Program Amal AnCasa Residences Port Dickson


I am what I am…………

Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya sehingga ia dikenali sebagai ‘penghulu segala bulan’.

18835532_2015328268688848_429330906112772409_n.jpg

18835999_2015935958628079_1144376537662419369_n.jpg

Pada 31.05.2017, AnCasa Residences, Port Dickson telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Yayasan Anak-Anak Yatim Port Dickson. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.

18767610_2015936291961379_5139560489802063643_n.jpg

Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak AnCasa Residences, Port Dickson kepada seramai 55 orang anak yatim.

18814233_2015935798628095_5813237140293685875_n

18839047_2015935771961431_2366938155974902104_n

Bubur lambuk juga diedarkan percuma sempena menyambut Ramadan. Bubur lambuk dimasak sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman di hotel ini. Mula mengedarkan bubur sekitar jam 5.00 petang kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Encik Md. Shukri Yusuf dan beberapa kakitangan pengurusan hotel. Dengan cara ini pihak pengurusan dapat menyatakan rasa terima kasih terhadap orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

20170531_233232

Program sebegini dapat mengeratkan silarturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti korporat seperti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat secara langsung.

Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, AnCasa Residences, Port Dickson menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Port Dickson pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa –  Kembara Iftar Di Port Dickson”.

20170603_152125

20170530_192418

Antara sajian  yang dihidangkan ialah Telur Itik Masak Lemak Belimbing, Ayam Panggang Percik Negeri, Asam Pedas Ikan dengan Bunga Kantan dan Daun Kesom, Daging Terutup, Gulai Kambing dan Kentang dan banyak lagi.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Moses Englu dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Semua pasti orang tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu untuk dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Residences, Port Dickson menggabungkan tema Kembara Iftar Di Port Dickson bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita.

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Sajian pemanis mulut seperti kuih muih Melayu, Bubur Kacang Hijau, Kastard Puding, Apam Balik dan bermacam jenis lagi yang akan membuat pencinta manisan mulut pasti kembali ke AnCasa Residences, Port Dickson.

Baucar dijual pada RM45 bersih untuk dewasa dan RM30 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 06-6627288  samb. #6.

AnCasa Residences, Port Dickson merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s