I am what I am……….
Eksplorasi Kali Pertama Bagi Mamable

Sungguh Mamable tak sangka dapat menjejakkan kaki ke Genting. Ini bukan lawak kalau Mamable katakan ini adalah pertama kali bagi Mamable datang ke Genting Highland. Mamable cuba cubit lengan Mamable banyak kali, manalah tahu kalau Mamable masih bermimpi.
Dikenali sebagai Kota Keriangan, Genting Highlands merupakan destinasi peranginan dan percutian keluarga yang terkenal dan namanya sering meniti dibibir para pelancong tak kira dari dalam dan luar negara. Dianggap sebagai tempat peranginan yang nyaman dan sejuk dari cuaca panas tropika Malaysia.
Hotel Theme Park, Resorts World Genting
Berada pada ketinggian 2,000 meter dari atas paras laut dengan suhu sejuk diantara 18 hingga 25 darjah Celsius, kini Resorts World Genting (RWG) bersedia melebarkan sayapnya dengan kehadiran hotelnya yang berwajah baru iaitu Hotel Theme Park, Resorts World Genting. Hotel ini bakal mencetuskan fenomena dan merupakan hotel trend masakini untuk percutian keluarga dan juga untuk golongan remaja yang ingin merasai percutian luar biasa dan hipster.
Berjauhan daripada Papable dan anak-anak merupakan pengalaman yang berbeza bagi Mamable walaupun ia hanyalah untuk 2H1M di Hotel Theme Park, Resorts World Genting. Bermalam di hotel iniĀ memberikan 1001 rasa yang berbeza pada Mamable. Dalam masa yang sama Mamable berasa gembira, selesa, teruja dan unik. Gembira dan unik merupakan perasaan yang dirasai sejak mula melangkah masuk ke hotel ini. Di sinilah Mamable bakal menerokai apa yang ada di sekitar lobi, senireka, dekorasi hiasan dalaman dan konsep baru hotel ini. Bukan sahaja yang di dalam malahan apa yang ada di luar dari hotel ini juga bakal diterokai.
Pada 12.08.2017 yang lepas, Mamable berkesempatan dapat berkunjung dan menginap di Hotel Theme Park.Ā Hotel ini telah diubahsuai dengan konsep rekabentuk hotel butik yang lebih hipster dengan membawa penjenamaan baru yang berinspirasikan fantasi khayalan yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan juga rakan.
Suasan lobi hotel yang mengetengahkan dekorasi Ā fantasi yang mampu menghidupkan dunia khayalan kita. Dengan susunan bertingkat cawan yang bersaiz besar ‘The Big Tea Cups’ dan āThe Giant Benchā merupakan salah satu tarikan untuk menyambut kehadiran tetamu di pintu masuk hotel. Yang paling ‘wow’ di sini ialah ‘The Trick Mirrors’ yang boleh membuatkan kita berseronok untuk bergambar dengan pelbagai gaya yang akhirnya ia mampu membuatkan diri kita melakukan sesuatu gaya di luar kemampuan kita sendiri. Konsep dekorasi seperti ini mengingatkan kita dengan dunia alam fantasi ‘Alice In The Wonderland’.

The Giant Bench di lobi hotel



Nama Hotel Theme Park yang dulunya memang popular dan namanya sering meniti dibibir para pengunjung telah meninggalkan memori pada mereka yang pernah berkunjung dan menginap di hotel tersebut. Kalau semua nak tahu, Hotel Theme Park ini mendapat namanya kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan taman tema yang popular dan kini ia telah ditutup. Bangunan yang dibina sekitar tahun 70-an ini dikenali dengan nama Hotel Highlands dan merupakan hotel yang tertua dibina di Resorts World Genting ini.
Kini Resorts World Genting melebarkan sayapnya dengan gah melalui penjenamaan barunya. Ā Hotel yang hipster ini dengan beraninya memulakan persediaanya untuk memenuhi keperluan penginapan pengunjung keĀ Twentieth Century Fox World Theme ParkĀ yang pertama di dunia terletak bersebelahan dengan hotel ini dan kini sedang dalam proses pembinaan. Datuk Edward Holloway merupakan Naib Presiden Kanan Operasi Hotel Resort World Genting berkata, ia masih mengekalkan struktur asal bangunan dengan menawarkan 448 bilik, tetapi segala kemudahan, kelengkapan dan hiasan dalaman telah diperbaharui untuk menawarkan lebih keselesaan kepada setiap tetamu yang menginap di sini.
Apa Yang Anda Ingin Tahu & Apa Yang Ada Di Hotel Theme Park
Hotel ini menawarkan empat pilihan bilik hotel mengikut kesesuaian para pengunjung. Bilik jenis Quads, Sixers, Honeymoon dan bilik untuk warga OKU. Kerana terlampau teruja Mamable terus mengambil gambar bilik Mamable. Mamable menginap di bilik jenis Sixers dan cuba bayangkan bagaimana keadaannya Mamable tidur malam nanti.
Bilik jenis Sixers ini berkeluasan 300 kaki persegi yang dilengkapi 3 tilam bersaiz queen dan boleh menempatkan 6 orang. Bilik yang dilengkapi dengan kemudahan yang serba lengkap. Bilik airnya yang bersih dan tuala yang digantung dengan kemas.

