Roti Oh Roti


I am what I am…….

Mamable suka makan roti potong-potong dicelup dengan teh tarik atau dicicah dengan kuah kari ayam atau ikan. Memang sedap tak terkata. Sebenarnya Mamable nak berkongsi cerita pasal roti. Ketika sedang membelek ‘Google Search’ baru Mamable perasan tidak banyak entri mengenai roti. Yang kerap kali keluar ialah resepi roti, jenis-jenis roti dan juga sejarah roti. Jangan terkejut kalau Mamable katakan roti bukan makanan yang baik untuk kita. Selama ini kita menganggap yang roti adalah snek yang terbaik untuk mengalas perut. Rupanya tidak. Roti merupakan makanan yang mengandungi yis yang boleh mengganggu perut kita dan menghasilkan gas sehingga membuatkan kita kembung. Kita mungkin akan kentut sepanjang hari kerana perut bertindakbalas dengan yis dalam sistem perut. Patutlah Mamable selalu terkentut kalau Mamable makan roti dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya semua makanan yang kita makan ada fungsi baik dan buruknya. Hanya kita sendiri kena pandai mengawal pengambilan makanan.

Berbalik cerita pasal roti. Dua hari menjelang bulan Ramadan yang lepas, Mamable berkesempatan merasa pelbagai jenis roti. Biasalahkan kalau bekerja dengan hospitaliti, kita sendiri kena menilai kualiti sesuatu produk yang baru sebelum kita menjualkan atau menghidangkan produk tersebut kepada pelanggan.

Jenis-jenis roti yang Mamable dapat rasa ialah :

Butter Croissant, Butter Croissant Cresent (Gipfel), Butter Croissant Closed, Wholemeal Croissant Mini, Green Tea Croissant Mini, Kaya Whirl, Cinnamon Whirl, Palmier Vanilla Chocolate, Pain Au Raisin, Chocolate Roll, Apple Strudel, Strawberry Lattice, Mango Lattice, Apple Turnover, Apple Lattice, Pineapple Bar, Twist Vanilla Chocolate, Rustico Roll, Ciabatta, Olive Ciabatta, Multigrain Roll, Foccacio Bun, Wholemeal Soft Bun, Multigrain Roll, Parisette Roll dan banyak lagi. Kesemua roti ini mempunyai tekstur yang lembut dan senang dikunyah. Walaupun dibiarkan terlalu lama terdedah, keadaan tekstur luaran dan dalaman roti-roti tersebut tetap lembut.

Croissant……mesti semua selalu nampak roti inikan? Tak kiralah di mana saja ia berada, di kedai roti ke pasaraya ke, semua orang mengenali roti croissant. Rupa-rupanya ada sejarah di sebalik roti croissant ini. Mamable dapat info pun daripada carian Google. Buat masa ini Mamable ketepikan dulu cerita sejarah mengenai roti croissant kerana sekarang Mamable nak berkongsi keenakkan Butter Croissant, Butter Croissant Cresent (Gipfel) dan Butter Croissant Closed. Roti butter Perancis yang rangup di luar dan empuk di dalam amat sesuai dihidangkan untuk minum petang. Merupakan croissant klasik yang dibuat dengan 100 peratus mentega untuk membuat lapisan luar keemasan dan lembut di dalamnya.

 

Image result for butter croissant
Butter Croissant. Gambar ini diambil dari Google.

 

Cinnamon Whirl merupakan roti dalam bentuk gulungan atau berpusar. Campuran bahan-bahan seperti serbuk kayu manis, tepung, gula dan marjerin. Sangat sesuai bagi mereka yang menggemari makanan yang manis. Jangan cakap kalau anda semua tak pernah makan atau tak pernah nampak.

Related image
Cinnamon Whirl. Gambar ini diambil dari Google.

Palmier Vanilla Chocolate dikatakan berasal dari Perancis. Sejenis pastri yang manis. Senang diolah mengikut citarasa kita sendiri. Juga amat sesuai digabungkan dengan rasberi, coklat dan vanila.

Image result for palmier vanilla chocolate chip
Palmier Vanilla Chocolate. Gambar ini diambil dari Google.

