Ini Raya Kami


I am what I am……..

25 Syawal 1438 – Mamable bernasib baik kerana masih berkesempatan untuk berkongsi cerita ‘Raya Kami 2017’ untuk semua. Mamable rasa tercabar juga bila terbaca entri dari blogger mengenai raya mereka. Ada juga blogger yang hanya meletakkan gambar beraya atau pergi ‘open house’ tanpa sebarang ayat atau keterangan di Facebook dan Instagram. Ini membuatkan pembaca boleh berinterprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen. Sudah menjadi asam garam kehidupan, isu utama sebelum menyambut hari lebaran ialah kesesakan lebuhraya, kesesakan orang ramai membeli belah di Jalan TAR, kenaikkan harga barang dan insiden kemalangan. Alhamdulillah kerana untuk tahun ini purata berlakunya kemalangan berkurangan daripada tahun-tahun sebelum ini.

Bagi Mamable sekeluarga, raya kali ini disambut dengan cara yang sederhana dan ringkas, yang paling penting kami bergembira dan dapat bersama dengan keluarga kedua-dua pihak. Pada tahun ini merupakan giliran beraya di kampung suami di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor.

Mamable seperti biasa mengambil cuti raya hampir 2 minggu dan cuti Mamable disimpan dengan baik selama ini hanya untuk kegunaan Hari Raya. Bukan tahun ini saja malahan tahun-tahun sebelum ini juga Mamable akan bercuti panjang. Kebanyakkan kakitangan Hotel AnCasa yang mengenali Mamable, sudah memahaminya. Paling Mamable tak sabar ialah menunggu duit raya daripada ‘Lady Boss’ iaitu Puan Uma. Berapa ringgit yang Mamable dapat biarlah ia menjadi rahsia. Hehehe….

No automatic alt text available.

Hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan, Papa telah membawa kami berbuka di Restoran Medan Selera Pintu Gerbang Amir di Kampung Bharu. Selepas selesai kami berbuka, Papa telah membawa kami ke Berjaya Times Square dan Night Bazaar @DU1A atau dikenali dengan Uptown Night Bazaar Dataran Usahawan 1Azam untuk membeli baju raya buat anak-anak yang amat kami sayangi. Biasalahkan budak-budak lebih teruja menyambut raya.

Bercerita mengenai ‘shopping’ ini yang menariknya tahun ini merupakan koleksi gaya ala Saloma, dengan rekaan yang beropol dan kembang di bahagian tangan. Fesyen raya dengan potongan peplum di bahagian pinggang juga menjadi trend untuk raya tahun ini. Jangan terkejut kalau Mamable katakan yang Mamable sempat membuat review di Jalan TAR selepas habis waktu bekerja. Dan dari sini juga rata-rata peniaga mengambil kesempatan untuk menjual baju raya berinspirasikan ala Saloma. Selain fesyen ala Saloma, fesyen raya persis kimono juga menarik perhatian Mamable. Rekaan baju raya persis kimono adalah berpotongan pendek atau digabungkan dengan ropol di lengan. Blausnya boleh dipadankan bersama seluar panjang. Jangan terkejut kalau Mamable katakan fesyen kebaya potongan klasik muncul kembali pada musim lebaran kali ini dan menjadi pilihan kebanyakan pemakai. Walaupun hadir dengan potongan klasik, rekaan kebaya diolah bagi tampak lebih ‘fresh’.

Image result for fesyen raya tahun 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – berinspirasikan ala Saloma

 

Lima trend popular bagi koleksi raya 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – blouse dengan potongan kimono

 

Lima trend popular bagi koleksi raya 2017
Mamable menggunakan gambar dari Google – fesyen kebaya, walaupun telah diolah tetapi masih tetap nampak klasik

 

 

 

Sehari sebelum beraya, Mamable seperti juga wanita-wanita lain akan berada di dapur selama satu hari. Seperti tahun-tahun yang sudah, Mamable akan ke pasar membeli barang-barang untuk memasak Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Ayam Masak Kicap dan Lodeh. Ini adalah menu raya yang sama setiap tahun. Dan ia akan kekal hingga ke anak cucu. Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, anak-anak Mamable turut membantu Mamable memasak. Ika dengan memotong daging, bawang dan menggoreng ayam. Manakala Ila pula menggoreng kacang dan menumbuknya. Ikin menyediakan bahan-bahan untuk memasak Lodeh. Dengan bantuan daripada mereka, tanggapan Mamable memasak untuk satu hari telah bertukar menjadi 1/2 hari. Mamable terharu dan tersentuh.

