Citarasa Masakan Nyonya Bersama Cef Adriana Tan Di Hotel Concorde Kuala Lumpur


I am what I am……

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Oleh itu, Melting Pot Cafe di Hotel Concorde, Kuala Lumpur meraikan Citarasa Masakan Peranakan sempena masakan Asian dan Antarabangsa bermula dari 06.03.2017 hingga 26.03.2017. Untuk memeriahkan lagi suasana, Hotel Concorde telah menjemput Cef Adriana Tan dan suami beliau dalam adaptasikannya kepada masakan.

20170308_185941

“Nyonya Delights”

20170308_194030

20170308_183422

Melting Pot, Concorde Hotel

20170308_183749

20170308_184742
Kerapu Kukus Nyonya
20170308_184647
Ayam Kukus Nyonya
20170308_184356
Asam Pedas Ikan Tenggiri Dengan Peria

20170308_184418
Sambal Udang Petai
20170308_184456
Kari Ayam Kapitan
20170308_184439
Ayam Pong Teh
20170308_184534
Ketam Bercili
20170308_184543
Chap Chye
20170308_184621
Pie Tee

Sama ada direbus, digoreng, dipanggang atau dikukus, hidangan masakan Nyonya sentiasa menjadi sebutan ramai. Rasanya yang tersendiri dengan perisa masam manis serta pedas yang diadun dengan ikan, udang, daging, ayam, ketam, sayur-sayuran dan sebagainya.

20170308_184238

20170308_184837

Seperkara yang menarik mengenai masyarakat ini ialah cara masakan mereka yang tidak banyak berbeza dengan cara penyediaan masakan masyarakat Melayu, seperti masakan pedas, ulam ulaman dan cencaluk.

20170308_184906

20170308_184942

Laksa Kari Nyonya ini memang sangat sedap, ada yang berulang-ulang makan tau!. Bagi pengemar laksa bolehlah mencuba.

20170308_18360320170308_18345820170308_18351620170308_18352820170308_183546

20170308_183246

Apa yang pasti, setelah menikmati hidangan utama akan disusuli pula menu pencuci mulut sama ada sejuk atau panas yang sememangnya enak. Paling istimewa adalah Apam Balik Durian. Nescaya tidak terdapat di mana-mana.

Air tangan Cef Adriana Tan……Siapa sangka hidangan yang sememangnya sedap, enak dan yang paling hipster ‘menjilat jari’, malahan terasa seperti makan masakan di rumah.

Bufet Makan Tengahari bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 tengahari. Dengan harga RM80.00 bersih seorang. Untuk Bufet Makan Malam pula bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga bersih RM110.00 seorang. Melting Pot Cafe juga menawarkan 25% diskaun untuk bufet dan ala-carte.

Kepada penggemar masakan peranakan ini, masih belum terlambat. Untuk tempahan sila hubungi 03-27172233.

Alamat : No. 2, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Advertisements
Gallery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s