Hari ke 17 : Kenangan Pahit
Setiap orang mempunyai kenangan pahit. Pada Ros kenangan pahit yang memang tak boleh Ros lupa hingga kini ialah…..biarlah rahsia. Hehehehehe….
Cuak tak.
Ros pernah jatuh motor, masa tu Ros mengandungkan anak yang pertama. Kandungan Ros dah cukup bulan dan menunggu hari aje. Insiden berlaku semasa Ros balik dari klinik untuk pemeriksaan macam biasa.
Mungkin sebab penat, Ros tertekan brek dan dalam masa yang sama Ros tekan minyak. Keadaan rumah yang berbukit menyebabkan Ros terjatuh dari motor dan handle motor hampir-hampir mengenai perut.
Time tu ayah mertua berlari ke arah Ros dan terus mengangkat motor tersebut. Ros cuba bangun dan Ros memang tak rasa sakit sebab kalau nak tengokkan luka yang Ros alami jangan cakaplah. Siku kanan dan kiri luka teruk. Lutut dan betis kaki melecet. Kain baju terkoyak. haisshhhhh sedih bila teringat kembali. Untuk entri kali ini I letakkan gambar anak pertama I yer….tengok dia sekejap aje masa berlalu kannnnn..