Berseronok Di Times Square Bersama Anak-Anak


I am what I am ………

Ros ke Times Square bersama dengan anak-anak. Girls outing katakan. Kali ini tanpa ditemani oleh Papa. Papa tinggal rumah dan duduk diam-diam ye.

Berjaya Times Square, wow hebatnya nama. Agak-agak kalau pergi sana pasti boleh “berjayakan”.

Untuk pergi ke Berjaya Times Square rupanya perlu menaiki LRT dan Monorail. Ini kalau dari Ampang. Tetapi kalau dari KL Sentral boleh terus menaiki Monorail terus ke Stesen Imbi. dari Ampang pula terus ke Stesen Hang Tuah dan tukar ke Monorail. Lalu mengembaralah Ros bersama anak-anak untuk menaiki LRT dan Monorail. Jangan pula ada yang berkata, “Apa benda Monorail tu?’, memang nak kenalahkan. Image result for monorail ke time square

Guna pengangkutan awam ni memang mudah, cepat dan senang. Lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan Rapid Pass atau Touch N Go. Sentuh dan pergi gitu. Mudah saja nak ke mana-mana.

Sebenarnya Ros dah banyak kali ke Times Square ni, tapi taklah secara menyeluruh. Besar tu. Sakit kaki ni menapak. Memang tempat syurga membeli belah bagi mereka yang mengikut trend fesyen masakini. Inilah tempatnya.

20170226_180519

Bershopping sakan tu tak adalah cuma kami lebih kepada window shopping. Kebetulan di satu kedai menjual beg travelling, beg sekolah, macam-macam jenis beg yang up to date terdapat di kedai ni. Kali ni memang Ros tak teringat nak ambil gambar kedai tersebut. Anak-anak cuma beli beg sekolah, cermin mata dan aksesori gelang tangan. Layan ajelah.

Travel & tour kali ini adalah Kak Ika, anak Ros yang sulung. Dia rupanya lagi pandai dari kita ni. Tapi oklah kan.

20170226_182630

20170226_193327

Serba sedikit Info mengenai Tangga Piano 

  • The Grand Musical Staircase itu dibina dengan kos sebanyak RM1.5 juta dan ia mengambil masa selama 13 minggu untuk siap sepenuhnya.
  • Ia merupakan binaan istimewa dengan anak-anak tangga itu diwarnakan mengikut rupa kekunci piano. Tangga itu menghubungkan aras bawah (Ground) dengan aras bawah tanah (Lower Ground).
  • Lebih menarik, tangga yang mempunyai 30 anak tangga itu akan mengeluarkan bunyi kod piano yang mengiringi setiap langkah pengunjung.

Saat ini Ros lah yang lebih kebudak-budakkan tau. mengalahkan anak-anak. Nasib baik ada tukang ambil gambar.

Puas bermain The Grand Musical Staircase, kami terjumpa pula dengan pokok besar. Haaa pokok besar dalam Times Square. Seriuosly memang manrik perhatian Ros. Ika bagitau kalau kita menaiki tangga di sebalik pokok ni, ia membawa kita ke tempat yang paling best katanya.

20170226_194618

20170226_194815

Kami bergambar dulu sebelum ke destinasi yang Ika bagi tahu tadi.

20170226_173952

20170226_173352

Inilah tempatnya Tiny Taipei. terletak di aras 3 sayap timur (East). Ros sempat bergambar dengan pengganti Papa…Si Gendut Bermisai. Comelkan.

Processed with VSCO with hb2 preset

Puas berjalan dan bergambar….akhir sekali kami singgah KFC. Tempat pilihan kami walaupun banyak tempat makan dan restoran di Times Square.

Inilah serba ringkas pengembaran kami di Berjaya Times Square. Akhirnya kami berjaya.. yeayyyyyyyyy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s