Ampang Kini Dan Sekarang


I am what I am…….

Ada apa di Ampang? Ramai yang mempersoalkan apa yang menarik di Ampang. Di sini Mamable ingin bercerita serba sedikit mengenai Ampang. Walaupun ramai yang tahu mengenai Ampang tetapi jangan lupa kita sebagai manusia kadang kala ada pelupanya.

Jom kita kenali Ampang dengan lebih dekat – Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja.

Sejarah Ampang – Ampang berasal dari perkataan “ampangan” bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini. Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan yang kini dikenali (Taman Rimba Ampang) hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan ’empangan’ menjadi ‘ampang’. Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana dibangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah perantau dari negeri luar seperti daripada Kedah, Perak, Kelantan, Johor serta minoriti yang lain daripada keturunan Bugis dari Sumatera.

Petikan di atas Mamable ambil sebagai rujukan dari Wikipedia. Ini adalah sebahagian sahaja mengenai sejarah Ampang yang Mamable boleh kongsikan bersama. Takut nanti ada yang bosan membaca blog Mamable. Yang paling penting di sini, Mamable bangga menjadi anak Ampang.

Kini pada tahun 2017, Ampang membangun dengan pesat dan  maju sejajar dengan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur. Kenapa Mamable berkata begitu??? Mengapa dan kenapa tidak…sebab Ampang yang terletak di negeri Selangor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden. Kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian tinggi, stesen LRT, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain. Ini baru kemudahan belum lagi tempat-tempat pelancongan.

 

Image result for gambar bandar ampang
Deretan kedai-kedai lama masih ada hingga kini

Jangan kata Ampang tak ada tempat-tempat yang cantik untuk dilawati. Jawapannya ADA. Seperti Zoo Negara, Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang), Air Terjun Batu Asah (Kemensah, Ulu Kelang), Kelab Golf Darul Ehsan, Empangan Klang Gates, Bukit Ampang, Bukit Saga, Tasik Ampang Hilir, trek jogging Taman TAR (kawasan tumpuan monyet dan babun) dan ada beberapa tempat yang mungkin Mamable terlepas pandang.

Zoo Negara – semua orang tahu apa itu Zoo Negara. Di mana letaknya Zoo Negara? Betul tak. Zoo Negara sekarang lebih cantik, bersih dan banyak kemudahan disediakan berbanding Zoo Negara yang dulu.

Image may contain: 5 people

Image may contain: 3 people
Tahun 2009 kami bergambar di hadapan pintu masuk Zoo Negara.

Image may contain: 2 people

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people

Image may contain: 2 people

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang) – Siapa pernah pergi Bukit Belacan? Mamable jangan cakaplah, dulu masa Mamable muda remaja, setiap kali hujung minggu Mamable dan adik-beradik Mamable pastikan akan ke sini. Rendamkan badan dalam airnya yang sejuk amat. Ohh segar rasanya. Kalau nak tahu, Taman Rimba Ampang ini sebenarnya terletak di dalam Hutan Simpan Ampang. Menjadi tumpuan para pelancong atau pencinta alam untuk membuat kajian, berkhemah dan memburung. Tetapi kini Taman Rimba Ampang hanya tinggal nama. Kerana kerakusan pembangunan Taman Rimba Ampang terkena kesannya. Tiada lagi kedengaran bunyi aliran sungai dan hilang sudah kehijauan hutan simpan.

Image may contain: 4 people
Gambar lama Mamable bersama anak-anak. Inilah Bukit Belacan pada tahun 2008.
Image may contain: 4 people
Padang permainan yang disediakan di dalam Bukit Belacan.
Image may contain: 2 people
Air yang jernih dan sejuk. Suasana nyaman.
Image may contain: 4 people
Abaikan Mamable. Cuba tengok kejernihan air sungai Bukit Belacan.
Image may contain: 3 people
Hanya gambar sebagai kenangan. Kini tiada lagi Bukit Belacan.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people
Bukit Belacan (Taman Rimba Ampang) menjadi tumpuan kami adik-beradik di hujung minggu.

Air Terjun Batu Asah  – Atau orang Ampang panggil Air Terjun Kemensah merupakan kawasan perkelahan semula jadi yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang. Kawasan ini diusahakan oleh penduduk tempatan. Berhampiran air terjun ni terdapat pusat tahfiz, perkampungan orang asli, dusun buah buahan, kolam ternakan air tawar, Kem Isi Rimba dan tempat permainan paintball.

