1001 Rasa Bufet Ramadan 2017 Di Imperial Chakri Palace Royale Thai Cuisine


20170327_192008

20170327_192028.jpg

I am what I am………

Bagi penggemar masakan Thai, anda tidak perlu lagi bersusah-payah mengunjungi negara gajah putih itu kerana Restoran Imperial Chakri Palace yang terletak di tingkat empat Suria KLCC itu menyajikan hidangan autentik dari sana. Dari mata jatuh ke hati, itulah yang dapat Ros gambarkan 1001 rasa kesedapan masakan Thai di Imperial Chakri Palace.

20170327_191706Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Imperial Chakri Palace Suria KLCC dan Chakri Palace Pavillion, Kuala Lumpur mempersembahkan bufet Ramadan bertemakan “Tantalizing Tastes of Thailand” atau dalam bahasa melayunya “Citarasa Masakan Thailand” bermula pada 30.05.2017 nanti. Menu yang diketengahkan menggabungkan seleksi hidangan terbaik Thailand yang pastinya menjadikan pengalaman berbuka puasa di Imperial Chakri Palace sesuatu yang tidak dapat dilupakan!

20170327_191224

20170327_191539

20170327_195420

20170327_191939

20170327_191724

Restoran ini menawarkan lebih 50 hidangan autentik negeri Thai dan masakan tempatan kepada pelanggan, seperti pilihan ulam-ulaman tempatan dan kerabu seperti Thai Mango Salad (Kerabu Mangga Thai), Thai Papaya Salad (Kerabu Betik Thai) dan yang paling mencuri tumpuan para media ialah pembuka selera yang paling terkenal iaitu “Mieng Kam”. “Mieng Kam” ialah ulaman daun kaduk yang dimakan bersama 7 bahan iaitu udang kering, hirisan limau kasturi, kacang tanah, cili padi, hirisan bawang, pelam muda, halia dan sos. Gabungan rasa pahit, manis, masam dan masin membuatkan Ros teringin untuk merasainya sekali lagi.

20170327_190223

Tom Yam Noodles & Thai Laksa

Thai Laksa

20170327_190348

Namun semestinya hidangan Tom Yam menjadi tarikan utama di restoran ini. Tom Yam di sini mempunyai kombinasi rasa seimbang antara pedas, masam dan manis. Laksa Thai pun ada disediakan. Kepada para penggemar laksa tidak rugi kalau anda mencuba Laksa Thai ini. Rasanya hampir sama dengan laksa tempatan tetapi kuahnya yang pekat dan rasanya yang lemak-lemak manis. Boleh dimakan dengan pilihan mee, mihun dan kuew tiaw. Terpulang pada citarasa masing-masing. Juga terdapat action stall yang menghidangkan ikan bakar dan satay.

Vegetables Spring Roll

Selain Tom Yam Thai dan Laksa Thai, hidangan yang menarik perhatian Ros ialah Kari Ayam Hijau, Ayam Goreng Pandan, Udang Mentega Bersama Telur Masin, Sotong Goreng Bersama Telur Masin, Spring Roll (Popiah), Samosa dan banyak lagi.

Keenakan citarasa masakan Thai yang sebenar dapat dinikmati di restoran ini kerana mereka menggunakan khidmat tukang masak yang diimport khas dari Thailand, selain cara memasak yang masih mengekalkan keaslian masakan Thailand.

20170327_191501
Nasi Beriyani
Black Pepper Chicken
Black Pepper Chicken
Deep Fried Chicken With Pandan Leaf
Deep Fried Chicken With Pandan Leaf
20170327_191151
Deep Fried Crispy Fish With Samrod Sauce
Green Curry Chicken
Green Curry Chicken
Malay Curry Beef
Malay Curry Beef
Sauteed Beef With Cashew Nut
Sauted Beef With Cashew Nut
Stir Fried Brocoli With Mushroom
Stir Fried Brocoli With Mushroom
Stir Fried Squid With Salted Egg
Stir Fried Squid With Salted Egg

Restoran Imperial Chakri Palace juga turut menyediakan hidangan pencuci mulut istimewa iaitu Pulut Mangga, Red Ruby Waterchestnut, serta beberapa pencuci mulut tempatan seperti kuih-muih melayu, Bubur Jagung dan banyak lagi.

20170327_191737

Pada bulan Ramadan nanti, Restoran Imperial Chakri Palace dibuka pada pukul 7.00 malam. Harga yang berpatutan iaitu RM95.00 ++ (KLCC) dan RM85.90++ (Pavillion) untuk dewasa dan RM49.90++ (KLCC) dan RM42.90++ (Pavillion) untuk harga kanak-kanak yang berumur diantara 6 tahun hingga 10 tahun. Untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Tempahan awal minimum untuk 4 orang hanya boleh ditempah pada 10.04.2017 hingga 30.05.2017 sahaja. Harga untuk tempahan awal ialah RM75.90++ dewasa (KLCC) dan RM65.90++ dewasa (Pavillion).

Untuk tempahan sila hubungi 03-23827788 (Chakri Palace KLCC), 03-21431141 (Chakri Palace Pavillion) atau 016-2277182. Anda juga boleh menghantar email di marketing@chakri.com atau terus membuat tempahan secara online di http://berbuka.chakri.com.my.

Advertisements
Gallery

3 thoughts on “1001 Rasa Bufet Ramadan 2017 Di Imperial Chakri Palace Royale Thai Cuisine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s