Program Amal AnCasa Royale Pekan


I am what I am………

18814200_611373495734352_4830851970630989291_n.jpg

Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya sehingga ia dikenali sebagai ‘penghulu segala bulan’.

AnCasa Royale, Pekan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Furqan seramai 19 orang dan Rumah Anak Yatim & Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar seramai 31 orang.

Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Antara tetamu-tetamu terhormat yang dijemput hadir ialah Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, YB. Dato’ Mohamad Faharuddin M Arif – Adun Bebar, YB Dato’ Sheikh Mohamed Puzi Bin Sheikh Ali – Adun Peramu Jaya dan beberapa tetamu lain.

18767724_611765059028529_8744407108977372131_n

18767895_611765169028518_1436329816729505826_n

18881854_611765175695184_3598301912457319466_n

18881733_611765715695130_2602141633482746553_n

18767845_611765439028491_6088813346013068021_n

Selain sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim, bubur lambuk juga diedarkan percuma sempena menyambut Ramadan. Bubur lambuk dimasak sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman di hotel ini. Mula mengedarkan bubur sekitar jam 5.00 petang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Puan Norlina Zubir dan beberapa kakitangan pengurusan hotel. Dengan cara ini pihak pengurusan dapat menyatakan rasa terima kasih terhadap orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

18922052_611765542361814_5793782178120210792_n

Program sebegini dapat mengeratkan silarturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti korporat seperti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat secara langsung.

Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, AnCasa Royale, Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Pekan, Pahang pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa –  Kembara Iftar Di Pekan, Pahang”.

Antara sajian  yang sememangnya popular di Pahang ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Opor Daging, Sup Tulang Kicap dan Sambal Hitam.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Mohd Hazlan yang merupakan Cef Sous Eksekutif, Cef Syed Badrul Hisham Syed Rudzlan selaku Cef Masakan Melayu dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Semua pasti orang tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu untuk dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Royale, Pekan menggabungkan tema Kembara Iftar Di Pekan, Pahang bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita.

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Sajian pemanis mulut seperti Kuih Talam, Lepat Pisang, Binka Ubi, Bubur Kacang Hijau, Puding Raja dan bermacam jenis lagi yang akan membuat pencinta manisan mulut pasti kembali ke AnCasa Royale, Pekan.

Dengan harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 09-4246600.

 AnCasa Royale Pekan merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s