Pada hari raya pertama Mamable memakai baju raya persis kimono berwarna coklat emas dipadankan dengan shawl hitam. Baju ini adalah pemberian daripada Puan Uma untuk majlis perasmian berbuka puasa bersama anak-anak yatim iaitu acara tahunan hotel. Papa pula dengan baju raya tahun lepas iaitu kurta lelaki yang masih elok dipakai dan nampak baru dipadankan dengan seluar khakis warna hitam. Anak-anak pula jangan cakaplah. Ada yang berkebaya dan ada yang bergaya dengan cara moden. Mamable malas nak komen bab berfesyen dengan gaya moden. Yang penting pada tahun ini kami beraya secara sederhana dan tidak membazir. Apa yang ada dan masih elok dipakai, kami pakai. Faham-faham sudah dengan ekonomi Malaysia sekarang ini. Berbelanja biarlah berpada-pada. Tak sampai cukup bulan, duit dah habis menggigit jarilah kita sambil menghitung hari.

18893131_1556933687684321_1597129400506741439_n

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and indoor
Inilah baju raya Mamable – ala kimono

 

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Baju raya Papa – Kurta. Ini gambar raya tahun lepas. Guna pakai balik baju kurta untuk raya tahun ini. 

 

 

Menjadi kewajipan kita bersembahyang sunat hari raya, bermaaf-maafan dan bersarapan bersama-sama dengan juadah yang dihidangkan seperti Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Kicap, Kuah Kacang, Nasi Impit dan Kuah Lodeh. Kami bergerak balik ke Felda Pemanis 2, Segamat, Johor pada waktu petang selepas kami beraya dengan keluarga dan sanak saudara di Ampang. Semasa dalam perjalanan kami paling tak sabar menunggu lagu raya. Nak ambil mood raya balik kampung, kenalah ada lagu raya dan nyanyi sekali dalam kereta. Barulah mood raya datang bertingkat-tingkat! . Kami sempat berhenti minum dan makan di Gemencheh, Negeri Sembilan. Sampai di Felda Pemanis lebih kurang pada pukul 10.00 malam. Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 1 person, smiling

20170626_091145

Dah jadi kemestian bergambar dengan famili dan berselfie. Meriah kalau balik kampung Papa, walaupun Angah sekeluarga dan Zahir bersama isteri tidak dapat bersama beraya tahun ini, tetapi suasana riuh dengan jerit anak-anak saudara yang ligat berlari ke sana dan ke sini.

Raya kedua Mamable mestilah masuk dapur menolong mak mertua dan adik beradik ipar duai memasak. Dah macam nak buat kenduri. Lepas memasak Mamable cari bantal tandanya ‘surrender’ angkat tangan. Berehat sebentar sementara bersiap nak beraya ke rumah saudara di Jementah, Johor.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 8 people, people smiling

Image may contain: 15 people, people smiling

Keesokkannya pada hari raya ketiga, pagi-pagi lagi Mamable dan yang lain masuk dapur untuk menyiapkan hidangan buat saudara mara datang beraya. Yang datangnya bukan sikit tetapi satu bas. Memang terkejut Mamable dibuatnya. Meriah itu saja yang Mamable dapat ungkapkan. Lebih kurang lepas zohor barulah mereka balik dan giliran kami sekeluarga makan bersama. Hanya masa raya saja kami dapat berkumpul, bergurau dan makan bersama. Pada malam itu juga, kami bergerak balik ke Kuala Lumpur kerana pada keesokkannya Papa dah mula bekerja. Tetapi tidak bagi Mamable dan anak-anak kerana kami masih bercuti raya. Dengan kesempatan yang ada, Mamable menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dan berehat sepuas-puasnya.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Mamable pinjam gambar daripada Facebook Zar Zara (Adik Ipar)

 

 

 

 

 

Di sini Mamable ingin berkongsi bersama-sama rakan Mamable iaitu aktiviti raya kami. Mamable juga ada berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook dan Instagram.

 

raya 1
Raya pertama kami

 

Raya ke 2 kami

 

raya 3
Raya ke 3 kami

 

Raya ke 4 kami

 

raya 5
Raya ke 5 kami

 

 

raya 6
Raya ke 6 kami

 

 

raya 7
Raya ke 7 kami

 

 

raya 8
Raya ke 8 kami

 

 

raya 9
Raya ke 9 kami

 

 

raya 10
Raya ke 10 kami

 

raya 11
Raya ke 11 kami

 

 

 

raya 12
Raya ke 12 kami

 

 

raya 13
Raya ke 13 kami

 

 

raya 16
Raya ke 16 kami

 

 

raya 17
Raya ke 17 kami

 

 

raya 20
Raya ke 20 kami

Inilah raya kami untuk tahun ini.

 

 

2 thoughts on “Ini Raya Kami

Leave a comment