Say Hello To Dolly Dim Sum


img_20161214_125023
Kali ni Ros nak cerita pasal makan. Makan apa? Makan Dim Sum. Kalau korang peminat tegar Jackie Chan ke, Jet Li ke, drama-drama Cina ke..memang kenallah dengan benda alah ini. Menurut wikipedia, Dim Sum ni sebenarnya berasal dari negara China. Laaa janganlah menangis pulak dan gara-gara nak makan Dim Sum ni kita terpaksa terbang ke Beijing pulak. Jangan jakun sangatlah….hahaha kat Malaysia pun ada. Don’t worry ia memang Halalan Toyyiban ye. Boleh dinikmati tanpa rasa sangsi.
So actually ini merupakan kali pertama aku makan Dim Sum dan menjejakkan kaki ke Dolly Dim Sum ni! Puncanya apabila terbaca status facebook seorang kenalan mengenai Dim Sum. Terus Ros tunjuk kat my lady Boss, Ms. Uma. Hehehe…lepas balik dari Menara Maybank, Kuala Lumpur terus pecut ke Dolly Dim Sum di Nu Sentral. Sobs sobs sobs..ramainya orang kat sini. Maklumlah time lunch hour kannnn.
Dolly Dim Sum is one of the few restaurants offering halal dim sum tau. So far yang Ros taulah kan Dolly Dim Sum ini mempunyai 2 cawangan….satu di Nu Sentral dan satu lagi di Avenue K, Jalan Ampang. Di Nu Sentral, Dolly Dim Sum terletak di aras LG.43 NU Sentral, No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur dan di Avenue K pula di aras G-9A Ground Floor, Avenue K Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
img_20161214_123938
img_20161214_123925
Ni nak bagitau ni….nak makan kat sini ada protokolnya. Kena beratur dan order nak makan apa. Kita diberi 1 order form dan sebatang pensil. Haaaa tick apa yang kita nak makan. Ros cuma tengok jer Ms. Uma order apa, maklumlah my Boss belanja makan kan. Oleh kerana ramai sangat orang, kami terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit. Nasib baik servis mereka cepat. Kesian seorang staf perempuan ni, mana nak jaga cashier…mana nak jaga order lagi. Tapi oklah tak kelam kabut. Masuk je restoran ni, Ros duk usha sekeliling kawasan…Boss kata time lunch ni memang ramai dan dim sumnya memang terbaik. Ros suka dengan deko diaaa…ala-ala kampung gituuu…tapi segan nak ambil gambar beriya sangat, sekeping dua dah cukup la ye…hehehe sejak usia menginjak dewasa ni, sifat pemalu tu makin menebal plak…apasal entah…hahahaha. Bluekkkk malu-malu kucing konon..

Makanan ‘bite size’ yang digelar Dim Sum ini sememangnya sinonim dengan hidangan masakan tradisi orang Cina. Merupakan hidangan yang simple dan berinti. Rasa yang unik dan cair di dalam mulut ini selalunya boleh dimakan sehingga dua atau tiga orang untuk satu-satu hidangan.

Bukan itu sahaja, mengikut cara tradisi dan budaya orang Cina, Dim Sum lazimnya dihidang dalam bakul raga yang diperbuat daripada kayu buluh. Makan Dim Sum ini sebenarnya adalah berkongsi rasa gembira dan nikmat makanan tersebut bersama-sama dengan yang tersayang. Hahahaha tak gitu Boss.

Terdapat pelbagai jenis dim sum kukus dan goreng ada sini…pilih je laaaa mana yang berkenan ikut tekak masing-masing. Jom follow apa yang my Boss pilih untuk kami makan masa lunch ni.

img_20161214_130152

img_20161214_125737

Royale Golden Fried Rice – My Boss kata nasi goreng ni nampak aje simple tapi rasanya sedapnya…OMG tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata tau. Memang betul sedap. Tak rugi langsung walaupun harganya agak mahal dalam anggaran RM25.00. Kecuali telur ikan yang terletak atas nasi goreng tersebut. Terpaksa kuis ketepi telur ikan tu…pada penggemar telur ikan bolehlah makan tapi tidak pada kami niiii….My Boss kata harganya mahal tapi tak mengapalah yer.

Classic Siew Mai Dumpling Dihidangkan panas-panas dan fresh baunya di dalam bekas buluh. Kombinasi daging ayam yang dicincang, udang dan cendawan memang klasik. Terasa ia cair di dalam mulut..itulah pertama kali Ros makan dim sum ni. Kalah Yong tau Foo pasar malam tau.

Steamed BBQ Chicken Buns – Bukan sebarangan pau tau. Rasanya memang sama dengan pau yang kita makan cuma intinya memang unik. Berintikan daging ayam dengan sos BBQ. Comel-comel aje pau dia tau.

Chewy Meat Croquettes – Dim Sum ni bergoreng. Bila Ros makan, ehhhh dah macam kunyah chew gum tau. Ros tanya Boss…diorang ni guna tepung apa, tepung pulut ker. But my Boss said dari tepung beras. Berintikan daging. Still fresh dan panas walaupun dah dihidangkan lebih dari 10 minit. Bayangkan kenikmatannya.

Fried Chicken WingsAla kepak ayam goreng biasa jer cuma tak ada minyak. Mana pergi minyaknya pun tak tau. Rangup dan masak sepenuhnya.

The Sweet and Sour Bean Curd Roll – Dihidangkan di dalam pinggan tapi pinggannya terletak dalam bekas buluh. Bersama kuah sosnya yang masam-masam manis. Sedap dan sememangnya sedap.

Overall to me, dim sum dia ok..sedap, unik dan klasik. Cuma sos cicah tu yang agak biasa-biasa je..yang penting Ros puashati dapat makan Dim Sum tau.

Info Dolly Dim Sum Avenue K – Masa: 11.00am – 10.00pm. Harga: Bermula dari RM8 untuk setiap satu hidangan. Nombor Telefon: (+603) 2181 3830

Dolly Dim Sum Nu Sentral – Masa: 11.00am – 10.00pm. Harga: Bermula dari RM8 untuk setiap satu hidangan. Nombor Telefon: (+603) 2856 0663

Laman Web: www.dollydimsum.com

Related image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s