7 Item Fesyen Yang Berbahaya Pada Tubuh Badan


Mengenakan fesyen rekaan terkini sudah tentu niatnya untuk kelihatan cantik dan bergaya. namun tidak semua rekaan sesuai untuk tubuh, bahkan adakalanya boleh menjejaskan kesihatan.

Pasti ada yang tidak berpuashati dengan petikan di atas. Berikut adalah tujuh item yang mampu membuatkan anda nampak cantik dan bergaya tetapi dalam masa yang sama ia menjejaskan kesihatan.

Seluar Ketat – Seluar jeans ketat atau lebih dikenali skinny jeans boleh menjejaskan peredaran darah pada kaki. Selain itu selaur ketat juga kurang sihat kerana ia menjadi tempat bakteria penyebab jangkitan membiak. Namun, bukan bermakna anda tidak boleh memkai skinny jeans, cuma disarankan agar tidak terlalu kerap dan hindari mengenakannya ketika cuaca sangat panas.

Image result for skinny jeans for women

Baju Pembentuk Tubuh (Body Shaper) – baju ini disering dipakai oleh wanita yang ingin kelihatan langsing. Sebenarnya baju pelangsing ini kurang baik kerana membuatkan bahagian perut tertekan. Tekanan yang terlalu ekstrem pada perut akan menyebatkan pedih ulu hati (acid reflux) dan akhirnya menggangu pencernaan.

Image result for body shaper

Kasut Tumit Tinggi Runcing – Memang memakai kasut tumit tinggi membuatkan tubunh kita nampak elegan dan postur tubuh lebih indah. Malangnya, kasut tumit tinggi memang kurang sihat untuk tubuh. kasut tumit tinggi menyebabkan tekanan pada bahagian tapak kaki yang terpaksa menampung berat badan. Justeru, disarankan untuk tidak mengenakan kasut tumit tinggi terlalu kerap.

Image result for heels

Sandal Terbuka – Kasut atau sandal terbuka ternyata kurang baik juga. Ini adalah kerana ia boleh membuatkan kaki kita mudah terkena kotoran dan infeksi.

Image result for sandalsPakaian Dalam Renda – Yang ini memang akan membuatkan setiap wanita tampil cantik dan seksi. Namun mengenakannya setiap hari tidak baik untuk kesihatan vagina. Bahan renda akan berisiko menyebabkan rasa gatal dan iritasi, bahkan keputihan. Pilihlah seluar dalam daripada benang kapas untuk pemakaian sehari-hari.

Image result for pakaian dalam renda

Beg Tangan Berat – Beg tangan dengan beban yang berat juga berpotensi menyebabkan rasa tegang pada leher, punggung dan bahu. Beg tangan berat yang selalu dibawa ternyata juga boleh menyebabkan perubahan posisi postur tubuh.

Image result for beg tangan yang berat

Kasut Leper Balet – kasut leper balet memang lebih baik dibandingkan kasut tumit tinggi, namun kadangkala kasut dengan kualiti kurang baik akan mengganggu kesihatan kaki. Kasut leper yang tidak selesa tiada pelapik dan akan menyebabkan rasa sakit pada tumit.

Image result for kasut leper balet

Kesemua tujuh item di atas kebanyakannya Ros ada memakai dan menggunakannya. Memang ada sedikit tidak selesa. Pada Ros, tak salah untuk tampil cantik dan bergaya memang boleh, tetapinya ada baiknya untuk lebih mengutamakan kesihatan tubuh dan keselesaan.

Image result for comfortable

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s