Sajian Mexican Di Fresca Mexican Kitchen & Bar


I am what I am……..

Image result for fresca mexican kitchen & bar avenue k

Image result for fresca mexican kitchen & bar avenue k

Inginkan kelainan? Sudah jemu menikmati sajian masakan Timur? Apa kata kita cuba sajian dari negara Mexico pula. Rasanya yang unik dan tak mungkin akan ada di mana-mana. Makanan Mexico terkenal dengan kepelbagaian cita rasa dan warna. Rasa makananannya juga sedikit pedas dan kaya dengan protein terutamanya jagung, vitamin dan galian. Tidak ketinggalan, masakan negara tersebut perlu ada pelbagai sayuran seperti cili merah, cili hijau, brokoli, bunga kobis, lobak, ayam dan daging. Namun, masakan Mexico sebenarnya tidak terlalu jauh berbeza berbanding masakan tempatan tetapi sedikit kering dan masin.

Kebanyakan menu Mexico terkenal kerana keenakkan krim dan keju sperti nachos beef, tacos beef, cheese deep dan chips, cream caramel, spaghetti seafood dan tomato sauce serta fettuccini cream dan beef bacon.

Mamable masih teringat lagi Ms. Uma beritahu bahawa, ‘kunci kepada masakan Mexico ialah bahan-bahan segar dari pasar yang mudah didapati di bahagian tengah dan selatan negara tersebut’.

 

Mamable amat suka dengan konsep restoran yang selesa dan ringkas. Sesuai dengan dekorasinya membuatkan Mamable seolah-olah berada di negara Mexico. Amat sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera. Ruang yang disediakan juga luas dan pemilihan warna hitam putih memadai untuk sebuah restoran berkonsepkan makanan Barat.

20170524_131359[1].jpg

Minuman Cranberry Hibiscus merupakan minuman yang paling Mamable suka. Memang ia kena dengan tekak Mamable. Campuran kranberi dengan bunga raya yang kering.

20170524_220627[1].jpg

Fresca @ Avenue-K
G9 & G9A,Ground Floor, Avenue K,
Jalan Ampang 50450
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2201 2893

Masa beroperasi :
Isnin hingga Khamis: 11 pagi – 11 malam
Jumaat hingga Sabtu: 11 pagi hingga lewat malam
Ahad : 11 pagi hingga 11 malam

Advertisements
Gallery

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Raikan Hari Ibu


I am what I am……….

Kasih sayang ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang dan malam. Setiap butir bicaranya tersusun indah, lembut belaian kasih sayangnya menggetarkan jiwa. Jika dihitung dengan jari, pengorbanan yang telah dicurahkan terlalu banyak untuk dibalas. Begitulah keagungan cinta seorang wanita bergelar ibu. Saban tahun, minggu kedua bulan Mei menjadi hari sambutan meraikan jasa dan pengorbanan ibu. Jika diteliti dalam kalendar tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 14 Mei. Tentunya pada waktu ini anak-anak sudah sibuk merancang pelbagai aktiviti dan hadiah istimewa untuk diberikan kepada ibu tercinta

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Melalui kasih sayang inilah AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut serta menyambut Hari Ibu dengan meraikan hari wanita teristimewa itu dengan menghidangkan bufet minum petang di Casa RnB pada 14 Mei 2017 yang lepas.

Mother's Day Flyer - AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan ‘decoration cake’ antara ibu-ibu dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Bukan itu saja, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga menyajikan menu Hi Tea yang menyelerakan. Sampaikan ada yang terkedu seperti tidak tahu nak makan apa?

Tidak ketinggalan kakitangan bahagian pengurusan dan operasi hotel bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti sambutan Hari Ibu.

Sambutan Hari Ibu diadakan bagi memberi peluang kepada seorang anak untuk membalas kembali kasih sayang sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka dan pada masa sama, ia juga bertujuan untuk memberikan tahap pengiktirafan tertinggi kepada seorang ibu yang digelar sebagai Ratu Hatiku.

Bahkan, intipati yang terdapat dalam program ini turut mengangkat budaya kasih sayang sebagai amalan kehidupan yang terpuji bagi generasi akan datang.

Inilah wajah-wajah gembira sebagai seorang ibu….

 

Gallery