Pain Au Raisin merupakan sejenis croissant dengan kismis. Berbentuk siput.

Image result for pain au raisin recipe
Pain Au Raisin. Gambar ini diambil dari Google.

Olive Ciabatta merupakan sejenis roti dengan kerak berwarna keemasan dan berisi buah zaitun di dalamnya. Sesuai sebagai pembuka selera.

Image result for olive ciabatta
Olive Ciabatta. Gambar ini diambil dari Google.

Gambar-gambar di atas diambil daripada carian google. Banyak juga Mamable belajar mengenai roti, jenis roti dan asal usul roti. Rupanya roti adalah salah satu makanan tertua di dunia. Mamable ingat nasi rupanya tidak. Sejarah roti yang kononnya dari Mesir dan Mesopotamia mengambil masa hampir menjangkau 5,000 tahun bermula dengan zaman Mesir purba ke Zaman Besi, Zaman Roman dan Zaman Viking, seterusnya Revolusi Perindustrian hinggalah ke hari ini. Ini serba ringkas mengenai roti.

Ini diantara gambar-gambar yang Mamable ambil sewaktu sesi ‘food testing’.

 

20170526_123610
Green Tea Croissant Mini

 

20170526_123354
Plain Ring Doughnut, Doughnut Nob, Muffin & Ciabatta

 

20170526_123327
Ciabatta

 

20170526_123110
Plain Ring Doughnut, Doughnut Nob, Muffin

 

20170526_123022
Soft Bun

20170526_123001

20170526_122914

Pada mereka yang penggemar roti pastri seperti gambar-gambar di atas ini bolehlah datang sendiri ke AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur untuk mencuba sesuatu yang baru dari kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements
Gallery

Ini Raya Kami


I am what I am……..

25 Syawal 1438 – Mamable bernasib baik kerana masih berkesempatan untuk berkongsi cerita ‘Raya Kami 2017’ untuk semua. Mamable rasa tercabar juga bila terbaca entri dari blogger mengenai raya mereka. Ada juga blogger yang hanya meletakkan gambar beraya atau pergi ‘open house’ tanpa sebarang ayat atau keterangan di Facebook dan Instagram. Ini membuatkan pembaca boleh berinterprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen. Sudah menjadi asam garam kehidupan, isu utama sebelum menyambut hari lebaran ialah kesesakan lebuhraya, kesesakan orang ramai membeli belah di Jalan TAR, kenaikkan harga barang dan insiden kemalangan. Alhamdulillah kerana untuk tahun ini purata berlakunya kemalangan berkurangan daripada tahun-tahun sebelum ini.

Bagi Mamable sekeluarga, raya kali ini disambut dengan cara yang sederhana dan ringkas, yang paling penting kami bergembira dan dapat bersama dengan keluarga kedua-dua pihak. Pada tahun ini merupakan giliran beraya di kampung suami di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor.

Mamable seperti biasa mengambil cuti raya hampir 2 minggu dan cuti Mamable disimpan dengan baik selama ini hanya untuk kegunaan Hari Raya. Bukan tahun ini saja malahan tahun-tahun sebelum ini juga Mamable akan bercuti panjang. Kebanyakkan kakitangan Hotel AnCasa yang mengenali Mamable, sudah memahaminya. Paling Mamable tak sabar ialah menunggu duit raya daripada ‘Lady Boss’ iaitu Puan Uma. Berapa ringgit yang Mamable dapat biarlah ia menjadi rahsia. Hehehe….

No automatic alt text available.

Hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan, Papa telah membawa kami berbuka di Restoran Medan Selera Pintu Gerbang Amir di Kampung Bharu. Selepas selesai kami berbuka, Papa telah membawa kami ke Berjaya Times Square dan Night Bazaar @DU1A atau dikenali dengan Uptown Night Bazaar Dataran Usahawan 1Azam untuk membeli baju raya buat anak-anak yang amat kami sayangi. Biasalahkan budak-budak lebih teruja menyambut raya.

