Bufet Ramadan Citarasa Klasik Thai Di Streat Thai – Jaya One


I am what I am……..

Masakan Thai sangat popular kerana rasa makanan yang pedas, masam dan manis. Maka tidak hairan terdapat banyak warung, restoran dan hotel menyediakan masakan ala Thai bagi memenuhi cita rasa penggemarnya.

Pun begitu, sukar bagi kita untuk mendapatkan cita rasa Thai yang sebenar kerana kebanyakan hidangan itu telah diubah suai dengan selera orang tempatan.

Justeru itu, Mamable telah diberi peluang untuk merasai sendiri masakan Thai yang asli dan juga mengambil inisiatif untuk mengenali budaya negara Thai melalui masakannya.

Image result for streat thai

Melangkah masuk ke Streat Thai di The School (Jaya One) Petaling Jaya, Selangor bagaikan berada di negara jiran di utara tanah air iaitu kota Bangkok, Thailand lengkap dengan hiasan dalam ala-ala Thai menyambut kedatangan pelanggan yang ingin merasai menu masakan Thai. Gaya yang selesa dengan reka letak serta hiasan dalaman yang santai memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang dengan memori menjamu selera di gerai tepi jalan kota Bangkok.

IMG_20170510_190730IMG_20170510_194410

Meninjau menunya pula, pelbagai hidangan yang disediakan adalah mengikut resepi asli yang dimasak oleh tukang masaknya yang berasal dari Thailand. Restoran Streat Thai ini menawarkan lebih 60 hidangan secara bufet kepada pelanggan untuk bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Bermula dengan pembuka selera ‘appetizers’ iaitu Prawn Cakes, Fish Cakes, Crispy Fried Chicken Chop, Fried Squid dan Grilled Chicken Skewers. Salad Thai atau lebih sinonim dengan ulam-ulaman Thai pula memang terbaik, segar dan sesuai bagi mereka yang berdiet sihat seperti Thai Papaya Salad, Korat Papaya Salad, Papaya Salad with Salted Eggs, Papaya Salad with Fried Ikan Bilis, Papaya Salad with Anchovy Sauce, Papaya Salad with Anchovy Sauce and Rice Noodles, Fried Egg Salad, Glass Noodle Salad Chicken, Glass Noodle Salad Seafood, Mama Noodle Salad, Grilled Beef with Herbs dan Minced Chicken with Herbs. 

Namun semestinya hidangan tom yam menjadi tarikan utama di restoran ini. Pasti semua orang tahu terutamanya penggemar tegar tomyam bahawa tomyam ini sebenarnya mempunyai kombinasi rasa seimbang atau gabungan rasa antara pedas, masam dan manis. Antara tomyam yang sempat Mamable rasa ialah Thai Coconut Soup with Chicken dan Tom Yum Clear Soup with Seafood. Sebenarnya ada beberapa jenis tomyam disediakan tetapi tak berkesempatan untuk mencuba kerana keadaan Mamable yang kekenyangan.

Hidangan pencuci mulut istimewa dan klasik di Restoran Streat Thai iaitu pulut mangga serta beberapa pencuci mulut yang lain seperti Bua Loi, Khanom Tom, Streat Thai Red Rubies dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik, menu pencuci mulut Thai ini tidak dijual di mana-mana kerana menu ini adalah sesuatu yang klasik dan asli.

20170510_202905.jpg

Restoran ini mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu-satu masa dan kebiasaannya dalam sehari serta turut menyediakan ruang makan yang kasual dan terbuka. Amat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia dapat mengeratkan hubungan silarturrahim. Manakala konsep dapurnya yang terbuka ‘open kitchen’, menebarkan aroma ​wangi serai, dan daun limau ​ ke seluruh ruangan membuatkan pengunjung semakin lapar dan rasa tidak sabar untuk merasai juadah tersebut.

bufet streat thai

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang menempah 7 hari awal dengan harga serendah RM39.90++ untuk dewasa. Tawaran harga RM49.90++ untuk dewasa dan RM19.90++ untuk kanak-kanak bermula dari 27.05.2017 hingga 24.06.2017. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 7.00 petang hingga 9.30 malam. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Streat Thai di talian 0374961297 atau 012-907-3581.

Streat Thai juga boleh dihubungi melalui sosial media. Ini bagi mereka yang selesa menempah melalui talian iaitu : Facebook – http://www.facebook.com/streatthai , Instagram – https://www.instagram.com/streatthai/ , website – http://www.eatatstreat.com/

100-G.001 The School
No. 72A, Jalan Universiti Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

map streat thai.png

 

Advertisements

2 thoughts on “Bufet Ramadan Citarasa Klasik Thai Di Streat Thai – Jaya One

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s