Bufet Ramadan Kembara Iftar Di Kuala Lumpur Di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur


I am what I am………

poster KL

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur – Seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan bulan yang penuh mulia. Sudah menjadi trend dan kebiasaan apabila kita, famili dan rakan-rakan berbuka puasa di hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan secara bufet. Bagi mereka yang suka makan sangat berbaloi jika dibawa makan di tempat-tempat yang menyediakan hidangan secara bufet. Tetapi bagi mereka yang seperti Ros, makan sikit dah rasa kenyang amatlah merugikan. Mana taknya, pilihan makanan yang banyak tetapi hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.

Dan pada waktu inilah kita sering kali merindui masakan selera kampung dan juga masakan ibu tercinta. Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala Lumpur di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur”.

DSC_8539

Diantara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan produk daripada durian seperti Serawa, Wajik, Puding dan banyak lagi.

Nasi Tumpeng Jawa Timur

Nasi Arab Khabsah

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini telah diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Yohanis, Cef Mariam, Cef Syukri, Cef Alias dan juga anak-anak buah mereka yang sememangnya berpengalaman.

DSC_8651

Replika Rumah Kampung juga bakal mencuri tumpuan para tetamu yang datang untuk berbuka. Terhasil daripada 60kg gula merupakan kepakaran chef pastri kami iaitu Chef Shukri. Ketelitian dan kesabaran Chef Shukri telah membuatkan kita mengimbau kembali kegemilangan dan sejarah rumah kayu atau rumah kampung yang pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun.

_DSC3471

Sugar House

Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita. Antaranya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Bagi penggemar-penggemar durian pula, kami menyajikan pemanis mulut yang segalanya daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.

Di sepanjang bulan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga mempersembahkan nyanyian ghazal sebagai ‘halwa telinga’ untuk menghiburkan para tetamu semasa berbuka puasa nanti.

Ghazal

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 bersih. Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 samb. 7703.

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.

Ramadan E-Flyer - AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.jpg

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagian dalam hidup kita semua. Sampai bertemu lagi..Ramadan Mubarak…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s