Bercerita mengenai ‘shopping’ ini yang menariknya tahun ini merupakan koleksi gaya ala Saloma, dengan rekaan yang beropol dan kembang di bahagian tangan. Fesyen raya dengan potongan peplum di bahagian pinggang juga menjadi trend untuk raya tahun ini. Jangan terkejut kalau Mamable katakan yang Mamable sempat membuat review di Jalan TAR selepas habis waktu bekerja. Dan dari sini juga rata-rata peniaga mengambil kesempatan untuk menjual baju raya berinspirasikan ala Saloma. Selain fesyen ala Saloma, fesyen raya persis kimono juga menarik perhatian Mamable. Rekaan baju raya persis kimono adalah berpotongan pendek atau digabungkan dengan ropol di lengan. Blausnya boleh dipadankan bersama seluar panjang. Jangan terkejut kalau Mamable katakan fesyen kebaya potongan klasik muncul kembali pada musim lebaran kali ini dan menjadi pilihan kebanyakan pemakai. Walaupun hadir dengan potongan klasik, rekaan kebaya diolah bagi tampak lebih ‘fresh’.

Image result for fesyen raya tahun 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – berinspirasikan ala Saloma

 

Lima trend popular bagi koleksi raya 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – blouse dengan potongan kimono

 

Lima trend popular bagi koleksi raya 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – fesyen kebaya, walaupun telah diolah tetapi masih tetap nampak klasik

 

 

 

Sehari sebelum beraya, Mamable seperti juga wanita-wanita lain akan berada di dapur selama satu hari. Seperti tahun-tahun yang sudah, Mamable akan ke pasar membeli barang-barang untuk memasak Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Ayam Masak Kicap dan Lodeh. Ini adalah menu raya yang sama setiap tahun. Dan ia akan kekal hingga ke anak cucu. Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, anak-anak Mamable turut membantu Mamable memasak. Ika dengan memotong daging, bawang dan menggoreng ayam. Manakala Ila pula menggoreng kacang dan menumbuknya. Ikin menyediakan bahan-bahan untuk memasak Lodeh. Dengan bantuan daripada mereka, tanggapan Mamable memasak untuk satu hari telah bertukar menjadi 1/2 hari. Mamable terharu dan tersentuh.

Pada hari raya pertama Mamable memakai baju raya persis kimono berwarna coklat emas dipadankan dengan shawl hitam. Baju ini adalah pemberian daripada Puan Uma untuk majlis perasmian berbuka puasa bersama anak-anak yatim iaitu acara tahunan hotel. Papa pula dengan baju raya tahun lepas iaitu kurta lelaki yang masih elok dipakai dan nampak baru dipadankan dengan seluar khakis warna hitam. Anak-anak pula jangan cakaplah. Ada yang berkebaya dan ada yang bergaya dengan cara moden. Mamable malas nak komen bab berfesyen dengan gaya moden. Yang penting pada tahun ini kami beraya secara sederhana dan tidak membazir. Apa yang ada dan masih elok dipakai, kami pakai. Faham-faham sudah dengan ekonomi Malaysia sekarang ini. Berbelanja biarlah berpada-pada. Tak sampai cukup bulan, duit dah habis menggigit jarilah kita sambil menghitung hari.

18893131_1556933687684321_1597129400506741439_n

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and indoor
Inilah baju raya Mamable – ala kimono

 

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Baju raya Papa – Kurta. Ini gambar raya tahun lepas. Guna pakai balik baju kurta untuk raya tahun ini. 

 

 

Menjadi kewajipan kita bersembahyang sunat hari raya, bermaaf-maafan dan bersarapan bersama-sama dengan juadah yang dihidangkan seperti Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Kicap, Kuah Kacang, Nasi Impit dan Kuah Lodeh. Kami bergerak balik ke Felda Pemanis 2, Segamat, Johor pada waktu petang selepas kami beraya dengan keluarga dan sanak saudara di Ampang. Semasa dalam perjalanan kami paling tak sabar menunggu lagu raya. Nak ambil mood raya balik kampung, kenalah ada lagu raya dan nyanyi sekali dalam kereta. Barulah mood raya datang bertingkat-tingkat! . Kami sempat berhenti minum dan makan di Gemencheh, Negeri Sembilan. Sampai di Felda Pemanis lebih kurang pada pukul 10.00 malam. Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 1 person, smiling

20170626_091145

Dah jadi kemestian bergambar dengan famili dan berselfie. Meriah kalau balik kampung Papa, walaupun Angah sekeluarga dan Zahir bersama isteri tidak dapat bersama beraya tahun ini, tetapi suasana riuh dengan jerit anak-anak saudara yang ligat berlari ke sana dan ke sini.

