Menikmati Tidur Malam Dengan Lena


I am what i am…….

Hari ini, Ros berikan tips ‘Nikmati Tidur Malam Dengan Lena’. Kesinambungan entri Ros yang lepas bertajuk ‘Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat’.

Setiap orang memerlukan tidur malam yang sempurna kerana ia sangat penting terhadap tubuh badan manusia. Kegagalan menikmati tidur malam atau tidur yang tidak teratur akan memberikan implikasi negatif terhadap kehidupan seharian sehingga ia menjejaskan kualiti kerja.

Image result for tidur pada waktu yang tetap

Ikuti tips berguna bagi anda yang inginkan tidur yang berkualiti.

Tidur Pada Waktu Yang Tetap – Tidak dinafikan, semua orang memiliki waktu tidur yang berbeza disebabkan oleh ketidaktentuan masa bekerja atau jadual yang padat. Tidur dan bangun daripada tidur pada waktu yang sama setiap hari dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi badan anda. Ia dapat membantu and untuk lena dengan lebih cepat setiap kali masuk waktu tidur.

Image result for waktu tidur yang baik

Lakukan Perkara Yang Menenangkan – Melelapkan mata untuk tidur mungkin akan mengambil masa yang lama. Dengan melakukan sesuatu yang menenangkan seperti membaca buku atau mendengar lagu, ia sedikit sebanyak membantu anda untuk tidur lebih lena.

Related image

Jaga Pemakanan – Tidur dalam keadaan terlalu lapar atau kenyang akan menghalang anda daripada mendapatkan tidur yang lena. Ini kerana ia akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa sehingga sukar untuk lena. Dengan mengehadkan pengambilan makanan dan minuman sebelum tidur ia mengelakkan anda daripada kerap embuang air pada waktu malam.

Related image

Bersenam – Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan cepat dan nyenyak pada waktu malam. bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda. Ini kerana keadaan terlalu letih akibat melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk melelapkan mata sebelum tidur.

Image result for senam sebelum tidur

Tangani Stress – Tidur dalam keadaan tertekan akan mengganggu lena tidur anda. Jika sebelum tidur asyik memikirkan sesuatu perkara, ia akan membebankan anda dan akhirnya mengganggu kualiti waktu tidur. dapatkan rehat yang mencukupi kerana ia akhirnya akan membantu anda untuk menangani tekanan.

Image result for stress

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s