15 tahun berlalu dengan pantas. Masa tu baru kahwin dan anak baru satu. Ingat lagi masa tu bulanboleadan tau. Biasalah kan bila baru berumahtanga ni rajin bebenor masuk dapur. Hari-hari ada jer menu nak masak untuk berbuka. Walaupun ada anak ni. Haaaaaa nak dijadikan kisah putus asa ni…jom sama-sama kita merenung ke atas dan bayangkan….hehehe acah jer. Konon-konon time tu teringin nak cuba buat kuih keria. Cara-cara bagaimana is nak buatnya pun masih lagi kita ingat. Bahan-bahan pulak jangan cakaplah. Rebus keledek, pastu lenyekkan dia, campur tepung then uli-ulikannya hinggalah bentukkan dia. Pastu goreng. Bila tiba saat Ros nak sirakannya dengan gula, terus dia beyek macam tayar pancit.
Time tu memang frust menonggeng tau. Fikir nak buangkan jer. Tapi papa kata jangan sayang tau. Takper papa boleh habiskan. Yang geram tu bila dia makan dia senyum macam ejek tau. Sentap mak.
Kerana insiden tu, Ros terus berjanji tak nak buat kuih keria lagi. Merajuklah konon. Daripada anak satu hingga dah tiga anak, papa tetap ingatkan insiden tu.
Tak tahu kenapa tahun 2017 ni bole pulak terbuka hati nak buat kuih keria semula. 15 tahun tu. Gara-gara terpengaruh dengan social media pun ada jugak, mana taknya hari-hari update Kuih Keria Antarabangsa…tu semangat datang balik. Sebenarnya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kannnnn. Jom tengok Ros buat Kuih Keria 15 Tahun namanya…..
Lepas tu mama senyum sampaikan ke telinga hehehehe