Bilik Honeymoon – masih lagi dalam kerja pengubahsuaian. Bukan rezeki Glam Squad untuk review kali ini.



Dekorasi hiasan bilik – Mamable masuk saja, Mamable terdiam seketika. Terkesima dengan dekorasi bilik yang ringkas dan terpegun dengan hiasan dinding yang dilukis dengan tangan. Bayangkan bila kita masuk saja mood kita bertukar menjadi gembira bila melihat lukisan Ā yang terdapat di dinding bilik kita.




Tarikan lain yang terdapat di Hotel on the Park – The Talking Garden, taman versi English
Tertanya-tanya adakah taman ini boleh berkata-kata? Misteri sungguh. Sebenarnya taman ini akan mengeluarkan bunyi pada waktu malam. Ini apa yang Mamable dapat melalui info yang diberikan. Betul ke, ingin tahu cepat-cepatlah tempah bilik di HOTP sekarang. Taman versi English ini terletak diluar kawasan hotel. Dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 10.00 malam. Taman yang cantik seolah-olah kita berada di dunia yang lain. Mamable memberanikan diri keluar pada pukul 8.00 pagi dan berkesempatan mengambil beberapa gambar. Suasana yang berkabus dan sejuk tidak menghalang Mamable duduk sebentar Ā menhirup udara yang segar dan nyaman.
Tarikan lain yang terdapat di Hotel Theme Park – ‘Seni Kome’ Peng Heng


‘Seni Kome’ bermaksud ‘Seni Kami’. Perkataan ‘Kome’ berasal daripada dialek yang kebanyakkannya digunakan oleh penduduk tempatan Pahang serta beberapa negeri lain di Malaysia. ‘Peng Heng’ merupakan nama yang tercatat dalam dokumen sejarah Dinasti Ming semasa zaman 1520-an yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu, ‘Seni Kome’, ‘Peng Heng’ merujuk pada pameran yang memaparkan seni dan budaya masyarakat tempatan di kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Kalau nak tahu, kawasan negeri Pantai Timur ini sememangnya kaya dengan budi bahasa, etika, kesenian dan masyarakat yang Ā masih memegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi.















Beberapa lukisan juga turut dipamerkan.
Sempat lagi Glam Squad bermain congkak dan teng-teng.
Kedai Cenderahati juga ada di Seni Kome. Bagi mereka yang dah puas berpusing dan mempelajari seni pantai timur dan sejarah seni tersebut bolehlah singgah sebentar di kedai ini. Bermacam-macam produk ada dijual malahan nak mencuba menu Nasi Kerabu pun ada dan dijual dengan harga yang berpatutan. Johnny juga ada beritahu yang Nasi Kerabu tersebut sememangnya sedap.

Mamable ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadaĀ Resorts World GentingĀ terutamanya Cik Irene Teng Teng di atas peluang dan kepercayaan beliau yang telah diberikan kepada Mamable untuk menzahirkan pengalaman ini. Ikhlas dari hati, Mamable berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan Glam Squad bagi merasai suasana bergembira bersama, melawat pameran kreativiti kesenian, serta keselesaan serta layanan mesra dari Cik Irene dan Encik Johnny Ā yang diberikan semestinya ia menjadi satu eksplorasi yang tak ternilai buat Mamable dan juga bagi mereka yang menginap di hotel ini.
Untuk mereka yang dah berhajat dan berhasrat untuk menginap dan merasai sendiri unik dan hipsternya hotel ini, boleh dapatkan info lanjutĀ Hotel Theme ParkĀ dengan melayariĀ www.rwgenting.com.Ā