Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat


Image result for rasa mengantuk

Perasaan mengantuk sering menghantui orang yang bekerja. Mengantuk berlaku apabila kita tidak dapat rehat atau tidur yang mencukupi.

Ramai antara kita pasti pernah mengalami situasi seperti ini. Lebih buruk, apabila mengantuk, seseorang itu tidak dapat fokus untuk melakukan dan menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Sudahlah kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, kualiti kerja juga akan menurun. Lebih menggerunkan apabila rakan-rakan sejawatan tidak selesa dengan situasi mengantuk yang sedang anda alami itu.

Ini kerana, kita akan mula menguap, mundar mandir dan melakukan regangan sehingga mengganggu tumpuan rakan sekerja yang lain. Oleh yang demikian, lakukan beberapa tip ini bagi mengatasi masalah mengantuk anda.

Minum air mineral – Rasa mengantuk juga berkait rapat dengan kandungan cecair yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Seperti sedia maklum, kandungan air mempunyai oksigen. Cuba minum air kosong sekerap mungkin bagi membantu anda kekal hidrasi. Waktu pejabat dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang boleh dimanfaatkan dengan minum sekurang-kurangnya dua liter air. Amalkan setiap hari dan rasakan perbezaannya.

Image result for minum air putih

Snek buah-buahan – Mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan baik untuk tubuh badan. Apa kata, sebelum ke tempat kerja, bekalkan sebiji epal atau beberapa biji strawberi untuk di bawa ke pejabat. Apabila rasa mengantuk, anda boleh jadikan buah-buahan itu sebagai snek. Atau beli sahaja di gerai di tepi jalan semasa anda berjalan pulang ke pejabat daripada makan tengah hari.

Image result for snek buah-buahan

Teh panas – Cara ini paling mudah. Apabila rasa mengantu, bangun dan terus membancuh teh kegemaran anda. Banyak khasiat yang dapat diperoleh daripada minuman teh. Selain berfungsi sebagai bahan antioksidan yang baik, teh juga dikatakan boleh kuruskan badan. Kini, terdapat pelbagai pilihan teh di pasaran antaranya teh oolong, jasmine dan perisa seperti lemon, strawberi serta vanila.

Image result for teh panas

Senaman regangan – Tarik dan hembuskan nafas. Lakukan perlahan-perlahan kemudian berdiri seketika. Jika pejabat anda mempunyai ruang selesa, regangkan tangan dan kaki beberapa minit. Atau anda boleh turun dan naik tangga pejabat seketika. Pastikan tidak mengambil masa yang lama dan mengganggu rakan pejabat yang lain.

Related image

Basuh muka – Teknik membasuh muka ini memang tidak menjadi masalah kepada kaum lelaki tetapi bagi kaum wanita, mereka pasti tidak akan praktikkan jika muka telah ditepek dengan solekan. Namun usah risau kerana kini banyak semburan penyegar wajah ada dijual di pasaran. beli di farmasi dan semburkan sahaja pada wajah.

Image result for cuci muka

Image result for semburan muka

Mudah, cepat, senang dan murah. Pastikan anda amalkannya. Inshaallah……

Advertisements

2 thoughts on “Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s