Raya kedua Mamable mestilah masuk dapur menolong mak mertua dan adik beradik ipar duai memasak. Dah macam nak buat kenduri. Lepas memasak Mamable cari bantal tandanya ‘surrender’ angkat tangan. Berehat sebentar sementara bersiap nak beraya ke rumah saudara di Jementah, Johor.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 8 people, people smiling

Image may contain: 15 people, people smiling

Keesokkannya pada hari raya ketiga, pagi-pagi lagi Mamable dan yang lain masuk dapur untuk menyiapkan hidangan buat saudara mara datang beraya. Yang datangnya bukan sikit tetapi satu bas. Memang terkejut Mamable dibuatnya. Meriah itu saja yang Mamable dapat ungkapkan. Lebih kurang lepas zohor barulah mereka balik dan giliran kami sekeluarga makan bersama. Hanya masa raya saja kami dapat berkumpul, bergurau dan makan bersama. Pada malam itu juga, kami bergerak balik ke Kuala Lumpur kerana pada keesokkannya Papa dah mula bekerja. Tetapi tidak bagi Mamable dan anak-anak kerana kami masih bercuti raya. Dengan kesempatan yang ada, Mamable menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dan berehat sepuas-puasnya.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Mamable pinjam gambar daripada Facebook Zar Zara (Adik Ipar)

 

 

 

 

 

Di sini Mamable ingin berkongsi bersama-sama rakan Mamable iaitu aktiviti raya kami. Mamable juga ada berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook dan Instagram.

 

raya 1
Raya pertama kami

 

Raya ke 2 kami

 

raya 3
Raya ke 3 kami

 

Raya ke 4 kami

 

raya 5
Raya ke 5 kami

 

 

raya 6
Raya ke 6 kami

 

 

raya 7
Raya ke 7 kami

 

 

raya 8
Raya ke 8 kami

 

 

raya 9
Raya ke 9 kami

 

 

raya 10
Raya ke 10 kami

 

raya 11
Raya ke 11 kami

 

 

 

raya 12
Raya ke 12 kami

 

 

raya 13
Raya ke 13 kami

 

 

raya 16
Raya ke 16 kami

 

 

raya 17
Raya ke 17 kami

 

 

raya 20
Raya ke 20 kami

Inilah raya kami untuk tahun ini.

 

 

Gallery

Ampang Kini Dan Sekarang


I am what I am…….

Ada apa di Ampang? Ramai yang mempersoalkan apa yang menarik di Ampang. Di sini Mamable ingin bercerita serba sedikit mengenai Ampang. Walaupun ramai yang tahu mengenai Ampang tetapi jangan lupa kita sebagai manusia kadang kala ada pelupanya.

Jom kita kenali Ampang dengan lebih dekat – Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja.

Sejarah Ampang – Ampang berasal dari perkataan “ampangan” bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini. Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan yang kini dikenali (Taman Rimba Ampang) hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan ’empangan’ menjadi ‘ampang’. Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana dibangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah perantau dari negeri luar seperti daripada Kedah, Perak, Kelantan, Johor serta minoriti yang lain daripada keturunan Bugis dari Sumatera.

Petikan di atas Mamable ambil sebagai rujukan dari Wikipedia. Ini adalah sebahagian sahaja mengenai sejarah Ampang yang Mamable boleh kongsikan bersama. Takut nanti ada yang bosan membaca blog Mamable. Yang paling penting di sini, Mamable bangga menjadi anak Ampang.

Kini pada tahun 2017, Ampang membangun dengan pesat dan  maju sejajar dengan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur. Kenapa Mamable berkata begitu??? Mengapa dan kenapa tidak…sebab Ampang yang terletak di negeri Selangor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden. Kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian tinggi, stesen LRT, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain. Ini baru kemudahan belum lagi tempat-tempat pelancongan.

