Hanya Sehari Di Johor Darul Takzim


I am what I am……..

Perkahwinan Adik Ipar Di Pasir Gudang, Johor Bahru

Bertolak dari Ampang pada 19.03.2017 pada pukul 8.20 pagi. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa ada masalah. Cuma ada sedikit masalah kecil, tetapi kami dapat selesaikannya dengan sebaik mungkin.

Jarak dari Ampang, Selangor ke Johor Bahru (JB) ialah sekitar 335 km. kami menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan.

Berhenti sebentar di Hentian Rehat dan Rawat di Machap, Johor. Ros dan anak-anak sempat bergambar dengan gaya kami tersendiri. Anak-anak bergaya dengan baju mama mereka. Rasa tak rugi bila ada anak perempuan ini. Papa pula asyik dengan membelek enjin kereta. Katanya malaslah nak bergambar.

20170319_122714 - Copy20170319_105952 - Copy20170319_105803 - Copy

Kami meneruskan perjalanan dengan mengambil jalan keluar menuju Skudai. Dari Skudai, kami terus ke Kampung Pasir di Pasir Gudang, Johor.

Map of Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Kami berkumpul di sebuah homestay…oppps maaf Ros terlupa nama homestay tersebut. Kami bergerak ke rumah pengantin perempuan pada pukul 2.00 tengahari. Disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan silat. Masih lagi mengekalkan adat tradisi perkahwinan melayu walaupun sekarang popular dengan lauk pauk katering.

20170319_143555 - Copy20170319_144109 - Copy20170319_144115 - Copy20170319_144436 - Copy

Kerana lapar sangat, Ros tak sempat nak mengambil gambar makanan orang kahwin. Tapi terus terang Ros katakan makanan orang kahwin yang disediakan secara katering ini memang sedap. lagi-lagi kalau masakan orang Johor. Memang sedap.

Walaupun panas terik, suasana memang meriah. Kami sempat bergambar dengan pengantin. Teringin juga hati ini untuk bersanding sekali lagi. Inshaallah kalau ada rezeki. Betul tak Papa.

20170319_152621

Kembara Mencari Mee Siput

20170319_181226

20170319_180932

Inilah orang kata, sambil menyelam minum air. Kerana rindu teramat sangat nak makan mee siput dengan sambal, Papa sanggup mencari mee siput dari Johor Bahru hingga ke Batu Pahat. Kata Papa, ‘Papa sayangkan Mama, sanggup Papa redah lautan api untuk Mama’. Terharukan. Akhirnya dapat juga kami bertemu dengan mee siput.

Advertisements

2 thoughts on “Hanya Sehari Di Johor Darul Takzim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s