Perayaan Kuih Bulan Dengan Perisa Terbaru Dari Resorts World Genting


I am what I am………….

Bukan seperti ‘pungguk rindukan bulannya’ tetapi Festival Pertengahan Musim Luruh yang merindui cahaya bulan yang terang benderang dan mengambang penuh dan diterangi tanglung-tanglung yang bergantungan adalah satu lagi perayaan terpenting bagi kaum Cina. Hari ini juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh yang muncul di langit melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu. Perayaan ini merupakan salah satu sambutan penting bagi masyarakat Cina dan disambut dengan perarakan tanglung dan makanan tradisinya iaitu kuih bulan.

Gambar oleh Resorts World Genting : Chef Gan Chee Keong bersama sajian perisa terbaru kuih bulannya. 

Untuk tahun 2017 ini, Resorts World Genting juga tidak ketinggalan menyambut kedatangan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dengan menyajikan pelbagai pilihan kuih bulan dan perhiasan tanglung bagi meraikan sambutan itu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, ia sudah menjadi satu kemestian bagi setiap pusat membeli-belah, restoran, gerai-gerai dan hotel bersaing sesama sendiri bagi menyediakan resepi baharu kuih tradisional tersebut.

Di Resorts World Genting, pelbagai pilihan kuih bulan menanti para tetamu. Bermula 19 Ogos ini sehingga 4 Oktober nanti, para penggemar kuih bulan boleh membelinya di Garden Courtyard (Tingkat 1, pusat membeli-belah SkyAvenue), di antara pukul 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam.

Jangan risau bagi mereka yang tidak sempat untuk mendapatkan kuih bulan istimewa ini di Resort World Genting, anda bolehlah ke Wisma Genting kerana di sana juga ada disediakan kios khas yang menjual kuih tradisional ini iaitu di OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tours) dengan pelbagai pilihan yang pastinya membuka selera anda. Pembelian boleh dilakukan bermula 11 sehingga 29 September (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kini, Resort World Genting dengan beraninya memodenkan kuih bulan dengan pelbagai warna dan adunan. Air tangan daripada Chef Gan Chee Keong dengan perisa baharu dari  beliau yang dimaksudkan adalah kuih bulan putih dengan Pes Beri Biru , Pes Teh Hijau dengan Bijan Hitam Jingsa, Pes Jagung Manis dengan Satu Telur Kuning, Pes Jed Pandan Putih Kastad Susu Mentega, Pes Buah Naga bersama Kelapa Jingsa dan Pes Teratai berperisa Teh Pu Er dengan Jingsa Oren Mandarin Kering yang pastinya menaikkan selera para penggemar kuih bulan atau pada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali.

Gambar oleh Resort World Genting : Kuih bulan berperisa baru. 
Gambar oleh Resort World Genting : Atas dari kiri ke kanan – Pes Teratai Berperisa Teh Pu Er Dengan Jingsa Oren Mandarin Kering, Pes Jagung Manis Dengan Satu Telur Kuning & Pes Buah Naga Bersama Kelapa Jingsa – semuanya berharga RM 19.00 bersih setiap satu. Bawah dari kiri ke kanan – Pes Jed Pandan Putih Kastad Susu Mentega, Pes Teh Hijau Dengan Bijan Hitam Jingsa &  Pes Beri Biru – semuanya berharga RM 19.00 bersih setiap satu.

Tidak dilupakan juga beberapa jenis kuih bulan yang menjadi kegemaran ramai iaitu Pes Teratai Putih Kurang Manis, Pes Teratai dengan Satu Kuning Telur atau Dua Kuning Telur, Pes Kacang Merah, Pes Teratai Teh Hijau, Pes Jed Emas dengan Satu Kuning Telur, Pes Teratai Durian, Pes Kacang “Ng Yan”, Pes Teratai Putih dengan Telur Kuning Bijan Hitam serta Pes Pu Er Teratai bersama Satu Telur Kuning.

Kuih bulan Dewa Kekayaan juga boleh didapati dua biji dalam satu paket. Lagi banyak anda beli lebih untung kerana setiap pembelian 50 kotak (satu kotak mengandungi empat biji) diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Setiap pembelian empat biji kuih bulan pula, pengunjung akan menerima kotak perhiasan secara percuma. Malahan ia juga boleh dihantar atau dijadikan sebagai buah tangan kepada kaum keluarga dan sahabat handai amat digalakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Lebih manis, pesta turut dimeriahkan oleh masyarakat Melayu dan India sekali gus menonjolkan keunikan sambutan pada malam berkenaan yang menterjemahkan semangat muhibah rakyat Malaysia yang bersatupadu dan saling hormat menghormati.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi 603-6101 1118 atau lawati laman web http://www.rwgenting.com.

One thought on “Perayaan Kuih Bulan Dengan Perisa Terbaru Dari Resorts World Genting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s