 

Image result for gambar bandar ampang
Deretan kedai-kedai lama masih ada hingga kini

Jangan kata Ampang tak ada tempat-tempat yang cantik untuk dilawati. Jawapannya ADA. Seperti Zoo Negara, Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang), Air Terjun Batu Asah (Kemensah, Ulu Kelang), Kelab Golf Darul Ehsan, Empangan Klang Gates, Bukit Ampang, Bukit Saga, Tasik Ampang Hilir, trek jogging Taman TAR (kawasan tumpuan monyet dan babun) dan ada beberapa tempat yang mungkin Mamable terlepas pandang.

Zoo Negara – semua orang tahu apa itu Zoo Negara. Di mana letaknya Zoo Negara? Betul tak. Zoo Negara sekarang lebih cantik, bersih dan banyak kemudahan disediakan berbanding Zoo Negara yang dulu.

Image may contain: 5 people

Image may contain: 3 people
Tahun 2009 kami bergambar di hadapan pintu masuk Zoo Negara.

Image may contain: 2 people

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people

Image may contain: 2 people

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang) – Siapa pernah pergi Bukit Belacan? Mamable jangan cakaplah, dulu masa Mamable muda remaja, setiap kali hujung minggu Mamable dan adik-beradik Mamable pastikan akan ke sini. Rendamkan badan dalam airnya yang sejuk amat. Ohh segar rasanya. Kalau nak tahu, Taman Rimba Ampang ini sebenarnya terletak di dalam Hutan Simpan Ampang. Menjadi tumpuan para pelancong atau pencinta alam untuk membuat kajian, berkhemah dan memburung. Tetapi kini Taman Rimba Ampang hanya tinggal nama. Kerana kerakusan pembangunan Taman Rimba Ampang terkena kesannya. Tiada lagi kedengaran bunyi aliran sungai dan hilang sudah kehijauan hutan simpan.

Image may contain: 4 people
Gambar lama Mamable bersama anak-anak. Inilah Bukit Belacan pada tahun 2008.
Image may contain: 4 people
Padang permainan yang disediakan di dalam Bukit Belacan.
Image may contain: 2 people
Air yang jernih dan sejuk. Suasana nyaman.
Image may contain: 4 people
Abaikan Mamable. Cuba tengok kejernihan air sungai Bukit Belacan.
Image may contain: 3 people
Hanya gambar sebagai kenangan. Kini tiada lagi Bukit Belacan.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people
Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang) menjadi tumpuan kami adik-beradik di hujung minggu.

Air Terjun Batu Asah  – Atau orang Ampang panggil Air Terjun Kemensah merupakan kawasan perkelahan semula jadi yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang. Kawasan ini diusahakan oleh penduduk tempatan. Berhampiran air terjun ni terdapat pusat tahfiz, perkampungan orang asli, dusun buah buahan, kolam ternakan air tawar, Kem Isi Rimba dan tempat permainan paintball.

Image result for air terjun batu asah kemensah
Mamable pinjam gambar dari Google.

Kelab Darul Ehsan (KDE) – Terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Ampang. Ia dikatakan antara padang golf sembilan lubang yang terkenal. Padang golf ini dibina pada awalnya untuk kemudahan bagi penduduk perumahan di taman itu. Sebuah kelab rekreasi yang dikelilingi kawasan perumahan. Lokasinya tidak jauh daripada jalan MRR2. Suasana di sini jangan cakaplah, sejuk dan nyaman kerana dikelilingi dengan hutan menghijau.

Image result for kelab darul ehsan ampang
Mamable pinjam gambar dari Google.
Image result for kelab darul ehsan ampang
Mamable pinjam gambar dari Google.

Empangan Klang Gates – Sebuah empangan di Gombak, Selangor yang merentangi Sungai Kelang. Empangan tertua di Malaysia ini dibuka pada 1958 sebagai salah satu projek dari Projek Nasional Malaysia. Selain sebagai empangan, lebihan dari tadahan air di sini akan disalurkan kawasan rekreasi Klang Gate. Empangan ini bukan asing lagi pada mereka pernah bermandi-manda di sini bersama kawan-kawan di era 90an dulu.