Image result for air terjun batu asah kemensah
Mamable pinjam gambar dari Google.

Kelab Darul Ehsan (KDE) – Terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Ampang. Ia dikatakan antara padang golf sembilan lubang yang terkenal. Padang golf ini dibina pada awalnya untuk kemudahan bagi penduduk perumahan di taman itu. Sebuah kelab rekreasi yang dikelilingi kawasan perumahan. Lokasinya tidak jauh daripada jalan MRR2. Suasana di sini jangan cakaplah, sejuk dan nyaman kerana dikelilingi dengan hutan menghijau.

Image result for kelab darul ehsan ampang
Mamable pinjam gambar dari Google.
Image result for kelab darul ehsan ampang
Mamable pinjam gambar dari Google.

Empangan Klang Gates – Sebuah empangan di Gombak, Selangor yang merentangi Sungai Kelang. Empangan tertua di Malaysia ini dibuka pada 1958 sebagai salah satu projek dari Projek Nasional Malaysia. Selain sebagai empangan, lebihan dari tadahan air di sini akan disalurkan kawasan rekreasi Klang Gate. Empangan ini bukan asing lagi pada mereka pernah bermandi-manda di sini bersama kawan-kawan di era 90an dulu.

Image result for empangan klang gate
Mamable pinjam gambar dari Google.
Image result for empangan klang gate
Mamable pinjam gambar dari Google.

Taman Tasik Ampang Hilir – Taman ini terletak berseblahan dengan MRR2 dan Pusat Membeli Belah Ampang Point. Suasana yang sememangnya aman dan damai membuatkan ramai pengunjung datang ke taman ini. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Taman ini adalah di bawah kendalian dan seliaan DBKL.

Image result for taman tasik ampang hilir
Mamable pinjam gambar dari Google.

Bukit Ampang – Terletak di Jalan Hulu Langat sememangnya tempat ini popular dan dikenali ramai. Lokasi ini menjadi tumpuan warga kota pada hujung minggu yang ingin bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam. Terdapat banyak gerai dibuka dengan menghidangkan pelbagai minum panas dan sejuk, makanan yang simple seperti stim boat, burger, char koew teow, nasi lemak dan sebagainya. Sebenarnya bab-bab makan dan minum tak penting yang penting ialah menikmati pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam. Seperti ia dikelilingi butiran emas. Memang cantik. Sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan tekanan di tempat kerja.

20170520_001351
Salah satu gambar yang Mamable ambil. Bolehlah

Bukit Saga – Mamable mengenali Bukit Saga melalui aktiviti ‘hiking’ yang dianjurkan oleh AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Salah satu aktiviti khusus untuk kakitangan hospitaliti. ‘Hiking’ merupakan aktiviti pertama kali bagi Mamable. Bukit ni terletak di kawasan perumahan Taman Saga, Ampang. Ketinggian bukit ni lebih kurang 402 meter dari aras laut. Laluan yang mencabar bagi pendaki baru seperti Mamable. Sampai nak semput pun ada, dengan semangat yang kuat akhirnya Mamable sampai juga di Saga Hill Top. Bukan di sini pengakhiran bagi Bukit Saga. Bagi mereka yang sememangnya kaki pendaki, mereka bolehlah meneruskan perjalanan ke arah Air Terjun Sungai Putih. Di puncak Bukit Saga ni dijaga dengan baik oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk senaman dan beristirehat. Terdapat juga bekalan air kosong disediakan secara percuma.

Image may contain: 3 people

 

Image may contain: 4 people
Tahun 2016 – Pertama kali Mamable ‘hiking’

 

Tak sangka Mamable, Ampang mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Tempat-tempat seperti ini memang sesuai untuk dijadikan review atau kajian pada mereka yang baru belajar nak menjadi blogger. Blogger pingitan seperti Mamable ini. Nak pergi tempat yang jauh memerlukan modal yang banyak dan nama ‘Mamable’ masih baru dan ramai yang belum mengenali Mamable. Nama belum ‘branding’ lagi. Sebab itulah dengan peluang yang ada Mamable membuat review sambil keluar bersama keluarga atau rakan-rakan.

Cerita dari Mamable bukan hanya sampai di sini. Nantikan cerita terbaru dari Mamable.

 

 

 

 

Leave a comment