Siapakah Saya?


Image result for who i am

Siapakah saya ? Sebuah pertanyaan yang sulit untuk  dideskripsikan dengan lebih jelas, kerana menurut saya hanya orang-orang yang terdekat dengan sayalah yang lebih tahu siapa saya, bagaimana sifat dan perilaku saya.

Tapi setiap orang harus mengenal dirinya sendiri  untuk menentukan arah hidupnya atau sekadar introduksi diri atas kekurangan dan kelebihan saja. Untuk itu saya akan cuba menerangkan siapa saya…….

Image may contain: 1 person, hat and closeup

Image may contain: 1 person

Di sini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya ialah Rosmawati Binti Aboo Hassan. Merupakan anak ketiga dari 4 adik-beradik. Dilahirkan pada 19.04.1979 di atas katil Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Ini bermakna saya adalah orang Kuala Lumpur. Emak saya berasal dari Bagan Datoh, Perak dan arwah abah pula dari Pualau Pinang. Maka dengan itu saya langsung tak ada loghat Perak dan Pulau Pinang.

Berkenaan dengan pendidikan, darjah 1 hingga 6 saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ampang 2 dan menengah pula di Sekolah Menengah Hulu Kelang. Bukan merupakan pelajar terbaik cuma ala kadar aje. Bolehlah kalau dicampak di mana-mana boleh hidup….hahahahah.

Saya bercita-cita nak jadi Arkitek tapi akhirnya saya kini seorang PR Assistant di AnCasa Hotels & Resorts. Hobi saya pada masa lapang ialah membaca novel, memasak dan melukis. Haaaa yang bab melukis ni dah lama tak buat. Tapi kalau diberi berus dan warna boleh ajer. Ini bukan berlagak tapi kenyataan.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Kini saya telah mempunyai keluarga sendiri. Keluarga yang comel dan bahagia. Berkahwin dengan Mohd Zali pada usia 23 tahun dan dikurniakan 3 puteri yang lawa dan pandai tau. Anak yang sulung bernama Nurul Syafiqah berumur 15 tahun, anak kedua Nurul Ashiqyn berumur 14 tahun dan yang bongsu ialah Nurul Aqillah berumur 13 tahun. Semuanya bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Taman Kosas.

Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor and nature

Image may contain: cat

Apa lagi yer saya nak ceritakan pasal siapakah saya……saya juga merupakan blogger yang masih baru dan still in learning progress. Saya suka bergaya. Sentiasa nampak kemas dan cantik. Bukan nak tarik perhatian orang lain cuma inilah saya…i am what i am. Suka bersendiri tetapi ada masa suka berkawan. Ikut mood. Suka shopping, pantang ada duit kat tangan…..habisssssss. Saya berbintang Aries. Sayang pada kucing…sayang yang amat sangat.Tak suka dikongkong dan saya sendiri pun tak suka control suami saya. Yang penting kesetiaan dan jaga maruah masing-masing. Tiada yang menarik nak diceritakan pasal saya ni. Hurmmmm rasanya ok kot.

 

Advertisements

2 thoughts on “Siapakah Saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s