I am what I am ………….
Pertama kali Ros ke Publika Solaris Dutamas. Itu pun kebetulan ada event di sana. Kalau tak, Ros takkan sampai ke sana.
Ros menggunakan pengangkutan awam ke Publika. Sehari sebelum nak pergi, Ros dah rancang terlebih dahulu. Kajian dilakukan melalui Google Search. Kaji bagaimana Ros nak ke sana?
Bagi mereka yang tidak mempunyai kereta, itu bukan satu masalah. Dengan penggunaan Touch & Go atau Rapid Pass jarak bukan penghalang. Pergerakan lebih cepat, mudah dan senang dengan adanya kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, Putra, MRT, Monorail, Komuter, teksi, Uber Car dan Grab Car….internet dihujung jari anda gitu.
Pada mereka yang tinggal sama daerah dengan Ros iaitu Kampung Indah, Ampang bolehlah menggunakan bas rapid bernombor 303 dan turun di Stesen LRT Ampang. Tambang dari tempat yang Ros naik tadi hingga ke Stesen LRT Ampang hanya RM1.00 seorang.
Dari Stesen LRT Ampang pula Ros akan turun di Stesen LRT Bandaraya (Sogo) dan terus ke tempat hentian teksi bersebelahan Sogo. Tambang lrt dari Ampang ke Bandaraya ialah RM3.40 seorang. Memandangkan Ros tak sempat nak download app Uber Car, Ros hanya menggunakan teksi bajet untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dari hentian teksi Sogo ke Publika cuma RM9.00 saja. Itu pun Ros bernasib baik dengan keadaan trafik lalulintas yang tidak sesak.
Apa yang ada di Publika? Publika terletak di Solaris Dutamas, Sri Hartamas dan merupakan shopping mall yang up to date. Shopping mall yang moden dengan pembinaan yang kreatif dan berseni seperti pembinaan daripada keluli, kaca seni yang berkeping-keping bergantungan di siling, jendela langit yang membolehkan cahaya semulajadi memasuki ke ruang legar Publika.Terdapat banyak butik pakaian mewah, kedai buku, kedai menjual aksesori untuk wanita dan lelaki dan banyak lagi.
Pemandangan dari hentian teksi di Publika Solaris Dutamas. Terdapat banyak tempat makan untuk direview tapi Ros tak berkesempatan nak mencuba salah satu restoran yang terdapat di sekitar Publika. Inshaallah Ros akan ke sini lagi bersama anak-anak dan Papa. Barulah seronok.
Flea Market juga terdapat di sini. Dengan barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Salah satu barangan yang menjadi tumpuan Ros ialah lukisan ini. Lukisan abstrak dengan mainan warna yang kreatif. Ros memang tidak meminati abstrak sebab lukisan tersebut susah nak ditafsir erti dan maksudnya. Tetapi lukisan yang ini memang menarik perhatian Ros.
Termenung memikirkan ke mana selepas ini. Penat pun ye juga. Publika ni memang besar dan luas nak diterokai.
Lukisan abstrak yang dipamerkan sepanjang laluan nak ke tandas. Memang cantik. Sempat lagi Ros bergambar. Orang yang keluar masuk tandas pun pelik tengok Ros.
Inilah orang tua-tua pernah berkata “Jauh berjalan, luas pandangan”. Memang best.