Image result for empangan klang gate
Mamable pinjam gambar dari Google.
Image result for empangan klang gate
Mamable pinjam gambar dari Google.

Taman Tasik Ampang Hilir – Taman ini terletak berseblahan dengan MRR2 dan Pusat Membeli Belah Ampang Point. Suasana yang sememangnya aman dan damai membuatkan ramai pengunjung datang ke taman ini. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Taman ini adalah di bawah kendalian dan seliaan DBKL.

Image result for taman tasik ampang hilir
Mamable pinjam gambar dari Google.

Bukit Ampang – Terletak di Jalan Hulu Langat sememangnya tempat ini popular dan dikenali ramai. Lokasi ini menjadi tumpuan warga kota pada hujung minggu yang ingin bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam. Terdapat banyak gerai dibuka dengan menghidangkan pelbagai minum panas dan sejuk, makanan yang simple seperti stim boat, burger, char koew teow, nasi lemak dan sebagainya. Sebenarnya bab-bab makan dan minum tak penting yang penting ialah menikmati pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam. Seperti ia dikelilingi butiran emas. Memang cantik. Sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan tekanan di tempat kerja.

20170520_001351
Salah satu gambar yang Mamable ambil. Bolehlah

Bukit Saga – Mamable mengenali Bukit Saga melalui aktiviti ‘hiking’ yang dianjurkan oleh AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Salah satu aktiviti khusus untuk kakitangan hospitaliti. ‘Hiking’ merupakan aktiviti pertama kali bagi Mamable. Bukit ni terletak di kawasan perumahan Taman Saga, Ampang. Ketinggian bukit ni lebih kurang 402 meter dari aras laut. Laluan yang mencabar bagi pendaki baru seperti Mamable. Sampai nak semput pun ada, dengan semangat yang kuat akhirnya Mamable sampai juga di Saga Hill Top. Bukan di sini pengakhiran bagi Bukit Saga. Bagi mereka yang sememangnya kaki pendaki, mereka bolehlah meneruskan perjalanan ke arah Air Terjun Sungai Putih. Di puncak Bukit Saga ni dijaga dengan baik oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk senaman dan beristirehat. Terdapat juga bekalan air kosong disediakan secara percuma.

Image may contain: 3 people

 

Image may contain: 4 people
Tahun 2016 – Pertama kali Mamable ‘hiking’

 

Tak sangka Mamable, Ampang mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Tempat-tempat seperti ini memang sesuai untuk dijadikan review atau kajian pada mereka yang baru belajar nak menjadi blogger. Blogger pingitan seperti Mamable ini. Nak pergi tempat yang jauh memerlukan modal yang banyak dan nama ‘Mamable’ masih baru dan ramai yang belum mengenali Mamable. Nama belum ‘branding’ lagi. Sebab itulah dengan peluang yang ada Mamable membuat review sambil keluar bersama keluarga atau rakan-rakan.

Cerita dari Mamable bukan hanya sampai di sini. Nantikan cerita terbaru dari Mamable.

 

 

 

 

Gallery

Boost Juice Bars Gaya Hidup Sihat Yang Mudah Dan Murah


Source: Boost Juice Bars Gaya Hidup Sihat Yang Mudah Dan Murah

Boost Juice Bars Gaya Hidup Sihat Yang Mudah Dan Murah

Boost Juice Bars Gaya Hidup Sihat Yang Mudah Dan Murah


I am what I am……..

Mama nak Boost tak, Ika belanja….

