Panduan Membeli Kasut


DSC_7767.JPG

Wanita dan kasut umpama irama dan lagu. Mungkin ia kedengaran seperti kelakar tapi hakikatnya ia adalah realiti.

Ros bukannya seorang pembeli kasut berjenama tetapi Ros banyak belajar mengenai kasut daripada Ms. Uma Rengarajoo, seorang Head Of Department yang pandai bergaya dan mempunyai citarasa yang bagus dalam pemilihan kasut dan baju.

Minat menyebabkan ramai penggemar fesyen menyimpan impian untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sepasang kasut berjenama mewah. Bukan hanya kerana ingin merasai buatan yang berkualiti, tapi seperti kata ramai orang, kasut yang baik mampu membuatkan pemakainya melangkah lebih berkenyakinan.

Bagi yang berwang, mereka pasti tidak menghadapi masalah melabur ratusan hingga riabuan ringgit untuk mendapatkan sepasang kasut tapi tidak bagi yang kurang mampu tapi mempunyai keinginan yang sama.

Berikut disertakan panduan mudah yang diharapkan dapat membantu anda membuat pilihan. Sekurang-kurangnya biarlah perlaburan itu berbaloi.

Saiz – Kasut yang selesa mampu membuatkan pemakai terasa seksi. Sementara kasut yang tidak selesa dan menyakitkan tidak menyerlah walaupun harganya mahal.

Image result for shoe size

Lakukan Rawatan Kaki – Kasut dah cantik, mahal pula tapi kuku panjang tidak terbela dan kulit kaki kering meggelupas. Lakukanlah rawatan kaki, tak mahal pun.

Image result for rawatan kaki

Elakkan Tumit Terlalu Tinggi – Kasut yang paling seksi adalah stiletto (kasut tinggi bertali silang) tapi dinasihatkan supaya berhati-hati membeli kerana kasut dengan ketinggian lebih 4.5 inci menyukarkan anda berjalan. Tetapi tak seperti Ms. Uma, nampak lebih bergaya dan berani.

Related image

Beli Kasut Leper – Tahukah bahawa anda boleh bergaya santai dan formal dengan kasut bertapak rata. Saranan beli sepasang kasut leper klasik Chanel dan berjalan selesa dengan penuh yakin.

Image result for chanel shoes

Klasik Pump Shoe – Gadis yang memahami fesyen tentunya ingin memiliki sepasang kasut paltform atau pump shoe daripada label klasik seperti Christian Louboutin, Ferragamo atau Manolo Blahnik.

Image result for pump shoe, manolo

But Tinggi Atau But Paras Buku Lali – Sepasang but boleh menyerlahkan lagi persalinan dipakai dan ia juga produk fesyen perlu dimiliki musim ini.

Image result for boot shoes

Image result for boot shoes

Kasut Baji Yang Bersesuaian – Rahsia wanita yang kelihatan hebat tapi selesa adalah kasut baji.

Image result for kasut baji

Kasut Dengan Efek Dramatik – Selain pilihan selamat  iaitu kasut polos, tetapkan dalam fikiran kasut yang tepat akan memberi nilai tambah kepada pakaian. Jadi tidak salah dalam memilih yang terang dan menarik pandangan mata.

Related image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s