Roti Oh Roti


I am what I am…….

Mamable suka makan roti potong-potong dicelup dengan teh tarik atau dicicah dengan kuah kari ayam atau ikan. Memang sedap tak terkata. Sebenarnya Mamable nak berkongsi cerita pasal roti. Ketika sedang membelek ‘Google Search’ baru Mamable perasan tidak banyak entri mengenai roti. Yang kerap kali keluar ialah resepi roti, jenis-jenis roti dan juga sejarah roti. Jangan terkejut kalau Mamable katakan roti bukan makanan yang baik untuk kita. Selama ini kita menganggap yang roti adalah snek yang terbaik untuk mengalas perut. Rupanya tidak. Roti merupakan makanan yang mengandungi yis yang boleh mengganggu perut kita dan menghasilkan gas sehingga membuatkan kita kembung. Kita mungkin akan kentut sepanjang hari kerana perut bertindakbalas dengan yis dalam sistem perut. Patutlah Mamable selalu terkentut kalau Mamable makan roti dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya semua makanan yang kita makan ada fungsi baik dan buruknya. Hanya kita sendiri kena pandai mengawal pengambilan makanan.

Berbalik cerita pasal roti. Dua hari menjelang bulan Ramadan yang lepas, Mamable berkesempatan merasa pelbagai jenis roti. Biasalahkan kalau bekerja dengan hospitaliti, kita sendiri kena menilai kualiti sesuatu produk yang baru sebelum kita menjualkan atau menghidangkan produk tersebut kepada pelanggan.

Jenis-jenis roti yang Mamable dapat rasa ialah :

Butter Croissant, Butter Croissant Cresent (Gipfel), Butter Croissant Closed, Wholemeal Croissant Mini, Green Tea Croissant Mini, Kaya Whirl, Cinnamon Whirl, Palmier Vanilla Chocolate, Pain Au Raisin, Chocolate Roll, Apple Strudel, Strawberry Lattice, Mango Lattice, Apple Turnover, Apple Lattice, Pineapple Bar, Twist Vanilla Chocolate, Rustico Roll, Ciabatta, Olive Ciabatta, Multigrain Roll, Foccacio Bun, Wholemeal Soft Bun, Multigrain Roll, Parisette Roll dan banyak lagi. Kesemua roti ini mempunyai tekstur yang lembut dan senang dikunyah. Walaupun dibiarkan terlalu lama terdedah, keadaan tekstur luaran dan dalaman roti-roti tersebut tetap lembut.

Croissant……mesti semua selalu nampak roti inikan? Tak kiralah di mana saja ia berada, di kedai roti ke pasaraya ke, semua orang mengenali roti croissant. Rupa-rupanya ada sejarah di sebalik roti croissant ini. Mamable dapat info pun daripada carian Google. Buat masa ini Mamable ketepikan dulu cerita sejarah mengenai roti croissant kerana sekarang Mamable nak berkongsi keenakkan Butter Croissant, Butter Croissant Cresent (Gipfel) dan Butter Croissant Closed. Roti butter Perancis yang rangup di luar dan empuk di dalam amat sesuai dihidangkan untuk minum petang. Merupakan croissant klasik yang dibuat dengan 100 peratus mentega untuk membuat lapisan luar keemasan dan lembut di dalamnya.

 

Image result for butter croissant
Butter Croissant. Gambar ini diambil dari Google.

 

Cinnamon Whirl merupakan roti dalam bentuk gulungan atau berpusar. Campuran bahan-bahan seperti serbuk kayu manis, tepung, gula dan marjerin. Sangat sesuai bagi mereka yang menggemari makanan yang manis. Jangan cakap kalau anda semua tak pernah makan atau tak pernah nampak.

Related image
Cinnamon Whirl. Gambar ini diambil dari Google.

Palmier Vanilla Chocolate dikatakan berasal dari Perancis. Sejenis pastri yang manis. Senang diolah mengikut citarasa kita sendiri. Juga amat sesuai digabungkan dengan rasberi, coklat dan vanila.

Image result for palmier vanilla chocolate chip
Palmier Vanilla Chocolate. Gambar ini diambil dari Google.

Pain Au Raisin merupakan sejenis croissant dengan kismis. Berbentuk siput.

Image result for pain au raisin recipe
Pain Au Raisin. Gambar ini diambil dari Google.

Olive Ciabatta merupakan sejenis roti dengan kerak berwarna keemasan dan berisi buah zaitun di dalamnya. Sesuai sebagai pembuka selera.

Image result for olive ciabatta
Olive Ciabatta. Gambar ini diambil dari Google.

Gambar-gambar di atas diambil daripada carian google. Banyak juga Mamable belajar mengenai roti, jenis roti dan asal usul roti. Rupanya roti adalah salah satu makanan tertua di dunia. Mamable ingat nasi rupanya tidak. Sejarah roti yang kononnya dari Mesir dan Mesopotamia mengambil masa hampir menjangkau 5,000 tahun bermula dengan zaman Mesir purba ke Zaman Besi, Zaman Roman dan Zaman Viking, seterusnya Revolusi Perindustrian hinggalah ke hari ini. Ini serba ringkas mengenai roti.

Ini diantara gambar-gambar yang Mamable ambil sewaktu sesi ‘food testing’.

 

20170526_123610
Green Tea Croissant Mini

 

20170526_123354
Plain Ring Doughnut, Doughnut Nob, Muffin & Ciabatta

 

20170526_123327
Ciabatta

 

20170526_123110
Plain Ring Doughnut, Doughnut Nob, Muffin

 

20170526_123022
Soft Bun

20170526_123001

20170526_122914

Pada mereka yang penggemar roti pastri seperti gambar-gambar di atas ini bolehlah datang sendiri ke AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur untuk mencuba sesuatu yang baru dari kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Roti Oh Roti

Leave a comment