan masa yang menggembirakan untuk kanak-kanak. Nak tahu mengapa mereka suka, sebabnya ialah tiada kerja rumah dan tiada pakaian seragam untuk dicuci atau digosok. Bagi ibu bapa, cabaran masa cuti panjang ini adalah untuk mengisi masa anak dengan aktiviti kreatif yang amat menyeronokkan sehinggakan mereka tidak menyedari ia sebenarnya satu bentuk pembelajaran.

ancasa-residences-port-dickson

Kerana itulah AnCasa Residences, Port Dickson telah mengadakan aktiviti memasak untuk kali keduanya iaitu AnCasa Junior Chef.

img_20161210_1058401

“AnCasa Junior Chef” yang acapkali diadakan setiap musim cuti sekolah, merupakan signature aktiviti memasak oleh AnCasa Hotels & Resorts. Program yang disertai oleh kanak-kanak menampilkan  chef kecil berusia di dalam lingkungan enam tahun hingga dua belas tahun, belajar cara dalam menyediakan menu masakan yang semestinya lazat, menarik serta berkhasiat iaitu Oriental Fruits Salad sebagai apertizer, menu utama pula adalah Chicken Paccitta dan dekorasi donut sebagai pemanis mulut atau dessert. Semua resipi ini mesra kanak-kanak, berkhasiat seimbang, sedap dan kelihatan menarik apabila dihidangkan serta membuatkan anak-anak mengecapi rasa kejayaan dengan setiap hidangan yang disiapkan.

Uniknya, program AnCasa Junior Chef  membuatkan anak anda menemui kepuasan dalam merancang, menyedia dan menghidang sajian untuk diri sendiri dan pada masa sama menjadikan hidangan itu satu kejutan kepada ibu bapa dan adik-beradik mereka. Bukan setakat itu, melalui aktiviti ini juga mereka akan belajar kemahiran hidup yang penting antaranya memperbaiki koordinasi mata dan tangan, menajamkan deria rasa serta mempelajari mengenai masakan dan budaya yang lain.

Image result for junior chef

Aktiviti ini khusus untuk kanak-kanak dan menjadi titik mula paling unggul bagi menyemai minat dan kecintaan memasak dalam kalangan kanak-kanak kerana ia berada dalam lingkungan keupayaan dan jadual perkembangan mereka. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain memasak, AnCasa Hospitaliti juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti mewarna batik dan menari….Chicken Dance..hehe

Kegembiraan terpancar jelas di wajah mereka walaupun letih apabila di akhir aktiviti mereka diberi sijil, hadiah cenderahati dan majlis potong kek.

Jangan risau….AnCasa Junior Chef tidak akan berakhir di sini…..Image result for junior chef

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s