20170607_204456

Rupa-rupanya ‘Boost’ yang selalu disebut oleh Ika ialah salah satu minuman yang berkhasiat. Pertama kali merasai Boost Juice ini semasa bershopping dengan Ika di Times Square , Kuala Lumpur dua bulan yang lepas. Produk minuman kesihatan ini juga sudah lama bertapak di Malaysia. Boost Juice Bars merupakan perniagaan francais. Ini telah membuktikan budak-budak zaman sekarang lebih pandai dan lebih tahu dengan kehadiran produk-produk baru seperti ini. Dengan zaman berteknologi moden, persaingan hebat daripada bermacam jenis jenama minuman berkhasiat dan cara pemikiran Generasi Y masakini, Dr. Soraya R. Ramli yang memperkenalkan produk minuman berkhasiat ini Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beraninya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Boost Juice Bars amat bersesuaian dengan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana masyarakat Malaysia sekarang lebih mementingkan kesihatan yang ideal dan mudah. Ingin ketahui apa itu ‘gaya hidup sihat’?

Image result for bersenam

‘Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita’. Selari dengan falsafah Boost, ‘Sayangi Hidup & Kekal Sihat’.

Perkenalan Pertama Mamable dengan Boost Juice Bars (Boost)

Boost Juice Bars (Boost) khusus menyajikan minuman berasaskan buah-buahan. Menu yang disediakan adalah dengan bantuan pemakanan, 98 peratus bebas lemak, tanpa gula tambahan dan bebas perisa tiruan atau pewarna.

Image result for boost juice bars malaysia menu 2017

Apa yang menarik mengenai Boost Juice Bars ini ialah semua jus dan smoothie sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tidak menggunakan perisa tambahan, bahan awet, pewarna dan tiada gula atau air. Bukan sahaja minuman ini berkhasiat malahan juga rasanya yang sedap dan segar. Selain itu, minuman ini hanya menggunakan buah-buahan terbaik seperti lobak merah Australia dan bukannya lobak merah China yang rendah mutunya dan semua smoothie mengandungi yogurt TD4 yang dipaten dan diimport dari Australia. Ia mengandungi kultur hidup yang baik dan amat sesuai untuk penghadaman.

Kita juga boleh menikmati pilihan jus-jus tempatan pada harga yang lebih rendah jika mereka menghasilkan campuran jus sendiri menggunakan buah-buahan tempatan seperti tembikai. Juga terdapat pilihan makanan Boost Food seperti wrap berkhasiat dan sandwich, buah-buahan potong yang segar, juga snek seperti Wonder Bar, Roti Pisang dan Kek Lobak yang rendah lemak.

 

Related image
Wonder Bar Boost

 

Image result for banana bread boost
Banana Bread Boost
dscf6978.jpg
Carrot Cake Boost

 

 

 

Image result for boost juice bars malaysia menu 2017

Boost Juice Bars Yang Popular Dikalangan Rakyat Malaysia 

Image result for all berry bang boost
All Berry Bang – strawberri, rasberri, bluberri, jus epal, strawberri TD4 yogurt & ais
Image result for boost juice mango magic
Mango Magic – mangga, pisang, mangga madu, vanilla TD4 yogart & ais
Related image
Strawberry Squeeze – strawberri, pisang, jus epal, strawberri TD4 yogurt & ais
Image result for banana buzz boost
Banana Buzz – pisang, madu, susu rendah lemak atau soya, vanilla TD4 yogart & ais
Image result for soraya's favourite boost
Soraya’s Favourite – mangga, teh hijau, mangga madu, vanilla TD4 yogart, sorbet & ais.

.

Image result for superfruit smoothie boost

Image result for watermelon lychee crush boost
Watermelon Lychee Crush – jus tembikai, laici, sorbet & ais
Image result for berry crush boost
Berry Crush – rasberri, strawberri, bluberri, jus epal, sorbet & ais
Related image
Mang Tango Crush Boost

 

Image result for passion mango boost
Passion Mango – mangga, markisa, susu rendah lemak atau soya, vanilla TD4 yogart, sorbet & ais

20170607_204417

Boost Juice Bars – Our promise to you

Make fresh and nutritious juices and smoothies that taste great. Only ever use the very best quality ingredients. never use any nasties. Be on the lookout for new ways to make being healthy easy. Always deliver amazingly friendly service. Give you a reason to smile.

Image result for email symbol boostjuicebars.com.my

Image result for facebook symbol boostmalaysia

Image result for instagram symbol myboostjuice

Image result for website symbol

http://www.boostjuicebars.com.my

Gallery